Friday 16 May 2014

DISKAU BERGANDA-GANDA


DISKAUN

Dahla posting berkaitan beri FOC sebelum ini.Sekarang ini nak bagi diskaun pula.Mesti ada rungutan kan.
Sama la.Saya dulu pun macam tu.*kita serupa*
Diskaun yang dimaksudkan bukan 24 jam/7 hari seminggu.
Kalau begitu,ia adalah jualan amal ye kawan-kawan.
Diskaun mesti mengandungi 3 komponen utama dikenali sebagai CTA (call to action).
  1. Deadline
  2. Nilai besar
  3. Bagaimana nak dapatkan
Deadline adalah tarikh tamat diskaun tersebut.Contohnya pada 12 Jun 2014.
Nilai besar menunjukkan angka ataupun jumlah.Contohnya:DISKAUN SEBANYAK 50%,RM1989 jadi RM289.
Mesti exaggerate bak kata orang moden.
Bagaimana nak hubungi/dapatkan.Bagaimana mesej disampaikan.Mungkin melalui SMS atau banner/bunting.
Jadi mulakan langkah sekarang!
Jom cipta Sistem Diskaun anda sendiri!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
16/5/2014
10.30 Pagi
Shah Alam

Tuesday 13 May 2014

JADI DIRI SENDIRI BEB


BE YOURSELF
Jadi diri sendiri?Berapa ramai yang menjadi ‘alien’?
Berapa ramai yang suka jadi hipokrit?
Kebanyakkan manusia suka menyembunyikan diri sendiri.Baik dari penampilan,percakapan,perbuatan dan sebagainya.
Di hadapan orang A,kelakuannya berbeza.Dihadapan orang B,lain pula keadaannya.
Begitu juga dalam bisnes.Gemar meniru orang lain tanpa mempertimbangkan diri sendiri.(tiru di awal-awal digalakkan,tetapi pada masa yang sama bina identiti sendiri).
Sifat dan keyakinan diri mesti dipupuk.
Perlahan-lahan tetapi konsisten.
Orang bertanya kepada saya:
Bagaimana nak buat sesuatu yang besar?
Saya jawab:
Mula dengan yang kecil tetapi secara konsisten.Slow and Steady!
DIRI ANDA ADALAH ASET TERMAHAL DALAM DUNIA
Kerana dirimu amat berharga...cewaaah!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
13/5/2014
10.30 Pagi
Shah Alam


Sunday 11 May 2014

BAGI FREE AJA!


F.O.C (FREE OF CHARGE)


Dalam kata melayunya bererti “beri percuma tanpa bayaran.Haa?Beri percuma.Bangkrap la macam ini.

Tak untung.
Tak balik modal

Inilah antara rungutan halus yang melanda.

Ramai peniaga suka berniaga.Tapi,kurang sifat memberi.

Apa yang boleh diberi?

Mungkin boleh beri sampel percuma.Sebarang benda percuma yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai.
Faedah memberi:

  1. Meningkatkan kredibiliti anda sebgai pemurah
  2. Bertugas serampang 2 mata.(Pertama untuk promosikan produk anda.Kedua mendapatkan komen/maklumbalas tentang produk ataupun servis anda daripada klien)
  3. Membuatkan si penerima sentiasa terkenang-kenang dan teringat-ingat anda.

Hasilnya,klien yang menerima barang FOC anda tanpa segan silu akan datang dan bersedia untuk membayar bila membeli.
Selamat mencuba. 

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
11/5/2014
10.30 Pagi
Kepong

Friday 9 May 2014

KUASA DISEBALIK JENAMA!





Brand atau jenama merupakan identiti penting bagi perniagaan.

Bukan semua orang yang ada kemahiran buat jenama yang baik.Kebanyakkan,orang ramai suka-suki buat logo/design sendiri.

Penatlah godek powerpoint nak buat logo sendiri (konon nak jimat duit,jimat masa).Hujungnya,logo tak siap,tak cantik dan buang masa.

Hasilnya,sangat buruk dan rasa macam bagus bila dah siap (kannnn...)..*JOM GELAK RAMAI-RAMAI*

Mana saya tahu?Dulu saya pun sebegitu.

Proses membuat logo sendiri bukanlah mudah.Perlukan masa dan kreativiti.Hanya pakar yang tahu susun atur,design,kombinasi warna dan segala-galanya tentang identiti bisnes.
 
Penjenamaan termasuklah logo,gambar,identiti,kad nama yang merupakan ganti diri anda.

Sekali klien tengok pasti teringat-ingat anda!

Contohnya:

Orang serba putih+hingga menjilat jari+ayam goreng lazat panas-panas=........................ (mesti terlintas KFC kan)

Gajet popular bermula huruf “i”+serba putih+up to date+pengasas meninggal=......(APPLE)

Syarikat penerbangan tambang murah+warna merah=...........................(AIRASIA)

Ini merupakan sebahagian contoh kuasa di sebalik jenama perniagaan.

Seterusnya.............

Langkah yang perlu dilakukan adalah:
  1. Cari pakar yang mampu membuat logo perniagaan anda yang baik.
  2. Laburkan duit anda.Pelaburan sekali dan ia berbaloi-baloi.
  3. Bangga dengan logo anda.
Jika anda tidak berbangga,jangan harap orang lain nak bangga dengan anda.

Selamat Mencuba.

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
9/5/2014
10.30 Pagi
Bangi