Sunday 28 April 2013

SEKITAR PENGAJIAN KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH-IMAM TIRMIZI

Biodata Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari
 
Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir. Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil. Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas.

Pembentangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al- dakwah University Al-Azhar di cawangan Zaqaziq. Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama. Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir. Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai-bagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus  ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar mahupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib.


SIRI-1


Pembukaan Majlis Pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Rabu 17/4/2013 di Masjid Al Falah,USJ 9,Subang Jaya.





 SIRI-2

Sambungan pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Khamis 18/4/2013 diMasjid Al Ittifaqiyah SG 1/26 Taman Sri Gombak.
 


 SIRI-3

Sambungan pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Jumaat 19/4/2013 diYayasan Al-wariseen,Setiawangsa.

 



SIRI-4
Sambungan Pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah,Bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari di MASJID WILAYAH, JALAN DUTA (DEWAN SOLAT UTAMA)

SIRI-5
Sh Dr Usama El Sayyid Al Azhari akan menghatamkan kitab dan mengijazahkan sanad kitab -
As Syamail-Al Muhammadiyah di Masjid Wilayah, Jalan Duta pada.ahad 21/4/2013


Keberangkatan pulang Syeikh Usamah.Semoga redha Allah sentiasa bersama beliau.Semoga sentiasa diberikan kekuatan dan berterusan di atas jalan dakwah dan Islam.
 


Sedikit perkongsian video yang menunjukkan akhlak syeikh usamah dengan seekor kucing yang datang ketika beliau sedang menyampaikan ilmu.(saksikan.....SEKARANG)


 

p/s:Tuntutlah ilmu selagi mampu.Kerana ilmu manusia ber'nilai'.Kerana ilmu juga manusia tidak ber'nilai'.Inilah jalanku.

QUOTE OF THE DAY

Friday 26 April 2013

LeaderShip=Lead A Ship

Setiap orang adalah leader.Kenapa saya berkata sebegitu?

Kerana jika anda seorang lelaki anda adalah leader kepada keluarga anda,adik beradik anda,komuniti setempat anda dan sebagainya.Jika anda seorang wanita anda adalah leader kepada rumahtangga anda (bab berkaitan pengurusan rumah tangga,masakan,dan sebagainya yang sesuai mengikut kemampuan anda) dan di tempat kerja bersama rakan-rakan dan rakyat bawahan anda.Jika anda seorang anak,anda merupakan leader kepada diri anda sendiri.Sekiranya anda anak sulung atau yang agak matang anda sebagai contoh kepada adik beradik yang lain.

Setiap "leader" mesti SENTIASA berfikir, Bagaimana hendak mengepalai sebuah kapal,bertindak sebagai nakhoda yang betul-betul jelas arah tujunya.Supaya kejadian TITANIC berlanggar ICEBERG tidak berulang lagi.Tidak apa?Tidak berulang........lagi.Bagusss..

3 TIPS BAGAIMANA UNTUK MENJADI LEADER YANG BIJAK DAN BERKUASA:

1)Menuntut Ilmu
Dengan menghadiri pelbagai seminar,kuliah atau kursus dapat membangunkan "gergasi" dalam jiwa anda.Insan tidak dilahirkan untuk dipandang rendah dan layu sepanjang masa.Jiwa yang kontang dengan ilmu menyebabkan terdapat sekatan terhadap sesuatu perkara yang hendak dilakukan.--->akan saya jelaskan dalam posting seterusnya (nantikan......)

2)Praktikal Ilmu yang diperolehi
Dah selesai berguru menuntut ilmu,yang penting mesti BUAT.Mesti apa?Mesti......BUAT.Mana mungkin ada magik terjadi tanpa tindakan yang LUARBIASA.Bermulalah daripada sekecil-kecil perkara tetapi sangat sangat sangat KONSISTEN!

3)Komunikasi
Interaksi antara 2 pihak sangat penting.Untuk "check-and-balance".Perbaiki diri melalui teguran membina.Melalui perubahan manusia akan terus bermotivasi untuk meneruskan hidup di dunia ini.

