Wednesday 16 October 2013

[PENAWAR]MAHASISWA LESU



[PENAWAR]Mahasiswa Lesu

Assalamualaikum.

Dalam posting saya sebelum ini saya ada menegur tentang sikap mahasiswa yang kurang produktiviti di alam pekerjaan.


Setiap kritikan saya adalah berdasarkan pengalaman saya.Bergaul dengan orang ramai.Dan saya akan menyediakan penawar mujarab untuk kritikan tersebut.Insyaallah.

Bagi minda yang terbuka,terimalah mana yang baik.Tinggallah mana yang cela.Kelemahan itu daripada saya selaku hambaNYA yang lemah.

Disini saya nukilkan penawar yang bisa menghilangkan kelesuan tersebut.

5 Penawar Rahsia bagi menyembuhkan mahasiswa lesu adalah:

  • Belajar daripada dunia sekeliling anda


Dunia adalah pentas hidup.Kumpul pengalaman daripada pelbagai latarbelakang insan.Adunkannya menjadi pedoman hidup anda.Tidak akan rugi jika anda sentiasa belajar daripada dunia.

Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.Didatangkan ujian untuk manusia kembali dekat kepadaNYA.Bukan untuk menyusahkan.

Dijadikan kejayaan,untuk melihat sejauh mana manusia itu bersyukur terhadap nikmat yang diberi.

Didatangkan ujian menimpa,pasti disertakan dengan pahala bortingket-tingket (bertingkat-tingkat) untuk hambaNYA yang betul-betul sabar.

Sejauh mana kita belajar dan ambil iktibar?


  • Bergaul dengan mereka yang terpilih sahaja


Ya.yang terpilih.Pilih kawan.Memang kebudak-budakan ayat di atas.Agak ‘cliche’ kata orang putih.

Tetapi,ia sangat tepat.Kawan yang anda pilih membantu untuk membawa ke pintu syurga atau neraka.

Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,

Kawan yang membawa anda ke pintu masjid IPT atau
Kawan yang membawa anda ke mapley terdekat

Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,

Kawan yang berkongsi nilai-nilai positif atau
Kawan yang berkongsi teknik mengayat awek terbaik

Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,

Kawan yang bercerita masalah ummah yang parah dan me’layu’ atau
Kawan yang bercerita awek itu,awek ni,mantap perghhh,montok dan sebagainya

Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,

Kawan yang menghalang anda membeli rokok 12 hengget sekotak atau
Kawan yang ajak ‘mapleying’ dan shishaing beramai-ramai

Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,

Kawan yang bersama-sama memanfaatkan teknologi sedia ada atau
Kawan yang berkempen suruh ‘upgrade’ gajet terbaru dan terhangat di pasaran.

Anda bisa memilih sahabatku.
  

  • Hadirkan diri ke seminar berbayar dan percuma


Di IPT sangat banyak kursus seminar pembangunan diri.Ditaja percuma sepenuhnya pun sangat berlambak.Saya terkilan melihat kursus sebegini kurang mendapat perhatian mahasiswa.

Saya pernah hadiri kursus ICT di sebuah IPTA.Yuran hanyalah RM 100.Dan akan dipulangkan sekiranya lulus peperiksaan khas yang bertaraf antarabangsa.

Berdebar ujian nya.Online.Berpeluh-peluh.Study bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah,saya lulus.RM 100 dikembalikan.

Selepas saya periksa,kursus ini di luar berharga RM 2500 untuk tempoh masa dan pengisian yang sama.

Siapa yang rugi?

Tepuk dada.Tunjal kepala hotak.Fikir-fikirkan.

Saya faham mahasiswa sangat sibuk di hujung minggu.Sibuk la sangat.Lepak dan tidur sampai tengah hari dengan berhujjah tak cukup tidur sepanjang weekday adalah alasan yang longgar.

Weekday adalah amanah anda untuk belajar ilmu duniawi.Ya,saya faham.

Weekend pula adalah masa untuk anda mencari sesuatu untuk dijadikan bekalan hidup akhirat. Ilmu pembangunan diri.Ilmu bisnes.Dunia kerjaya.Sesuatu yang membolehkan anda menjadi insan yang lain daripada yang lain.

