WHO AM I



Tagline
Nurturing Young Talents Is My Ultimate Passion

Introduction
My full name is Ahmad Syazli Khamis a.k.a Syazli Khamis/SK.I am the CEO & FOUNDER of Impactz Motion Sdn. Bhd..

I am Malaysia No 1 Start Up Business Coach

I helped more than 100 persons in business and motivation.


I am a qualified from:
  • Master Your Business Programme (from Idea to Reality,Creating Legacy)
  • Advance Marketing Programme (more than 400++ Marketing Techniques including offline and online)
  • Intensive Train The Trainer Programme (boosting confident level to the highest,developing individual potential,engagement between speaker and audience effectively)
  • Certified Google Web Academy Online Professional (connecting your business in online cloud efficiently)
Clients

WE Treatment & Services
Wee Station,Jalan Reko Bangi
Masjid Kariah Bangi
Axpic Photography
Kyaraworks Event 
Najmi Aliff Official Page

Successful Project

Explode 30-360-Specialized in building 30 days powerful marketing program for organization & business
Explode MindMapping-Focussing on developing your own artworks by mindmapping.This item is available in DVD.(view sample here)
Explode Dragon Inside You-Specialized in upgrading trainers to another unimaginable level.
Revolusi Tarbiah 2013-Specialized in nurturing teenagers good transition from primary to secondary school
Explode ICT-Specialized in transforming mosque into ICT hub using mosque-friendly approach.Pilot plant is now running at Masjid Kariah Bangi (click here NOW)
Impactz Reach Out (click here)-Specialized in creating at least 20 activities a year which are 100% charity-based.Handled by 10 teenagers which ultimately enthusiastic to create a better world.


Bragging rights
26 Years Old Guy,Who have seen 'himself' in the next 2023 as a successful businessman in 10 countries and employed 100 000 peoples all over the world


=======================================================================
=======================================================================.
KISAH SAYA

Assalamualaikum.Saya Syazli Khamis.CEO & Founder bagi Impactz Motion Sdn. Bhd.Saya juga merupakan Start Up Business Coach.Saya sedang menyiapkan modul mudahnya jawi bagi kegunaan sekolah KAFA di Selangor.Di samping itu,saya juga sudah melatih lebih 100 usahawan muda yang baru hendak berkecimpung dalam bidang perniagaan dan motivasi. Perkongsian dalam bentuk bimbingan secara berterusan.Saya juga menghasilkan DVD Ledakan Peta Minda khas untuk mereka yang ingin memahami strategi membina karya peta minda yang baik.Pembangunan laman rasmi facebook bagi masjid kariah bangi turut menjadi agenda utama.Melatih 5 orang pengurus page menjadi sandaran utama. 

Kesemua kejayaan di atas bukanlah sesuatu yang dicapai dalam sekelip mata.Saya pernah melalui zaman kegelapan.Lebih daripada 3 tahun saya mencari kekuatan diri.Merenung apa yang hendak dilakukan di dalam dunia ini.Zaman kegelapan saya bermula ketika ibu saya kembali bertemu sang pencipta.Ibu saya disahkan menghidap sakit paru-paru.Saya dan keluarga berkampung selama 30 hari di sebuah unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta.Ya,30 hari.Berkampung dan berharap agar Allah memudahkan urusan beliau.Bermula daripada pernafasan secara normal sehinggalah kepada memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin. 

Bantuan pernafasan yang paling dahsyat bagi saya ialah ‘tebuk leher’. Majoriti adik beradik ibu saya (makcik dan pakcik) agak menentang keras proses tebuk leher ini.

Doktor berkata, 

“Kadar karbon dioksida di dalam darah ibu saya semakin meningkat.Karbon dioksida yang banyak menyebabkan darah semakin bersifat asid.”

 Saya bertanya, “Boleh terangkan dengan lebih lanjut?”

 Doktor menjawab, “Darah yang bersifat asid akan menghalang pengangkutan oksigen yang efektif.Jika ini berlaku,oksigen tidak akan cukup.

Saya bertanya, “Jika oksigen tidak cukup bagaimana?” 

Beliau menjawab, “jika begitu,satu persatu organ dalaman ibu saya akan terhenti secara perlahan-lahan”

Saya bertanya Jadi,apa yang perlu dilakukan? Doktor menjawab, “Ibu awak perlu lakukan tebuk leher untuk bernafas.Tapi,tiada jaminan untuk terus pulih 100%.

Dipendekkan cerita,akhirnya saya memberi keizinan untuk meneruskan pembedahan tersebut.Pembedahan itu berjaya.Tetapi,kesan pembedahan tersebut memberi kesan emosi yang sangat mendalam bagi saya.Bayangkan,jika anda melihat ibu anda ditebuk leher sebegitu rupa,kemudian ditambah lagi kesukaran untuk bercakap.Komunikasi bertambah sukar. Selepas 30 hari,ibu saya dipindahkan ke hospital kerajaan selama 5 hari.Hari keenam di hospital kerajaan,ibu saya dijemput kembali kepada Allah.

Disinilah bermula detik gelap.Prestasi belajar di universtii semakin merosot.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.Setiap perkara yang dilakukan tidak menjadi.Hidup menjadi kucar-kacir.

Sehinggalah saya berjumpa formula hidup yang sebenar iaitu kepentingan menuntut ilmu kerana Allah.

Kira-kira Ramadhan 2 tahun lepas,saya berpeluang untuk bertahajud setiap kali sebelum sahur.pada siang harinya pula,saya lazimkan untuk melakukan solat dhuha sebanyak 2 rakaat.Paling utama,saya mula menjaga solat jamaah lima waktu sama ada di masjid atau di surau berhampiran. 

