Tuesday 28 April 2015

MASIH MENJADI PELAJAR,WALAUPUN MASIH BELAJAR





Alhamdulillah,saya sempat bersama dengan seorang klien yang muda.Beliau merupakan pelajar sebuah IPT.

Saya kagum dengan semangat beliau untuk sentiasa belajar.

Seperti biasa saya kongsikan dengan beliau ilmu ledakan pengurusan masa.Saya teruja kerana sesi ini berlangsung dengan sangat lancar.

KENAPA LANCAR?

  1. Orang muda akal cerdas (bukan maksud yang lebih tua tak berapa cerdas tau)
  2. Klien pertama yang meletakkan peranan sebagai Hamba Allah (90% klien saya ter'lupa'.)
  3. Menggunakan konsep asas peta minda yang baik.
Kebiasaanya,sesi saya berlangsung dalam tempoh 120 minit.Memang intensif sampai muntah hijau.

Sesi baru ini,hanya sekitar 45 minit

Kata beliau,"nanti saya kongsi jadual penuh."



Kata saya,"ok..boleh PM fb saya"

Saya masih menunggu jadualnya ;)

Semoga ada kebaikan.

P/s:saya dikejutkan klien saya yang tak jadi datang tiba-tiba rumah beliau kebakaran.Semoga allah gantikan yang lebih baik untuk anda.Semua daripada Allah,kepada allah kita akan kembali.

20.04.2015
Isnin
2030
Masjid Ubudiyyah,Shah Alam

Tuesday 21 April 2015

NAK NIKAH PADA DISEMBER __________



Saya dikejutkan,apabila seorang rakan tiba-tiba menghubungi saya melalui whatsapp.

"Aku nak minta tolong boleh......"

Adalah dialog panjang.

Dipendekkan cerita,saya jemput beliau jom mengeteh malam ini (ahad,malam isnin).

Terus kami berjumpa.Saya kagum kerana beliau merupakan klien yang komited untuk berguru.

Saya tiba agak lambat kerana baru balik daripada solat isyak berjamaah.Syukur beliau masih menunggu.

Saya suka berjumpa secara bersemuka.Mesej lebih cepat sampai.Ilmu lebih telus tanpa sebarang halangan.

Saya bertanya,

"Ok,apa matlamat/tujuan yang nak dicapai?"

Kata beliau, "saya nak kahwin".

Saya,"haaa,kan senang,jelas...(tak perlu nak pusing jauh)..bila tarikh?

Kata beliau sambil tersipu-sipu,"disember 2018"

Alhamdulillah,senang...ok,saya akan kongsi 9 strategi bagaimana untuk capai matlamat tersebut.

Biasanya,saya gunakan untuk pembangunan bisnes bagi usahawan muda.Ini kes yang pertama,rula-rupanya ia sangat sesuai.

Lebih kurang,60 minit sesi kami selesai dengan jayanya.

Beliau balik dalam keadaan.......

Boleh lihat gambar di bawah.




Saya sangat percaya dengan kepentingan ilmu.

Laburlah untuk pembelajaran ilmu, insyaallah tidak akan rugi.

Apakah yang lebih menguntungkan bila anda melabur untuk pembangunan diri sendiri?

Bila mana ilmu tersebut mampu membawa anda mengenal Allah. Lebih cinta kepada Nabi.Bukanlah lebih indah?

Sebab itulah,saya suka sesi personal coaching.....saya hanya berkongsi ilmu Allah yang maha luas.

Semoga ada kebaikan.Saya pesan,kita usaha,doa dan tawakal kepada Allah jangan lupa.

Sebarkan ilmu ini kepada lebih ramai orang.Jangan simpan ilmu seorang-seorang.


20.04.2015
Isnin
2015
Masjid Ubudiyyah,Shah alam







Sunday 5 April 2015

[KHAT] KUFI MURABBA' GUNA MICROSOFT EXCEL


Alhamdulillah.

Walaupun agak produktif menguruskan bisnes,saya sempat meluangkan masa belajar ilmu khat pada setiap hari Sabtu.

Sehari suntuk saya berada di studio mempelajari seni melukis di atas kanvas.Tiada sebarang perisian,hanya menggunakan kanvas,cat dan kreativiti.Wahaaaaa!