Selamat Mencuba!Like & Share jika bermanfaat!-syazlikhamis.blogspot.com-


Wednesday 24 April 2013

PROCRASTINATION TILL DEAD

95% things run through your subconscious mind only 5% runs through your mind.

How to beat procrastination by Robin Sharma. He is the world class productive person.Designed a powerful program called “YOUR PRODUCTIVITY UNLEASHED”. He shared…..

5 Powerful Tools to beat procrastination:


1. Magnificent Obsession Statement & Dream collage
• Write down your magnificent obsession statement on card
• Read it TWICE daily in the morning and night
• Create a dream collage (find your powerful and dreaming pictures and glued it in your journals)

2. The 30 Days Procrastination diet
• 30 days diet program
• Pick one thing each day that you’ve been resisting
• Eg: Day 1-public speaking, Day 2-tidy up your room…..Day 30:??
• For 30 days you write down one thing each day you’ve been putting off and you do it.

3. The Power of Exercise
• 2WW-Second Wind Workout (just watch the video you will definitely understand)

4. Create Distraction Free Environment
• Facebook notifications
• Twitter updates
• Clean out distraction
• Mess creates distraction

5. Release My Self-Sabotage

• The world has pulled a veil of doubt and fear over your eyes
• The saboteur. What is that? (click the video to understand crystal clear)

THE NUMBER ONE REASON FOR PROCRASTINATION IS FEAR!DO WHAT YOU ARE FRIGHTENED TO DO!

Like & Share NOW! 

  
To view video,CLICK this LINK --->How I Beat Procrastination (Robin Sharma)



Monday 15 April 2013

KISAH IRON LADY?

KEPAYAHAN ITU INDAH BILA DIKENANG KETIKA KITA BERJAYA

Saya di lahirkan dan di besarkan di tengah2 sawah padi. Anak bendang orang Kedah kata.

Saya masih ingat, sewaktu kecil mainan kami lebih menyeronokkan dari budak2 sekarang. Kalau sekarang anak2 saya menunggang kuda dan bermotor besar. Bermain komputer berjam2 dalam bilik. Saya dan rakan2 dulu, naik Kerbau, naik upeh yang di tarik keliling kampung.

Acara di bendang amat menarik dan mendatangkan rezeki. Tahan taut. Serkap ikan. Sauk anak2. Menangguk udang di sungai. Timba telaga. Saya anak desa yang aktif di bendang. Mencari duit lebih dengan pukul padi. Jual padi. Tak berapa faham erti kedaifan. Kesusahan. Mungkin sebab tak pernah kelaparan. Beras . Nasi dan ikan tak pernah tiada. Taraf semua orang lebih kurang sama saja. Hingga sekarang ni. Saya tak pandai nak makan 'Buffet' banyak2 lauk. Cukup dengan ikan bakar. Sambal belacan. Ulam rebus. Laksa pun dah cukup! 'Pure Kedahan' saya ni hu hu. Senang bela!

Ketika berusia 5 tahun. Ibubapa saya berpisah. Saya dipelihara oleh nenek dan Tok Wan yang Alim dan konservatif. ' Simple n Easy life'. Hidup biasa-biasa tanpa perlu ada cabaran. Dinamik , apatah lagi matlamat dan azam yang perlu dicapai. Tak perlu fikir semua. Terima saja apa yang mendatang.

Terngiang2 di telinga saya, pesanan Tok . ' Belajar Rajin2. Pandai2. Jadi Ustazah. Ajar Orang. Cari Jodoh Ustaz2. Kahwin. Beli rumah. Kereta sebiji. Jadi isteri baik2. Beranak ramai2' itulah Pesanan Azimat Tok saya. (Ya Tuhan! Inikah saja perjalanan hidup ku?)