Bila di temuduga, anda dengan bangga boleh berkata saya ada kemahiran dan skil bla bla bla.Saya ada syarikat ini itu.Saya berbisnes itu dan ini.Dan sebagainya.

Ditambah dengan angka 4 rata (flat) yang anda perolehi untuk akademik.

Kan itu lebih dipandang dan mengujakan bakal majikan anda?

Pilihan di tangan anda sahabatku.
  

  • Fokus terhadap passion sebenar


Cari passion anda.Passion adalah keghairahan sebenar anda.Minat mendalam.Sesuatu yang anda sentiasa terfikir-fikir.Tidak boleh tidur jika tidak menyiapkannya.Tidak boleh makan jika tidak mengusahakannya sampai berjaya.

Pendek kata,sesuatu yang anda tidak dapat berhenti berfikir walaupun sejenak tentangnya. Itulah passion.

‘Jangan sesekali berhenti untuk mengusahakan passion anda’

Ilham akan datang dalam pelbagai bentuk.Allah akan turunkan klu ataupun bayang-bayang idea untuk anda sepanjang kehidupan anda.

Dengan syarat anda TULIS.TULIS dengan jelas.TULIS dengan spesifik.


Saya seorang yang suka menulis.Jadi kebanyakan masa saya adalah bersama ‘orange organizer’ dan pen warna-warni di sisi.

Setiap idea saya catat.Saya huraikan dan saya adunkan untuk menjadi kenyataan.


  •   Abaikan rakan tak berguna


Ya.Rakan tak berguna.Sangat ramai rakan yang kurang berguna.Yang suka bersenang lenang.Melepak-lepak.

Kata orang,siswa begini adalah golongan ‘poghabeh boreh jo’ (perhabis beras je).

Tinggalkan mereka serta merta.Remove dari friendlist facebook.Ada beran?

Saya percaya untuk anda menjadi insan yang luarbiasa,anda perlu melakukan perkara yang orang biasa-biasa tidak buat.

Semoga ada manfaat penulisan kali ini.

Salam perjuangan.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)


Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
17/10/2013
2.15 Petang
Bangi Bandar Ilmu

Mahasiswa & Dunia

Luahan Rasa 


Mahasiswa Lepasan IPTA mahir 'copy paste' bila berkhidmat di sektor pekerjaan.

Bila disuruh membuat surat rasmi tunggang langgang tatabahasa.

Bila 'copy paste' daripada surat yang asal sangat cekap.

Belum bercerita tentang skil dan seni komunikasi lagi.

oops.

Bila bab gaji demand umpama 'pegawai berstatus jusa'.Alahai..mahasiswa..

Pertingkatkan diri anda.

Ubah mana yang kurang.

Belajar daripada dunia sekeliling.

Bukan hanya bercanda di mapley.

Lepak di fesbuk.

Upgrade gadjet.

Kontang agama.

Rokok dan mengorat awek.

Copy paste tutorial.

Meniru dalam perperiksaan.

Nilai anda hanya dapat ditentukan apabila anda keluar daripada zon selesa anda.

Ubah!Ini kalilah!

***Luahan rasa seorang pegawai yang bertugas di sektor awam bercerita kepada saya.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
16/10/2013
11.15Malam
Bangi

Friday 11 October 2013

UJIAN

Percaya

Allah akan pertemukan dengan jalan/orang/insiden/nikmat/rahmat/ujian atau sebarang perkara.

Yang akan mendekatkan saya kepadaNYA.

Ujian itu bukanlah untuk sengaja menjatuhkan manusia.

Tetapi,

DIA nak saya kembali kepadaNYA

DIA taknak saya jauh sangat

DIA sayang saya

DIA tak lupa bagi oksigen pada saya

DIA masih bagi nikmat iman dan islam

DIA memberi segalanya

Dan masih memberi


Jika saya tak ambil iktibar.

Apa yang akan terjadi?

Saya menghancur.