Saya sangat percaya,pelaburan yang PALING MENGUNTUNGKAN ialah pelaburan ILMU.

HARTA bertimbun mungkin boleh dicuri

ILMU berlambak manfaatnya berpanjangan.

Insyaallah.

Sila share jika video di bawah bermanfaat.

Sila tinggalkan komen di ruangan bawah ya.

Terima kasih!

Selamat Mencuba.

 
   
Syazli Khamis
05042015
Ahad
Shah Alam
1142 pm
#1 Kit Pembentukan Akhlak Di Malaysia

Wednesday 1 April 2015

JAWI-BAB 1 (KONSEP ASAS)


Assalamualaikum warga budiman pembaca blog syazli khamis.Wahai pencinta ilmu,ambillah ilmu daripada mereka yang AHLI.Supaya ilmu itu membantu kita mengenal Allah.Mudah-mudahan Allah memberi HIDAYAH dan menganugerahi kita syurga.

Bab ini merupakan bab awal di dalam penulisan karya pertama saya iaitu buku "23+1 Peta Minda Mudahnya Jawi". Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Azman Al-Kurauwi di atas ilmu yang beliau curahkan.

Saya akan terangkan 7 KONSEP ASAS dalam pembelajaran ilmu jawi.

1) BAHASA SUMBER (BS)

BS merupakan asal-usul suatu perkataan. Anda mesti berkebolehan untuk menentukan bahasa sumber sama ada ia merupakan kata jati melayu ataupun bahasa serapan asing (arab,inggeris dan lain-lain).

Contoh:

KLINIK-CLINIC (serapan inggeris)
LAKSAMANA-Kata Jati Melayu


2) KATA DASAR (KD)

Setiap ejaan perlu diasingkan kata dasarnya terlebih dahulu. Kegagalan menentukan KD mengakibatkan ejaan akan salah.

CONTOH:

JABATAN-(JABAT),
HARAPAN-(HARAP)
SEEKOR-(EKOR)

3) SUKU KATA (SK)



Penentuan suku kata menggunakan kaedah PENGGAL. Setiap suku kata diasingkan untuk memudahkan suku kata tersebut dieja.


4) VOKAL KONSONAN (VK)



Mudahnya di sini,vokal ialah AEIOU.Konsonan ialah SELAIN daripada AEIOU.

Gabungan VK membentuk suku kata.Gabungan suku kata menghasilkan perkataan.

Guru saya menekankan VK WAJIB dilabel atas setiap HURUF.Ya,saya ulang mesti dilabel.


5) HUKUM/KAEDAH (HK)

HK di dalam pembelajaran ilmu jawi sedikit,tidak sampai 20.Tetapi,perlu pemahaman yang mantap.Pemahaman terhadap hukum membantu pelajar mendatangkan ejaan sebenar berdasarkan ILMU TULEN bukan daripada TEKAAN semata-mata.

Terdapat beberapa HK seperti KVK,KAF/GA,RAMA,A/A dan sebagainya.

6) PADANAN HURUF

Padanan huruf merupakan kesesuaian abjad rumi dengan huruf jawi. Jawi merupakan perlambangan huruf,BUKAN bunyi.


7) PERBENDAHARAAN KATA (PK)

PK pula memerlukan kerajinan anda membuka kamus dewan.Keperluan ini membolehkan penentuan ejaan sebenar dilakukan.

Apabila pelajar bertemu istilah HOMOGRAF, PK memainkan peranan yang sangat penting.Homograf ialah perkataan yang sama ejaan tetapi berbeza makna.

Contohnya:

RAMBUT-REMBUT
KARYA-KERIA

Syazli Khamis
23032015 (isnin)
1204 pm
Shah Alam









Tuesday 24 March 2015

BANYAK GURU,BANYAK __________________?




Gambar:Semasa pembelajaran ilmu jawi
🚹
Alhamdulillah,baru usai kursus pengkaedahan jawi.Bertempat di SRA Bukit Sentosa Fasa 3.

🚗
Perjalanan yang agak jauh.Menempuh jalan yang berlopak dan ditambah lagi sesat.Inilah manisnya di dalam menuntut ilmu.