Bila saya fikir2 dan teringat tentang persekolahan zaman saya dulu. Iaitu pagi 7am 1pm. Sekolah Kebangsaan. Petang ke sekolah Agama . Sekolah Pondok, yang mana telah banyak membentuk kerohanian saya (Sedih... Bimbang dan Keliru tengok Cucu2 dihantar ke International School oleh anak menantu) tapi tiap petang wajib ada ustaz ajar mengaji kat rumah.

Walaupun hidup saya terasa Kekosongan. Kesunyian . Boring . Saya bertuah juga kerana rumah Tok terletak di belakang Sekolah.

Benar sekali kata pepatah. ' Kalau nak pandai. Berkawanlah dengan yang bijak pandai. Kalau nak berjaya . Maka berkawanlah dengan Orang Berpotensi or telah berjaya'.

Saya bersyukur kerana ada guru Orang puteh ‘Peace Corps’ di hantar utk mengajar bahasa Inggeris. Saya amat berminat dengan B I dan guru nya sangatlah handsome, baik macam Suami saya.

Suatu hari Guru B. I Mr. Peter memberi buku Orang2 yang Berjaya Di dunia dan Kerjaya Mereka , siap dengan peta Dunia. Maznah. Tolong baca malam ni dan Pasang Impian Katanya!

Saya tak dapat tidur sepanjang malam. Memikir dan memasang angan2. Impian! Gambar2. Cerita2 Kejayaan. Peta Dunia benar2 telah membuka mata dan Minda saya. Ya Allah! Berilah Petunjuk Mu.

Kata2 Cikgu Peter telah memberi keyakinan dan jalan pada saya. ' Kalau nak Berjaya. Pandai! Kena Keluar Dari Sini. Merantau. Belajar ke Seluruh Dunia. Cari ILMU. Kepakaran. Bila Berjaya Baru Pulang! Tolong Orang Kampong U !

Begitulah kisah di zaman remaja saya. Mentor pertama saya. Impian dan Angan2 saya. Buku yang di baca. Keinginan Membara Untuk Menjadi Berbeza. Dorongan dan keputusan yang di ambil! Niat! Nekad!

Wahai anak anak muda... U must want badly enough. utk berjaya, kita sendiri yg. mahukan 'badly'.

Kita mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan hidup kita! Take Charge!

Siapakah beliau?Beliau adalah.....Datuk Maznah Hamid.Iron Lady Malaysia.

Kisah di atas saya ambil daripada----->Datuk Dr Maznah Hamid (Facebook Rasmi)


Wednesday 10 April 2013

KULIAH 3 in 1

KULIAH 3 in 1


Jom menuntut ilmu selagi mata belum tertutup,hidung masih mampu menghirup udaraNya.Semoga kita mampu pergi beramai-ramai.Sila Like & Share jika bermanfaat.

KULIAH SYAMAIL MUHAMMADIYAH BERSIRI


Tak kenal Maka Tak CINTA,Dah Kenal Pasti BERCINTA!


Jom perbanyakkan selawat kepada Muhammad Ibn Abdullah.Sila Like & Share jika bermanfaat.


Sunday 7 April 2013

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari.

Sejak saya baru bergelar Certified Google Web Academy Online Professional,saya sangat teruja dengan perkembangan pesat produk google.Saya baru berjinak-jinak dengan penulisan blog.Sekarang ini saya dalam proses menyiapkan e-book pertama saya dalam bidang bisnes, pengkhususan..... (biarlah rahsia untuk sementara waktu ni).Jom add saya di +Syazli Khamis dan Coach Syaz (Facebook Rasmi).

Saya akan sentiasa berkongsi tentang majlis-majlis ilmu sekitar selangor,perkembangan terkini dalam dan luar negara (teknologi dan sebagainya).Perkongsian ini merupakan apa yang saya pandang dari kaca mata saya sendiri.Saya suka memetik kata-kata ini "FOR THINGS TO CHANGE,I MUST CHANGE FIRST".Tika mana anda melihat dunia dari dimensi akhirat,terasa dunia ini sangat kecil.Tapi dunia inilah yang boleh membawa manusia sama ada bahagia atau derita di 'sana' kelak. 

Jumpa anda dalam next posting :).