Ummah terabai.

Rasakanlah.Renung dalam-dalam nikmat dan ujian.

Diri anda amat berharga.

Ada potensi besar yang masih belum digilap dalam diri anda.

Cuma perlu di 'tune' sedikit sahaja untuk meledak.

Hebatnya ledakan gunung berapi kerana pendamnya yang lama.

Berharganya permata dek kerana disimpan lama dalam lapisan bumi.

Hebatnya anda,

Bila sentiasa menghebatkan dan memajukan diri,dan merasakan hanya ALLAH yang the super duper hebat.

*Sekadar jentikan minda,tolakan angin sahaja*
Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
12/10/2013
1.35 Petang
Selayangku Sayang

JIKA SELALU BERKALAU

"Kan best kalau.........."

"Kalau lah aku........."

Terus ber'kalau'...selagi terdaya...Itulah manusia...

Saya berpegang pada satu ayat;

"Kita berhak untuk memilih!"

Tiada siapa yang memaksa yang menjadikannya WAJIB dituruti (melainkan perintahNYA).

Kita yang terhegeh-hegeh mengikut suruhan orang lain.

Akhirnya.....kita penat.sangat penat kannnn....

"Lu punya life,lu design"

"Gua punya life,gua design"

Saya akan berkata..

"AAK?Ada Aku Kisah!(tangan di bahu mata di atas)."

Salam perjuangan.

Wednesday 9 October 2013

ORANG PANDAI VS ORANG KURANG PANDAI

BUKU & ANDA
**Senarai blog yang mencetuskan sumber inspirasi saya.Boleh lihat sebelah kanan bawah dalam blog saya

Saya sangat suka membaca.Bukan sekadar status facebook.Twitter.Insta.Semua benda yang saya rasa bermanfaat saya akan baca.Rekod terbaik saya setakat ini adalah buku sebanyak 200++ mukasurat dalam masa 4 jam.Secara non-stop.Bermula lepas isyak,lepak kedai mamak bersama Teh Tarik sehingga pukul 2 pagi.

Saya akan pastikan, di sebelah saya ada kertas A4 dan pen untuk saya mencatat segala ilmu baru ataupun info yang saya perolehi daripada karya yang sedang saya baca.

Orang pandai dia akan sentiasa mencari dan mencuri masa untuk membaca.Manakala orang kurang pandai dia akan mencari gosip dan fitnah terbaru untuk dilemparkan.Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk tergolong dalam kategori 'orang pandai'.

5 Tips Pembacaan Efektif

Pilih genre buku yang anda minat
Contohnya motivasi.Pilih satu buku.Baca secara konsisten.Walaupn sehari 1 baris.Lama-kelamaan pasti akan habis.

Lawat kedai buku
Pergi ke ruangan yang memaparkan bestselling book.Kebiasannya,di situ diletakkan ‘high-rating books’ daripada pembaca di seluruh dunia.Pilih.Ambil dan bayar.
Jangan keluar tanpa membayar buku.Pasti berbunyi mesin penggera di pintu masuk ;)

Jangan beli buku baru
Habiskan buku yang sudah dibeli pada peringkat awal.Khatamkan terlebih dahulu.Hadam dan amalkan mana yang bermanfaat.

Pen dan Kertas Di sisi
Catat segala info baru yang anda perolehi.Kaitkan dengan contoh dalam kehidupan anda.

Menulis
Tulis semula ilmu yang anda perolehi sama ada dalam bentuk ‘status update’ di laman sosial ataupun blog.Sekarang saya cukup seronok menulis blog.

Dapatkan lebih banyak input terkini di blog saya.

Bercerita
Ceritakan kepada rakan-rakan terdekat ataupun keluarga tentang perkara baru yang anda pelajari daripada buku yang sedang anda baca. Bercerita akan menambahkan daya ingatan anda dan menguatkannya.

Jika anda sedang baca sebarang buku yang dirasakan bermanfaat,sila kongsikan bersama saya di ruangan komen.Saya sangat menghargainya.

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
10/10/2013
7.45 Pagi
Selayangku Sayang