Thursday 30 May 2013

MATI TANPA IMPIAN LEBIH BAIK?

Impian Yang Spesifik
Semalam saya berkongsi cerita/borak-borak dengan keluarga masa dalam kereta hantar jemaah umrah ke KLIA:

Mereka     :Family kita kena buat bisnes
Saya         :Ye betul tu.
Mereka     :Bisnes apa kita nak buat?
Saya          :Kita kena 'sit-down' dengan kepala-kepala
bisnes dalam keluarga kita than bincang betul-betul.
Mereka     :oh betul jugak.Camtu tunggu bangcik habis exam dulu la.
Saya          :Aah.boleh jugak.Yang penting kita kena mula dulu walaupun secara kecil-kecilan.


Dalam hati,Alhamdulillah #101 Impian# yang tertulis terlaksana sedikit demi sedikit.Iaitu mempunyai 'PERNIAGAAN KELUARGA berasaskan _______________".Yang penting impian MESTI ditulis.

Saya dah print siap laminate lagi.

Anda juga boleh berimpian dan terlaksana?Berapa ramai daripada anda hendak tahu rahsianya?

Caranya:

Tulis..




101 IMPIANKU
 
Pada 10 tahun akan datang iaitu pada tahun 2023,

1)Saya telah mempunyai rumah ________ di _______ mempunyai _________ besar.
2)Saya berjaya mengembangkan bisnes sehingga keuntungan RM______juta setahun
3)Saya telah mengembara ke ____negara dengan______ahli keluarga.

4)Saya mempunyai kereta ______ warna_____ no plat______
5)Saya telah menderma ke rumah kebajikan_______ sebanyak RM______ juta dalam setahun
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
 
 
 

101)





Sila isikan tempat kosong dan kongsikan di ruangan komen.Dengan berkongsi anda akan merasa sangat bangga kerana anda BERJAYA tergolong dalam kurang 1% penduduk bumi yang mempunyai IMPIAN yang sangat JELAS!

Kalau dah siap senaraikan 101 IMPIAN tersebut,dalam next posting saya akan kongsikan langkah seterusnya.Bagaimana hendak menggapai impian tersebut.Nantikan....


Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
31/5/2013
10.38 Pagi
Bangi Bandar Ilmu

Wednesday 29 May 2013

KIBLAT KHAYALAN?


                           Kiblat Pelajar Zaman Milenium


Memandangkan sekarang musim pelajar lepasan SPM memilih aliran untuk menyambung pendidikan mereka,tiba-tiba saya terfikir tajuk di atas.Sebab saya juga pernah dalam situasi yang sama kira-kira 7 tahun yang lalu. Keadaan dulu dan sekarang tidak banyak berbeza.Dahulu saya mengambil jurusan biologi daripada sekolah menengah.Kemudian menyambung jurusan sains hayat di Matrikulasi dalam bidang biologi juga .Menyambung pelajaran ke universiti juga dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan dunia biologi dan kimia.

Baru kini saya terfikir,semasa di matrikulasi seolah-olah telah menjadi satu ‘kiblat khayalan’ bahawa pelajar bidang sains hayat akan menjadi doktor. Manakala pelajar sains fizikal akan memilih kerjaya sebagai jurutera.Seolah-olah itulah ‘kiblat’ mereka.Tidak salah menetapkan sedemikian memandangkan Malaysia masih kekurangan golongan intelektual sebegini ia sangat dialu-alukan untuk memenuhi kuota  yang tersedia. Keadaan ini juga berlanjutan ke peringkat universiti.Seolah-olah wayang yang sama tetapi hanya pelakon yang berbeza dan tidak ada kesudahan. 



Semasa kecil kita sering dimomok-momokkan dengan skrip yang sama iaitu:

Belajar rajin-rajin.Dapat 25 A.Pilih sekolah bagus-bagus.Asrama penuh.Masuk universiti.Cari kerja elok-elok.Kerja kerajaan terjamin.Dapat gaji simpan.Kahwin.Bla….bla…bla……..