Alhamdulillah,perlahan-lahan hidup saya semakin baik.Bertitik tolak daripada insiden ini,saya mula mencari ilmu untuk mengenaliNYA dengan lebih rapat-Rupa-rupanya, kuncinya ialah ilmu pengetahuan.Saya mula mencari ilmu melalui perniagaan dan pengalaman.Berguru dengan pelbagai latar belakang guru melayu, bukan melayu dan mat salleh mengubah persepsi saya terhadap ilmu. 

Pelaburan menuntut berjumlah belasan ribu ringgit semakin membuahkan hasil.Setelah ada ilmu yang diperlukan,saya mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang 3 daripadanya melingkup. 

PERNIAGAAN YANG KURANG BERJAYA 

Berikut merupakan ringkasan perniagaan yang pernah saya jalankan

 i. Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) 

Mula mengenali perniagaan MLM semasa zaman universiti.Mendalami istilah yang digunakan.Selok belok pembahagian keuntungan dan strategi merekrut ahli baru turut menjadi permainan.Masa beroperasi berjumpa klien dan sebagainya bermula selepas maghrib membawa ke subuh menjadi rutin harian.Siang hari sibuk belajar dan kepenatan membuatkan diri ini kadangkala hanyut dan alpa.

ii. Jual Air 

Ini merupakan pengalaman terindah saya bagi memperolehi wang saku mingguan.Memulakan perniagaan jual air di gelanggang futsal di dalam universiti.Menggunakan modal kurang daripada RM 100,saya dan rakan berjaya memperolehi untung bersih sebanyak RM 400 dalam masa 3 minggu berniaga sahaja.

Paling menarik,tempoh perniagaan yang singkat (9.00 malam-2.00 pagi) ditambah pula dengan keseronokan bermain internet semasa perniagaan.Pendek kata,klien (pemain futsal) yang datang berterusan membeli,tanpa perlu lakukan sebarang promosi.Hanya berbekalkan RM 3 setiap malam untuk membeli ais,bermulalah pengalaman sebenar. 

Pengalaman jual air yang paling menarik ialah apabila berkesempatan membuka gerai semasa ceramah Ustaz Azhar Idrus.Saya sanggup membawa air bungkus di atas dulang,dan meluru masuk di kalangan hadirin untuk menghabiskan air jualan.Hasilnya,daripada 6 gerai yang menjual air,gerai kami satu-satunya yang terlajak laris pada malam itu.Peniaga lain semua kehairanan terhadap prestasi jualan kami. 

iii. Bengkel Kemahiran Video 

Pernah mengadakan bengkel edit video di dalam universiti semasa belajar.Seratus peratus percuma. Medan bagi saya untuk mempraktikkan beberapa ilmu pemasaran yang telah dipelajari.Alhamdulillah menjadi.Pada awalnya ingatkan tiada orang yang akan datang.Rupa-rupanya strategi yang digunakan berkesan. Ajaib, hasilnya seramai 15 orang telah menghadiri bengkel ini.Dan ada permintaan untuk meneruskan program sebegini lagi. 

ILMU ITU DIDATANGI,BUKAN MENDATANGI

Proses menuntut ilmu saya agak mencabar.Pelaburan ilmu yang tinggi membataskan kewangan saya untuk berhibur.Paling menarik,saya selalu tidur di dalam kereta kancil,semata-mata untuk berjimat kos penginapan.

Bayangkan,kereta yang kecil sebagai ‘rumah’ bergerak. Kekangan kewangan tidak membataskan nafsu saya untuk menuntut ilmu.Bergerak aktif menyertai sebarang seminar ataupun bengkel sama ada yang percuma mahupun berbayar menjadi aktiviti harian saya. 

Berjumpa dengan pelbagai latar belakang manusia dan berguru melalui pengalaman mereka menjadi arena perguruan saya.Membaca sekurang-kurangnya 1 buah buku seminggu dan meringkaskannya ke dalam bentuk peta minda untuk memudahkan proses ulangkaji. Berkongsi semula pengalaman hidup di medium media sosial dan perjumpaan santai, menjadi wadah penyebaran ilmu yang saya gunakan. 

GAGAL BUKAN MALAPETAKA 

Banyak pengajaran yang saya perolehi daripada perjalanan bisnes sebelum ini.Melalui perniagaan MLM, saya memahami kepentingan sistem ejen dalam perniagaan.Untung sedikit,tetapi kongsi beramai-ramai.Strategi melakukan pemasaran untuk melantik ejen kawasan yang baru.
Jujur saya katakan inilah teknik yang mengubah persepsi saya terhadap MLM. 

Melalui jualan air pula, saya belajar di dalam perniagaan mesti berani melakukan kerja gila yang jarang orang buat.Yang penting selesaikan masalah klien.Orang ramai haus ketika ceramah,tetapi malas nak meninggalkan tempat duduk (masalah),saya datang membawa air di depan mata mata (solusi).Menarik bukan? 

Melalui bengkel video, saya mendapat pengajaran yang sangat bermakna.Pengajarannya ialah sebarang video promosi bisnes selepas ini saya boleh hasilkan sendiri.Saya boleh rakam,edit dan kongsikan di laman sesawang sendiri.Sekaligus dapat menjimatkan sehingga ribuan ringgit.

Hasilnya,saya berjaya menghasilkan DVD Ledakan Peta Minda di dalam bahasa Melayu pertama di Malaysia.Seratus peratus merupakan hasil kerja saya sendiri.

Sesuatu yang berlaku ada hikmah.Kegagalan bukan malapetaka.Tetapi,peluang untuk belajar sesuatu.Ayuh, belajar daripada alam.Belajar daripada pengalaman.Ambil,telan dan sebarkan manfaatnya kepada ramai orang.Setiap orang ialah pejuang.Selama mana anda percaya apa yang anda perjuangkan.

No comments: