Tuesday, 31 December 2013

BISNES & PEMASARAN


Saya dilamar sekali lagi.

Ketinggian ilmu diukur pada bijaknya sang ilmuan menyampaikan kepada anak muridnya.Anak muridnya mengajarkan pula kepada orang lain.

Dengan berkongsi pengetahuan,dunia akan lebih meriah dengan pelbagai cabang ilmu yang baru.

Ilmu yang dikongsi mudah-mudahan menjadi 'spotlight' dalam kubur kelak.

Ilmu bisnes,ilmu praktikal.

Tanpa pemasaran pincang la bisnes.

Orang membeli kerana kredibiliti sang pembawa idea atau pencetus solusi.

Orang membenci kerana sang penjual terlalu menjual.

Sang penjual bersikap seperti produk/servisnya yang terulung di dunia.Terbaik di dunia.

Tetapi lupa,sang pembeli membeli sebab kredibiliti dan kepercayaan terhadap pencetus solusi.

Saya berkongsi berdasarkan apa yang saya tahu.Apa yang saya cuba dan perbaiki.Apa yang menjadi.


Saya terbuka terhadap idea baru.

***Rindu pula berprogram bersama adik-adik Sri Al-Huda.



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
1/1/2014
3.44 Petang
Bangi

Monday, 30 December 2013

KRITIKAN MENGGILA TERHADAP INSTITUSI AGAMA

KRITIKAN DAN SOLUSI 

 Assalamualaikum.

Saya sering diajukan tentang soalan insititusi itu ini amalkan rasuah.Institusi agama kutip wang banyak,tetapi kemana wang tersebut pergi.Kenapa agama menjadi sekadar mainan.

Kenapa.Kenapa dan kenapa??

Saya suka mengingatkan,dasar ilmu adalah berdasarkan fakta.Bukan auta.Rasional dan bukan emosional.

Minta maaf saya cakap,kebanyakan orang suka mengutuk,mengeji dan mengkritik sesebuah institusi kebanyakkannya tanpa fakta yang sahih.

Antaranya,adalah berkenaan kutipan Zakat yang mencecah ratusan juta ringgit setahun.Kemana ia nya pergi.Saya pun dulu merupakan pengkritik tegar.Tetapi,Alhamdulillah kini saya perlahan-lahan cuba memperbaiki diri saya dengan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum menghukum.

 Dunia siber adalah luas.Maklumat didapati sangat mudah.Layari website institusi agama terbabit untuk mendapatkan kepastian.

Laporan audit dan statistik adalah TELUS.Terbuka untuk semua.Sama ada nak atau tidak.

Bukan semua maklumat di media sosial adalah yang sebenar-benarnya.Tapis dahulu mana yang perlu.Jangan terlalu rakus sebarkan sesuatu berita.

 Laporan Zakat 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini

 Laporan Zakat 2012 anda boleh muat turun dan baca di sini

Sijil Audit Negara 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini


Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2011 



Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2012 

Memang kutipan mencecah ratusan juta.Tetapi perhatikan pada PERATUS PENINGKATAN kutipan zakat,bilangan pembayar zakat dan agihan zakat. Bukankah saban tahun meningkat?

Hentikan,prasangka buruk.

 Laporan Zakat 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini

 Laporan Zakat 2012 anda boleh muat turun dan baca di sini

Sijil Audit Negara 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini

Lagi fakta.



Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2011

Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2012 

Bukankah saban tahun meningkat peratusan bagi penerima mengikut asnaf?

 Laporan Zakat 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini

 Laporan Zakat 2012 anda boleh muat turun dan baca di sini

Sijil Audit Negara 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini 

Lagi fakta. 
 
 Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2011

 
 Sumber: Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Selangor 2012 

Bukankah saban tahun meningkat peratusan bagi program pembangunan? Berhujjahlah dengan fakta yang rasional.Bukan auta yang emosional.Datangkan solusi pada kritikan.Bukan kritikan yang membuta tuli tanpa dalil yang teguh.

 Laporan Zakat 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini

 Laporan Zakat 2012 anda boleh muat turun dan baca di sini

Sijil Audit Negara 2011 anda boleh muat turun dan baca di sini 


Salam perjuangan!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
31/12/2013
12.00 Tengahari
Bangi

Sunday, 8 December 2013

Apakah itu Business Training


Apakah itu "business training"?

Kepakaran saya adalah meningkatkan bisnes individu dan syarikat klien melalui "business training" yang saya adakan.

 "Business Training" adalah dunia di mana saya membantu peniaga melayu Islam yang baru berjinak-jinak dalam bisnes untuk maju ke depan.

Melalui 6 teknik yang biasa saya gunakan.Apakah dia 6 teknik itu?

Sebelum itu,izinkan saya perkenalkan latarbelakang pakar "business training" ini.



Siapakah saya?

Sila klik di sini untuk melihat penglibatan saya dalam mengendalikan program "business training".



 

Tuesday, 5 November 2013

TESTIMONI KLIEN YANG BERPUAS HATI

These are some feedback I received from my clients.