Macam pernah dengar kan ayat di atas?

Temanya adalah sebegitu.Mungkin ayatnya sahaja yang pelbagai versi.

Semasa saya di Matrikulasi,saya mempunyai teman sebilik seramai 4 orang (termasuk saya).3 orang pelajar melayu dan 1 orang pelajar cina.Apa yang menghairankan saya adalah pelajar cina tersebut ketika saya sedang berjaga (belajar),dia duduk di meja belajar.Menelaah buku.Ketika saya tidur kadang-kadang terjaga,dia masih lagi duduk di meja dan belajar.Adakah beliau tidak tidur?Adakah kehidupan di matrikulasi sekadar di meja belajar?

Sebaliknya,saya menikmati hidup di matrikulasi dengan mencuba aktiviti baru seperti berlakon pementasan drama di hadapan audiens (ala-ala hero Malaya),menceburi pertandingan roket air (cipta roket yang boleh terbang paling jauh dan mendarat paling lambat),menjadi pengarah kain rentang gergasi berukuran 50 meter sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia yang menggabungkan puluhan kepala dan idea yang diterjemahkan ke dalam SATU kain rentang tersebut.Bukan mudah bagi saya (mungkin biasa sahaja bagi orang lain).Ada saya kisah?.Itulah yang menjadikan saya lain daripada orang lain.

Setiap orang berhak memilih jalan mereka sendiri. Anda berhak memilih hidup gembira dengan jalan yang anda pilih atau hidup menderita dalam jalan yang anda tersalah pilih. Jangan biarkan orang lain mengongkong kehidupan anda.Sekalipun orang lain meremehkan setiap perkara yang anda buat,pedulikan mereka.Sekurang-kurangnya anda telah mencuba perkara yang orang lain remehkan.

Nasihat:Bagi yang masih bergelar pelajar, nikmatilah setiap detik kehidupan pelajar anda sebaik mungkin.Kerana pengalaman anda sangat berharga.Hidup di dewan kuliah dan disuap sampai muak dengan  input akademik sama sekali tidak sama dengan hidup di hutan rimba atas ikhtiar sendiri. 

Dunia adalah tempat anda mengutip pengalaman.Pengalaman sangat indah.Pengalaman boleh menjadi guru dalam hidup.Pengalaman berupaya mendewasakan anda. Cipta peluang.Hargai kehidupan.Itulah nilai diri anda di hadapan orang lain.

Akulah segunung pengalaman. 

P/S:Khas untuk anda!

Private Message (PM) saya melalui page facebook Ahmad Syazli Khamis untuk mendapatkan Ebook Tips Simpan Wang Malatopsss!!! secara PERCUMA.Terhad untuk 5 orang TERAWAL sahaja.Siapa cepat dia dapat.Testimoni pelanggan yang berpuas hati klik link ini--->Testimoni Ebook Tips Simpan Wang Malatopsss!!! 

Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
29/5/2013
11.33 Pagi
Bangi Bandar Ilmu


Thursday 23 May 2013

BENGKEL PENULISAN KREATIF: TRAVELOG


10 Ringgit Sahaja?


Alhamdulillah,saya diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri bengkel penulisan kreatif travelog anjuran Fakulti Pengajian Islam UKM.Insan hebat yang mengendalikan bengkel di atas adalah Ustaz Hasrizal Jamil.Nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan kreatif dan blog.Pemik blogger saifulislam.com ini menjadi popular sejak karya hebat beliau hasil coreatan dalam blog dan sebagai kolumnis Anis telah dibukukan dan diberi judul AKU TERIMA NIKAHNYA.

Sekalipun saya sekadar peserta walk-in sahaja,bengkel ini sangat sangat sangat mantap dari segi pengisian dan maatlamat program tercapai. Kisahnya bermula ketika saya mula melangkah dan mendaftar,soalan pertama yang saya bertanya:

Ini bengkel apa ya?