Kesempatan bersama para guru yang dari pelbagai ceruk yang saya belum pernah dengar seperti kerling,kalumpang dan sebagainya.Membuatkan diri ini tertanya-tanya.Dan bermonolog.
😖

"Alahai,kesungguhan pejuang ilmu ini yang datang dari entah mana ceruk rantau membakar semangat saya untuk terus belajar."

Walaupun,kadang-kadang mereka mengagumi semangat "orang muda" seperti saya untuk belajar.

Saya LEBIH  MENGAGUMI mereka,walaupun umur lebih dewasa,masih giat menambah ilmu di dada.

Saya berguru tulisan jawi kerana seronoknya mengejar ilmu.Di sini saya ingin menyampaikan penghargaan kepada 2 sifu jawi saya iaitu
😍
🆒

1)Ustaz Azman Ahmad
2)Ustazah Anita Sihab

Antara soalan yang sering ditanya kepada saya ialah:

👉
"Ustaz,mengajar sekolah mana?"

-saya belum ustaz,saya baru nak start-

👉
"Belajar lagi ke,dah kerja?"
-semuanya tepat.

👉
"Anak teruna ni duduk mana?"
-duduk di rumah.Hehe

Mungkin naluri seorang guru gemar bertanya mengakibatkan cintanya sang anak murid terhadap ilmu gurunya.

Saya berpegang dengan prinsip,dengan
📖
ILMU manusia menjadi MULIA,dengan
📖
ILMU juga manusia menjadi hina.

🌟
Keunikan seorang guru ialah nilai kreativiti dalam penyampaian ilmunya.

Guru A memiliki idea penyampaian yang santai sambil berjenaka,tanpa mengabaikan tahap kefahaman anak muridnya.

Guru B menggunakan penerangan yang ringkas dan padat,tetapi diperkaya dengan latih tubi yang banyak

🌄
Gabung jalin pelbagai pedagogi pendidikan membuatkan dunia keilmuan sangat unik.Walaupun,menggunakan dasar dan kaedah jawi yang sama,kreativiti dalam mengolah ilmu membuatkan sang penuntut ilmu ini teruja.

Hal ini,belum lagi melibatkan INOVASI
💎
terkini yang merupakan "back-to-basic" seperti penggunaan straw dalam pengajaran!

💡
Tahniah kepada sifu jawi saya yang ketiga Ustazah Dalilah atas idea yang mantap dan ringkas.Masih terfikir bagaimana idea straw ini muncul?

Ok sambung semula....


Dulu saya pernah mengajar sebentar selepas selesai SPM selama beberapa bulan.

😤
Ketiadaan skil mengajar membuatkan saya rasa nak marah dan melayangkan kerusi kepada pelajar.

🙌
Tetapi,siapa sangka pada usia 25 tahun 10 bulan ini saya merupakan jurulatih bisnes.

🚹
Jurulatih bukan juruletih.Haha.Terjun dalam bidang yang 8 tahun dulu merupakan satu bidang yang bukan kesukaan.

Who knows?
I also dont know.How come?

.......


Live Life With Passion
Hospital selayang 715pm.25/12/14.
Menunggu maghrib.Parking kereta.

Monday 23 March 2015

SOLAT TANPA ILMU?


Gambar:Jamaah Solat Asar di Masjid Al-Imam Al-ghazali,Kepong

👉"Aku dah belajar"

👉
"Last dulu,ustaz ahmad ajar waktu sekolah rendah"

👉
"Kau apa tau,aku ikut ustaz Tv itu ajar"

👉
"Solat buat je.Janji setel"

Macam pernah dengar kan ayat di atas?Mana saya tahu?Dulu saya pun sama.Haha.

Antara soalan yang kerap dilontarkan bila berbicara dengan orang awam perihal solat mereka.

Ini belum lagi masuk bila tanya tentang dalil perbuatan solat anda,adakah mengikut Nabi Muhammad atau ikut ustaz TV?

Kenapa solat kita tidak memandu ke arah kebaikan TETAPI memandul ke arah kejahatan?

Kenapa solat kita tidak KHUSYUK?

Kenapa solat sokmo tapi hati masih KERAS?

Kenapa dah solat hati TAK TENANG

Kenapa dah solat....

'kenapa dan kenapa dan kenapa...

Setelah saya belajar cara solat semalam baru saya faham,

Rupa-rupanya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yang membezakan solat kita ialah SOLAT CARA NABI.