SEMINAR REVOLUSI REMAJA ALAF BARU

18 November 2013
Sri Al-Huda,Gombak

"Belajar memanfaatkan masa.Belajar bekerjasama dengan rakan.Dapat mengetahui saiz kasut,wrne kegemaran dan bulan kelahiran rakan"

Sebelum:Excited  Selepas:Lega dan sgt excited dan sedih

"Berusaha mencapai impian itu"


"Berusaha mencapai impian

Sebelum:xde perasaan Selepas:gembira

cara untuk mencapai impian"

"Kita mestilah rajin berusaha dan jgn berputus asa utk mencapai impian.

Gembira dan berharap agar program ini akan dibuat lagi.

Rajin berusaha"
 "Berusaha mencapai cita2

Gembira

Berusaha bersungguh-sungguh"




"boleh menjadi insan yang soleh

sebelum: gembira  Selepas:Seronok

Nak jadi anak soleh"


"dapat mempelajari 101 impian yang boleh dibuat selepas tamat persekolahan

Perasaan saya sebelum seminar ini bosan dan tidak tahu aktiviti yang dijalankan. Selepas seminar ini gembira.Saya sedar impian itu perlu untuk masa depan saya.

Saya mesti mengisi 101 impian saya di rumah"

 .


"Berdisiplin.

Gembira,terharu

berdikari" 



"dapat berkenalan

Rasa gembira

Mengejar cita"
 

"Mencari impian kita

sebelum:tiada kerjasama
selepas: ada kerjasama

Berusaha untuk berjaya"
 


"Berusaha mencapai cita-cita

Gembira dan bersemangat

Berusaha untuk mencapai impian"

"UNTUK BERJAYA

Sebelum: GEMBIRA
Selepas:SERIUS

TERUSKAN"

 "Mengetahui warna kegemaran kawan,mengetahui saiz kasut kawan,mengetahui bulan kelahiran kawan.

Gembira.

menulis 101 impian saya."

 "saya telah mempelajari bagaimana hendak menulis kata2 yg positif,mengejar impian saya.

Perasaan saya adalah gembira.

Saya mesti lakukan yg terbaik utk diri saya dan terus menulis 101 impian dan berusaha lebih."

 "Mengenali antara satu sama lain

Sebelum:Selalu sedih

Selepas:Gembira

Buat satu perubahan lain daripada yang lain"

 "hidup ini perlu berfikiran positif untuk mencapai impian.

Sebelum=bosan    selepas= Teruja

mencapai 101 impian"

 "Bagaimana ingin mencapai cita-cita.

Sebelum:Sedih  Selepas:Happy

jangan mudah berputus asa.ingin mencapai impian dengan penuh semangat.yakin dengan diri."

 "Saya telah mengetahui bagaimana untuk mengejar impian saya.

Saya rasa lebih bersemangat untuk mengejar impian saya.

Lakukan yang terbaik untuk mencapai cita-cita yang diinginkan."

 "berdisiplin

Sebelum:Rasa bosan
Selepas:gembira

Praktikkan apa yang dipelajari "



EXPLODE PROGRAMME 

Business Training

"Alhamdulillah,program dapat dijalankan dengan lancar & saya berpuas hati dengan servis & kepakaran En Syazli Khamis.Tips & Teknik di ajar telah saya aplikasikan & mula menunjukkan peningkatan dalam kemajuan servis di kedai saya.Terima kasih diucapkan daripada WE Treatment & Services."

Klien: WE Treatment & Services

Business Training 

"Salam bro,thanks banyak2 share coaching session td.Amat berguna.Anda memang akan pergi jauh.Amiiin."

Klien: Axpic Photography


Business Training



WRITING SKILLS

"Bole celen prof tuah iskandar"


 "Style bro...true story"
"bro....pinjam status"


"tapi ape pn keep posting stuff like this tuan..u r good at this..im impressed"


" As'salam Ahmad Syazli Khamis.salam perkenalan.saya berminta dgn penulisan 'straight forward' anda.bagi saya ianya sangat membantu..semoga saya mampu menjadi lebih baik dgn izin Allah dan begitu juga anda"

VIDEO TESTIMONY

Business Training 

ENVI EXPRO 

 

Business Training 

ZIKRA QURABIC

 

ABQARY KIDZ

 























Monday, 4 November 2013

[PROJEK KEBAJIKAN]-IMPACTZ REACH OUT



IMPACTZ REACH-OUT

Slogan:

“The More We Give The More We Get Back”

OBJEKTIF
  1. Berkongsi teknik bagaimana untuk mula merancang projek kebajikan anda sendiri.
  2. Berkongsi cara bagaimana untuk memulakan projek kebajikan sendiri
  3. Berkongsi skil yang diperlukan sekitar selok-belok cara berurusan dengan badan NGO dan korporat
  4. Berkongsi rahsia kaitan disebalik memberi dengan ikhlas dan lonjakan terhadap bisnes anda.
  5. Berkongsi bagaimana untuk memajukan bisnes (pemilik bisnes) atau memulakan  bisnes (baru hendak menceburi bisnes) melalui ‘starting point’ (titik mula) projek kebajikan anda.