Si gadis berkata Bengkel penulisan travelog sambil menunjukkan ke arah poster dibelakangnya.

Bolehkah saya menyertainya?

Beliau menjawab boleh.

Saya ajukan lagi soalan,kenapa letak 10 ringgit sahaja?

Dia berkata kenapa?Mahal sangat ke.

Saya berkata sangat murah!Beliau terkejut.

Kenapa saya berkata sangat murah?Kerana nilai RM10 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengisian yang sangat-sangat tersusun dan lengkap.Pandangan peribadi saya mengatakan bahawa ilmu adalah sangat mahal,tidak ‘ternilai’ dengan wang ringgit,tetapi harga yang diletakkan adalah harga komitmen yang perlu dibayar oleh peserta.Saya telah menghadiri seminar bernilai belasan ribu ringgit mahupun yang percuma, dengan pelaburan ilmu yang besar itu membuatkan saya sangat passionate menghadiri majlis ilmu. Hinggakan di suatu ketika saya menghadiri seminar tetapi atas dasar berjimat cermat untuk penginapan, saya sanggup tidur di dalam kereta.Nak balik rumah tidak berbaloi.Esok pagi kena keluar jam 630 pagi juga.Walhal jam telah menunjukkan pukul 1 pagi.Saya juga mandi di surau berhampiran dan bersiap untuk solat subuh jamaah.Dan terus bersarapan sebelum menuju ke seminar untuk hari ketiga.Itulah harga sebuah komitmen.

Saya tidaklah mengatakan salah meletakkan harga yang rendah atau beri percuma sekalipun.Tetapi,dengan peletakan sesuatu ‘tag harga’ manusia akan lebih menghargai.Setiap kali dia enggan melakukan tindakan terhadap ‘ilmu’ baru yang diperolehinya itu,setiap kali itu juga dirinya akan diselubungi rasa ‘bersalah’ yang teramat pada dirinya.Ini secara tidak langsung akan mendorong dirinya untuk bertindak dan maju lagi jauh ke hadapan. 

Ustaz Hasrizal mengupas topik dengan sangat jayanya,walaupun pada awalnya beliau agak kekok kerana penulisan beliau dalam karya-karya sebelum tiada modul/skema/teknik tertentu.Setelah beliau mengutarakan beberapa ‘buah tangan’ beliau,dalam hati saya berkata ini lah dia butiran ajaib yang meledakkan karya beliau iaitu wajar disulam dengan tinta emas iaitu AMANAH DENGAN ILMU. Amanah dengan ilmu bermaksud nilai kejujuran yang dipegang para penulis,fakta sejarah yang sahih dan sebagainya.Saya melihat dunia sekarang,semakin ramai para penulis yang menulis tapi kadangkala entah benar entah tidak,fakta ataupun sekadar auta yang disajikan kepada pembaca.Golongan pembaca pula terlalu ghairah menekan butang ‘share’ tanpa mengesahkan sesuatu berita.Ini kadangkala mengakibatkan berleluasanya benda-benda karut dalam masyarakat.Yang dirasakan menarik dan ada factor ‘wow’ itulah sandaran dan bukti yang kononnya sahih bagi yang jahil.

Ada suatu ketika seorang wanita bertanya soalan kepada Ustaz Hasrizal,soalannya berbunyi begini:

Ustaz bolehlah menyedut karya-karya yang dikarang di blog ustaz dan dijadikan buku.Saya yang tiada apa-apa baru nak start menulis ni macam mana? (lebih kuranglah bunyi soalannya)

Ustaz menjawab:Mulakan menulis di blog.

