Saturday 20 July 2013

PETA PERJALANAN SYARIKAT

Sesat Jalan,Rujuk Peta Semula




Alhamdulillah,selesai fasa pertama Modul Restructure Ground-Up untuk Impactz Motion dan Kyaraworks Event.

Restructure Ground-Up merujuk kepada proses branding,canvasing,managing dan consulting kepada syarikat.Banyak syarikat yang kecundang di tengah jalan sebab di awal-awalnya mereka tidak gila-gila JELAS dengan 'peta perjalanan' syarikat mereka.

Antaranya,masih keliru dengan siapakah pelanggan mereka yang utama.Anda kenal target market anda?Tahniah.Anda telah berjaya untuk halangan pertama.Ada lagi 8 R & R untuk disinggahi lagi.

Proses Semalam (20/7/2013)

Start 'lekat-lekat' dari pukul 1130 pagi-6 petang.Ada banyak lagi tempat kosong.Tempat kosong akan mula diisikan dari semasa ke semasa.Sekarang mula menaip idea-idea YANG SEDIA ADA ini dalam bentuk yang lebih tersusun.

Hasil Selepas hampir 8 jam......

Sangat jelas hasil halatuju kamu selepas ini dari segi customer segment (CS).Siapakah target market kita sebagai Event Organizer (EO).Turut jelas adalah apakah Value Propostion (VP) yang kita ingin beri kepada customer.Part ini yang paling menarik.Idea-idea yang pelik dan boleh direalisasikan.

"2 Heads Are Better Than One"

Semoga ada manfaat mutiara perbincangan kita kali ini.Daaa~~



p/s:Ilmu lekat-lekat ini saya belajar daripada Buku bertajuk Business Model Generation.Klik link ini untuk download secara PERCUMA.




Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
21/7/2013
1.10 Petang
Bangi Bandar Ilmu

Friday 12 July 2013

EBOOK “7 TEKNIK NEGO BERAPI”.

                                                               Nego Berapi

Secara rasminya dilancarkan ebook “7 TEKNIK NEGO BERAPI”.

5 STRATEGI BAGAIMANA UNTUK ‘NEGO’ SAMPAI ‘LET GO’ WALAUPUN ANDA SEORANG YANG BERAT MULUT!

5 Perkara Yang Anda Akan Pelajari Melalui Ebook ini:

1.Bagaimana untuk mula membuka mulut bagi melakukan proses rundingan.
2.Bagaimana untuk mengatur strategi rundingan yang mantap daripada A sehingga Z.
3.Bagaimana untuk membuat persediaan mental dan fizikal sebelum memasuki arena rundingan.
4.Bagaimana untuk mengendurkan situasi rundingan yang tegang dan panas.
5.Bagaimana untuk memenangi rundingan dengan teknik-teknik yang terbukti berkesan.

Cara mendapatkan Ebook ini secara PERCUMA adalah:

1.Like page Ahmad Syazli Khamis
2.Komen saya nak “ebook 7 TEKNIK NEGO BERAPI secara PERCUMA”
3.Sertakan emel anda di ruangan komen

Tawaran ini TERHAD kepada 10 orang TERAWAL sahaja.Tarikh tutup 15/7/2013 (3 petang).Bermula SEKARANG!

p/s:siapa cepat dia dapat.moh beramai-ramai.
 
Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
13/7/2013
12.52 Pagi
Bangi Bandar Ilmu

Monday 1 July 2013

BERFIKIR TIDAK BERTINDAK ADALAH SIA-SIA!

Idea Dan Penulisan




Setelah lama tidak menulis diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu. Berkenaan IDEA.

Idea merupakan cetusan inspirasi secara tiba-tiba.Selalunya tidak dirancang.Insan yang bijak akan mencatatkannya.Kadang-kadang idea yang terlintas adalah tidak logik.Tidak pernah dibuat orang.Menentang arus.karut dan sebagainya.Apa yang penting anda ikut langkah di bawah.Saya telah praktikkannya.

3 PERKARA ASAS MEMBANGUN IDEA JUTAAN RINGGIT:

1)Tulis
2)Tulis dengan jelas
3)Tulis dengan jelas dan spesifik

Asasnya adalah MENULIS.

Kebanyakkan idea yang saya miliki saya catatkan dalam buku nota kecil (yang saya bawa ke mana-mana).Kadang-kadang saya masukkan idea ke dalam tablet atau blackberry di ruangan memopad.Kemudian balik ke rumah saya akan rujuk semula dan mula menulis dalam bentuk yang tersusun.

Semua idea yang muncul secara tiba-tiba itu saya masukkan ke dalam wishlist saya. Apa itu wishlist? Sila rujuk artikel Mati Tanpa Impian Lebih Baik.

Antara idea pelik saya yang pernah terlintas:

  1.  Jadi penulis buku motivasi
  2.  Memiliki syarikat pengurusan acara (event management) 
  3.  Menjadi CEO & Founder syarikat Sdn. Bhd.
Hasilnya, idea yang pelik tiba-tiba menjadi kenyataan:

  1.  September 2013,saya akan melancarkan buku saya pertama tentang rundingan (negotiation) dalam bahasa melayu di Seminar Berani Belia 2013,KL. 
  2.  Awal tahun 2013, saya mula menjadi co-mastermind untuk event management sahabat saya. (walaupun bukan milik sepenuhnya,tapi saya merupakan pembantu utama yer)
  3.  Sedang didaftarkan dengan SSM.

Adakah ini khurafat atau tahyul?

Adakah ini penipuan?

Adakah ini sandiwara?

Apakah mungkin ini terjadi?

Ramai yang tersekat,kerana cuba memikir apakah,mungkingkah,bagaimanakah,bilakah,di manakah dan bla…bla..bla..Hasilnya,mereka masih duduk di takuk yang sama.

Saya telah berjaya membuktikannya.Saya kongsikan kepada anda, dengan syarat anda mula menulis.Tulis.Tulis.Tulis!

Mentor saya pernah berkata “setiap apa yang kita buat,apa yang kita cakap,apa yang kita fikir adalah doa.”Saya tambah,setiap apa yang kita tulis adalah doa.

Allah maha mendengar.Islam tidak tertegak semata-mata atas tikar sejadah sahaja.Keluarlah dan mulalah melihat dunia dengan kacamata yang lain.

Selamat mencuba.Jika terseliuh atau tergelincir di tengah-tangah jalan.Sekurang-kurangnya anda sudah mencuba.Jika tidak berjaya itu bukanlah kegagalan,sebaliknya salah satu siri dalam movie kejayaan anda.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
1/7/2013
16.55 Petang
Bangi Bandar Ilmu