Sunday 27 April 2014

MASJID DAN FACEBOOK


Gambar:Modul facebook yang dibangunkan untuk admin page Masjid Kariah Bangi

Kelakar badak jika masjid tiada akaun rasmi facebook.

Lebih kelakar kura-kura lagi jika masjid menggunakan akaun persendirian sebagai akaun rasmi facebook masjid.

Kajian saya menunjukkan,hanya orang gila di dunia ini yang tiada akaun facebook.

Kajian saya menunjukkan,orang yang memiliki 2 akaun peribadi yang berlainan (nama lain,identiti sama) memiliki rahsia yang ingin disorokkan daripada pasangan mereka. (pengalaman dengan pekerja)

                                    Gambar:Suasana ketika bengkel untuk admin yang baru

Peranan ‘page’ (laman) adalah lebih meluas daripada ‘personal account’(akaun peribadi).

Personal account hanya menghadkan jumlah friends kepada 5000 orang sahaja.

Page membolehkan ‘likers’ mencecah ribuan hingga jutaan orang.

Jadi mana-mana masjid yang nak buat facebook,buatlah page.

Mainlah page itu seperti anda manusia.Bukan robot.


Selamat bermain-main.

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
27/4/2014
10.30 Pagi
Shah Alam

Wednesday 23 April 2014

MASJID DAN KUTIPAN JUMAAT




"Uishh..sensitif lah tajuk ini."

Haha.Memang sensitif.

Saya akan terus menulis.Sekalipun ada yang akan panas punggung.Kalau taknak baca,boleh pangkah atau unfriend.Apa ada hal.

Saya suka tengok jumlah kutipan jumaat di papan masjid.

Mencecah ribuan ringgit untuk kali jumaat.Bisnes yang menguntungkan....

Paling menarik bila disertakan sekali dengan jumlah pembahagian peruntukan masjid.Bagus.Sangat telus.Saya sukaaaaaa..

Saya bukan orang akaun.Saya orang sains.Tapi,setakat matematik tambah tolak agak hebat jugakla.Haha.Budak sekolah pun tahu.

Duit masjid sepatutnya diperuntukkan sepenuhnya untuk pembangungan masyarakat sekeliling.Penuhi dengan program agama.Program masyrakat.Program belia.Program bisnes.Dan apa-apa pendekatan yang dapat menarik lebih ramai orang datang ke masjid. (jika tiada idea,komen di bawah saya akan bantu)

Hentikan hujjah,masjid TAKDE DUIT.Ramai orang di luar sana yang merupakan penderma tegar untuk masjid.Akan ada tangan-tangan halus yang menyumbang untuk aktiviti.

Saya percaya bukan semua aktiviti memerlukan ribuan ringgit.Ada juga program santai rapat mesra,borak-borak yang tak memerlukan duit yang banyak.

Paling sadis apabila masjid mengisi program dengan program yang terlalu sedikit.Kalendar masjid lebih banyak kosong daripada berisi.

Dengan hasrat untuk menarik golongan belia dan remaja datang.Perhatikanlah,program agama yang diadakan hanya akan ramai orang datang khasnya anak muda BILA ADA MAKAN-MAKAN!

Mesti bersepah makhluk keluar daripada sarang.Keesokan harinya,makhluk tersebut akan masuk semula ke sarang.Jumpa pula,tahun depan dalam program makan-makan lagi.

Ya,makan-makan adalah program yang menarik.Tetapi,ia adalah program berkala.

Untuk remaja dan belia,tanya mereka apa yang mereka suka.Usahakan utnuk melaksanakan apa yang mereka suka itu di masjid.

Libatkan mereka.

SUKAN adalah aktiviti kegemaran mereka.Anjurkan kejohanan sukan.Futsal.Apalah guna dataran berturap yang cantik (guna parking jumaat) jika hari lain gersang daripada digunakan masyarakat.

Saya terkesan dengan sebuah surau jumaat.Saya melaksanakan program ditempat mereka.Lokasi program diubah serta merta atas sebab tertentu.Selesai program saya bertemu dengan imam mereka.

“Minta maaf tuan guna surau ini tanpa keizinan surau dan organisasi”

Kata beliau yang saya ingin catat dengan tinta emas.

“Tidak mengapa,guna jelah.lagipun surau ni duit masyarakat.Kalau takde orang guna rugi.Sunyi je kawasan ni”

Saya tergamam dan sangat kagum.Walaupun ‘status’ surau,tetapi sangat layak bagi mereka di tukar namanya kepada masjid.

Hanya surau jumaat boleh berkata begitu.Masjid X hanya berkata kepada saya.."kita tangguh kan dulu program sebab tidak dimaklumkan kepada kami."

Renung-renungkan.


Kembalikan masjid kepada fungsi asalnya.!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
23/4/2014
8.38 Pagi
Bangi

Friday 18 April 2014

JAWATAN DAN ORGANISASI



gambar:Ihsan Google

Berapa ramai di kalangan manusia yang suka jawatan?