Maklumat Penting:

  1. Kumpulan FB ini dikenali sebagai IMPACTZ REACH OUT
  2. Tujuan Ditubuhkan: Menyumbang kepakaran,idea,masa,dan tenaga anda untuk menambah nilai terhadap golongan sasar dan rumah/persatuan kebajikan yang  dipilih.
  3. Ahli kumpulan FB ini digelarkan sebagai Krew Impactz.
  4. Kepakaran Krew Impactz adalah menjayakan program kebajikan atas inisiatif sendiri melalui kerjasama antara satu sama lain.
  5. Krew Impactz digalakkan untuk ‘invite’ dan membantu rakan-rakan lain yang berminat untuk bersama-sama dalam gerakan kebajikan yang ditubuhkan ini.
  6.  Hanya saya (Syazli Khamis) akan ‘approve’ kemasukan ahli baru dalam kumpulan IMPACTZ REACH OUT.
  7. Krew Impactz wajib memilih SATU SAHAJA golongan sasar yang mereka ingin bersama membantu (contohnya:anak yatim,golongan OKU,warga emas dan sebagainya).
  8. Setiap Krew Impactz wajib memilih SATU SAHAJA rumah/persatuan kebajikan yang mereka ingin menyumbang secara konsisten.(contoh:rumah anak yatim darul iman.Maka setiap program anda adalah di rumah anak yatim darul iman sahaja)
  9. Pemilihan SATU golongan sasar dan SATU rumah /persatuan kebajikan adalah untuk memFOKUSkan sumbangan dan KONSISTEN dalam tindakan.
  10. Program yang dirancang digalakkan dalam bentuk ceramah,seminar,perkhemahan,bantuan kewangan,lawatan,sukaneka dan sebarang aktiviti yang diyakini dapat menambah nilai terhadap golongan sasar terbabit.

PERATURAN
  1. TIDAK dibenarkan sama sekali mengiklankan produk atau servis anda tanpa izin (sekiranya terdapat usaha ke arah itu,iklan akan dibuang dan mereka yang terlibat akan disingkirkan daripada kumpulan)ßamaran keras
  2. Perbincangan adalah secara interaktif dan 2 hala.
  3. Krew Impactz bebas mengutarakan sebarang persoalan berkenaan projek kebajikan ,bisnes dan sebagainya.
  4. Setiap Krew Impactz hendaklah membantu memberi pandangan, idea, tenaga dan sebagainya secara sedaya upaya terhadap persoalan yang diajukan.
  5.  Krew Impactz bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang ‘posting’ yang anda ajukan.
  6. Krew Impactz dikehendaki menjayakan sekurang-kurangnya 2 program kebajikan setahun.

BONUS (PERCUMA)
  1. PERCUMA:Saya akan berkongsi strategi bagaimana untuk melakukan pemasaran yang berkesan untuk bisnes dan servis anda.(Bernilai RM 1999/seorang).
  2. PERCUMA :Rujukan cara penyediaan kertas kerja yang betul (RM 199/seorang).
  3. PERCUMA :Keahlian kumpulan bernilai RM 299/setahun

SIAPAKAH SAYA

Nama diberi Ahmad Syazli Khamis.Nama gelaran Syazli Khamis.Saya merupakan CEO & Founder Impactz Motion Sdn. Bhd. (1052889-K).Kepakaran saya adalah menjadikan acara santai anda sentiasa diingati dan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada para peserta.

Saya turut diberi peluang untuk membimbing IKS (industri kecil dan sederhana) untuk meledakkan bisnes ke tahap yang lebih baik.Disamping itu,saya turut terlibat dalam pembangunan beberapa bisnes-baru mula (start-up) di kalangan pelajar insitusi pengajian tinggi.

#1 Event Organizer in Malaysia

Projek Yang Saya Sedang Saya Usahakan:

1)Transformasi ICT di Masjid Kariah Bangi,Bangi Lama (September)-
2) Seminar Rezeki Jutawan di IPTA Lembah Klang. (November/Disember 2013)
3) Projek Rumah Anak Angkat Impactz bersama sebuah rumah anak yatim di Rawang (November 2013)
4)Revolusi Tarbiah (November 2013)

Sebarang pertanyaan,saya boleh dihubungi di:

Laman Web Syarikat: www.impactzmotion.com.my
Laman Rasmi Facebook: www.facebook.com/SyazliKhamis
Laman Rasmi Twitter: www.twitter.com/SyazliKhamis

“Kebajikan yang kecil akan menarik kejayaan yang lebih besar”

PERHATIAN :Sesiapa yang berhajat untuk menyertai kumpulan facebook Impactz Reach Out ini.Sila emelkan saya nama penuh,alamat emel,alamat rumah,URL facebook dan nombor telefon untuk saya hubungi.

Tawaran TERHAD untuk 5 orang terAWAL sahaja.

Tarikh tutup pada 12/11/2013 (10 malam)

Sekian!

Salam Perjuangan.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
5/11/2013
12.33 Pagi
Bangi Bandar Ilmu