Gambar:Kursus Solat di Masjid Al-Mustaqim,Ampang

===============================

APAKAH ITU SOLAT CARA NABI
===============================

Oh,kalau nak terang A-Z berpeluh juga.Tapi,untuk mudah faham.

Solat kita MESTILAH:

ADA DALIL

Contoh:cara angkat takbir,tangan kita selari bahu,lebih telinga,atau kena telinga atau tak kena angkat?Semua ada hadith dari Nabi.Kena periksa.

TAK TIRU USTAZ MEMBUTA TULI

Ustaz bukan maksum.Kata-kata mereka boleh diambil.Rujuk sumber ilmu mana mereka dapat.Sama ada daripada hadith atau REKAAN HAWA NAFSU mereka.

Saya akan lontarkan beberapa soalan:

🙌
TAKBIR-tangan menghadap kiblat atau tangan seperti robot (ultraman)-telapak tangan menghadap telinga.Kedudukan jari jemari renggang atau genggam atau renggang seluas-luasnya.

Mana yang betul?
🙍
RUKUK-jari jemari lurus,genggam atau menggenggam kepala lutut?Cara rukuk,90,60,45 darjah?

Mana yang betul?

🙏
SUJUD-tangan atau kaki dahulu yang turun dahulu?apakah yang dimaksudkan dengan turun seperti unta?

Mana yang betul?

4)DOA IFTITAH-ada berapa jenis?jenis yang kita belajar tu apa statusnya.Apakah nabi buat gabungan 2 doa iftitah yang kita lakukan?

Mana yang betul?


👋
SALAM-ada stesyen berhenti ditengah-tengah sebelum hadap kiri dan kanan?berapa jenis cara memberi salam.Adakah kita menoleh salam sehingga kelihatan pipi kita?

Mana yang betul?

Haaaa..Banyakkan persoalan?Itu belum lagi isu berkaitan "duduk seperti syaitan duduk", kedudukan imam dan bilal.Macam-macam lagi.Saya bukan lah yang arif dalam bidang ini.

Cuma,saya TEKANKAN usahakanlah untuk tambah ilmu.Bergurulah.Rujuk alim ulamak yang boleh memberi pencerahan DALIL bagi persoalan di atas.

==========================================
SIFIR SOLAT  TIDAK DISEMAK KESAHIHANNYA
==========================================

INGAT!!

Sekalipun mereka selalu keluar TV,tidak bermakna kesemua butiran kata mereka tepat.Semak.Periksa dengan teliti.

Kebanyakan kita (termasuk saya),stail solat kita menggunakan SIFIR SOLAT zaman sekolah rendah.Paling teruk guna silibus jepun ataupun silibus burung belatuk/kakak tua.Sekali cikgu buat,kita ikut sahaja.

Walaupun zaman sudah berubah,SOLAT tetap wajib.Bukan tatacara solat yang berubah,tetapi kita yang WAJIB perbaiki cara solat IKUT SUNNAH.

Mana tatacara solat yang CACAT, kita PULIHkan.

Mana BACAAN solat yang lama,kita TAMBAH.

↺oMana ILMU solat yang kita tahu,AJAR orang lain.

==============
APA PERLU BUAT?
==============


💑
Ibu bapa sila mainkan peranan,ajar anak anak anda solat cara nabi.Ikut sunnah.Bapa sila rendahkan ego anda.Didik anak dan isteri perihal solat yang betul.Bab aurat mesti dijaga.Ia berkaitan dengan HAK EKSKLUSIF seperti dalam posting sebelum ini.


🏬
Yang tua jangan ingat anda sentiasa betul.Walaupun anda belajar tinggi sampai ke Mesir atau luar negeri,tidak bermakna orang lain SENTIASA salah.Jika jahil,sila belajar.Jika alim sila mengajar.

📴
Jika anak mampu dihadiahkan gajet mahal,mampu bertutur dalam bahasa lain sekalipun, anda mesti ingat.Solat akan ditanya dahulu.

Ada faham?

Oh..banyak pula ceramahnya.Haha.Ok,sampai sini sahaja.


😃
Semoga Allah terima amalan kita.Kelak,Nabi Muhammad beri syafaat kepada kita.



Syazli Khamis
19032015
1118 pm
Shah Alam