Berapa ramai di kalangan manusia yang suka rebut jawatan banyak-banyak?

Jawatan itu amanah.

Amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

“Bagus Syazli ini,boleh dicalonkan sebagai tokoh maulidur rasul ni”

Saya tersentap..

Saya membalas,

"minta maaf.Saya tidak berminat untuk menerima sebarang anugerah ‘kemuliaan dunia’."




Saya tak perlukan jawatan dan nama dicanang di papan organisasi untuk bertindak melakukan sesuatu.Saya tahu kepakaran saya.

Saya tahu apa yang saya boleh sumbangkan untuk bantu masyarakat.

Saya sedar ketidakmampuan saya untuk memikul jawatan yang berat.

Cukuplah saya beraksi di belakang tabir untuk menyumbang kepada masyarakat.

Mudah-mudahan di akhirat kelak,Nabi Muhammad berbangga dan mengaku saya umat baginda.

Mudah-mudahan Allah terima dan redha apa yang saya lakukan di dunia dan letakkan saya dalam syurgaNYA.

Mudah-mudahan keluarga saya cukup segala-galanya dari segi material dan rohani.Insyaallah.

"JAWATAN DUNIA SEMENTARA BEB,STATUS HAMBA ALLAH SELAMANYA"

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
18/4/2014
10.30 Pagi
Shah Alam


Tuesday 15 April 2014

DENDAM POLITIK MELAYU





“Siapakah Syazli Khamis (penganjur program) ini? Parti A ke parti B”

Saya membidas,saya tidak berpihak kepada mana-mana parti (saya mengundi juga ok).Bila dah habis PRU hidup mesti diteruskan.

Bangsa paling hebat berpolitik pada pandangan saya adalah bangsa melayu.kadangkala tiada keinginan untuk mencari titik persamaan.Sentiasa mencari titik kehancuran.

Mana mungkin sifat ‘maksum’ ada dalam suatu parti.Tidak mungkin parti yang lain adalah malaikat.Belum tentu yang berparti itu berkopiah hatinya suci nurani. Belum tentu yang berparti itu bersongkok tinggi melangit sentiasa jahat. Masing-masing tetap ada yang terkhilaf.Paling penting kembali balik kepadaNYA.

Hinggakan ketika saya melaksanakan program, ada pihak bertanya,Siapakah syazli khamis tu?Parti A atau parti B.

Saya dengan segera membidas saya tak memihak mana-mana parti.Saya menyokong pihak yang benar sahaja.Fullstop.

Ada juga fahaman politik kemelayuan yang menidakkan peranan masjid jika masjid dikuasai golongan kopiah ataupun songkok.Jika organisasi itu majoritinya tim kopiah maka tim songkok takkan pergi ke sana.Sebaliknya.jika organisasi masjid tersebut  didominasi tim songkok ,maka tim kopiah tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

Lihatlah,betapa rosaknya ummat bila berpaksikan kepada kiblat kepartian.


Saya seringkali menangis bila membicarakan runtuhnya agama di kalangan melayu yang ‘islam’nya hanya pada IC.Begitu juga sesetengah masjid yang mandul daripada pengisian untuk program remaja.Bila diusulkan sebarang program kepada pihak masjid,automatiknya akan  dibawa ke mesyuarat yang entah bila tarikhnya.Bila diteruskan juga aktiviti tersebut, pihak masjid dengan bangganya mengatakan program ditangguhkan.

Adakah dengan menangguhkan program akan membawa sebarang kebaikan?

Adakah dengan meneruskan program akan membawa keburukan melarat-larat?

Lihatlah manusia,tiada kesempurnaan pada manusia.Yang boleh diusahakan adalah memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Bagaimana  hendak diihat perubahan,jika sebarang idea sunyi daripada tindakan.Lantang kepada penangguhan?

Saya bukan anti-golongan masjid ataupun organisasi masjid.Tetapi,saya sedih melihat gelagat ketidakmatangan mereka semua.

Ubahlah sedikit demi sedikit kelemahan diri sendiri.Buang sentimen meeting melarat-larat.

Saya tahu bagaimana untuk mengatur meeting dengan lebih efektif.
Saya tahu bagaimana untuk menjadikan meeting dapat keputusan lebih baik
Saya tahu bagaimana untuk melaksanakan program.

Saya hanya perlukan orang masjid yang berani jumpa,berdiskusi secara berdepan dengan saya.Saya akan kongsikan strategi tersebut.

Ada beran?Hanya yang berani akan tampil.

Yang bacul dan penakut,bahagialah anda dengan cara hidup yang lama.

Saya sangat percaya....


Dengan memperbaiki kelemahan diri,perlahan-lahan masyarakat sekeliling anda turut terkesan.Dengan izin Allah mereka akan turut berubah.

Salam Perjuangan!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
16/4/2014
10.30 Pagi
Shah Alam