Saya agak terkejut kerana yang bertanya adalah pensyarah yang berpangkat Dr. kepada penceramah.Wow.Sangat mengujakan apabila melihat akhlak antara guru-murid ketika bengkel dijalankan.Sangat merendah diri.Saya melihat inilah hasil acuan islam kepada jiwa-jiwa penganutnya.Hormati sesiapa yang mengajar ketika itu.Tidak kiralah anda adalah Prof,Dr,Ir,YB,Dato’,Datuk Seri,YAB dan sebagainya,semakin banyak ‘title’ di depan nama anda,bilamana anda hadir sebagai pelajar,berkelakuanlah seperti pelajar.Rendahkanlah diri anda seperti lembah rata yang dapat menampung curahan ilmu dari tempat yang tinggi.

Kemudian,lanjutan daripada bengkel saya berkenalan pula dengan insan hebat bernama Aiza.Pelajar UPM.Wah,sanggup datang dengan bermotor daripada UPM.Saya sangat kagum dengan beliau. Apa yang menyebabkan beliau sanggup datang dari jauh walhal ribuan pelajar UKM yang menetap di kolej dalam Bangi Bandar ilmu pun hanya ‘secoet’ yang datang.Dalam hati saya berkata ini bukan calang-calang orang.

Tekaan saya sangat tepat (bukan calang-calang orang),beliau adalah pelajar tahun akhir jurusan biomedik UPM yang sangat berfikiran jauh.Sambil berbisnes sambil belajar.Masih ada lagi insan yang sama spesies dengan saya.Kami berkongsi banyak persamaan.

Saya lontarkan persoalan kepada beliau,

Apakah yang dimaksudkan dengan PASSION dalam bahasa melayu?

Terkial-kial juga beliau memikir,kemudian beliau berkata ada ke?Minat?Minat gila?Ghairah?

Saya berkata ghairah tak terlampau 18 SG ker? 

Kami sama-sama tergelak.

Diskusi bisnes berlanjutan sehingga ke maghrib sampai selepas maghrib.Sehinggalah beliau meminta izin untuk pulang kerana keletihan.Doa saya supaya beliau sentiasa dirahmati dan selamat sampai ke UPM.

5 Perkara  yang saya pelajari hari ini:

1)Teruskan belajar.Belajar daripada orang yang dah terbukti berjaya,lambat laun anda terpaksa berjaya.
2)Cari apakah PASSION (minat,keghairan) anda
3)Diskusilah dengan sesiapa sahaja yang mampu merobah pandangan sempit kita ke arah pandangan yang lebih luas.
4)Waktu orang lain memperlekehkan anda, pasti anda mempunyai permata dalam diri yang sinarnya mampu memberi cahaya kepada orang lain.
5)Dengan ilmu manusia menjadi ‘priceless’,tanpa ilmu manusia menjadi ‘useless’


Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
23/5/2013
10.33 Malam
Bangi Bandar Ilmu




Wednesday 22 May 2013

TESTIMONI E-BOOK TIPS SIMPAN WANG MALATOPSSS!!!


Jom Sentap Menyentap

Di sini saya kongsikan beberapa rakaman kejayaan hasil daripada ebook EBOOK TIPS SIMPAN WANG MALATOPSSS!!!i.Nama pelanggan ebook power ini dirahsiakan atas permintaan mereka.Saksikan!Tiada satu ayat/perkataan pun yang saya kurangkan atau edit.Melainkan hanya ditambah 'watermark' untuk mengelakkan plagiat oleh pihak tidak bertanggungjawab.100% Asli.Panas dari OVEN!















Tahniah.Bagi mereka yang pantas merebut peluang yang terhidang.Hanya mereka yang bertindak sahaja terbukti berjaya.Yang menunggu,teruskan menunggu.Elakkan menjadi penunggu yang menunggu ayam jantan bertelur.Hehe.

Nantikan posting seterusnya,berkenaan cara penulisan travelog.Jeng..Jeng..Jeng..

Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07
Twitter             (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                 (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+           (gplus.to/SyazliKhamis)


Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
22/5/2013
10.22 Malam
Bangi Bandar Ilmu.