Apa Yang Boleh Saya Bantu?
Fitrah
manusia suka dibantu.Tidak dapat dinafikan.Terkadang terdapat manusia yang
kurang suka/kurang pandai meminta bantuan orang lain.Samalah seperti sang
penulis.Ooops.
Meminta
bantuan bukanlah bererti lemah.Tetapi insan memerlukan seseorang untuk
berkongsi.Walaupun sekadar pinjaman masa untuk mendengar,itu sudah memadai.
Di sini saya nukilkan untuk kegunaan dalam "business training", 7 Senjata Ampuh Dalam Perbualan yang sentiasa saya gunakan.
7 Senjata Ampuh Dalam
Perbualan
1)Senyum
Senyum
dengan ikhlas.Lahirkan dari hati.Latihan yang jitu diperlukan untuk melahirkan
senyuman yang ikhlas.
2)Ucapkan Selamat
Mulakan
dengan ucapan assalamualaikum.Atau bagi yang belum islam ucapan hai,hello
ataupun yang sewaktu dengannya.
3)Hulurkan tangan untuk bersalam
Berjabat
tangan dengan yang mahram.Agak susah bila berkaitan ‘mahram’.Tidak mengapa.Yang
penting perlahan-lahan mencuba.
4)Sebut nama anda
Nama saya
ialah ahmad syazli.Boleh panggil SK.Sebut nama anda dengan jelas.Jika terlalu
panjang singkatkan ia.Bagi nama ringkas yang anda selesa untuk dipanggil
sebegitu.
5)Tanya nama klien
Nama tuan?
6)Mulakan perbualan tentang diri
klien
Tuan Abu
buat bisnes apa ya?Macam mana perkembangan bisnes tuan sekarang?Gunakan konsep
80:20.80% bercerita mengenai klien.Hanya 20% cerita berkisar tentang diri anda.Tunjukkan
minat sepenuhnya terhadap cerita klien.
7)Ayat Keramat: Apa yang saya boleh
bantu
Apa yang
saya boleh bantu untuk bisnes tuan Ahmad yer?Selepas ayat itu dilontarkan,diam
sebentar.Berikan ruang untuk klien bercerita.Jangan tergopoh-gapah dengan
soalan-soalan yang macam bagus.Gopoh-gapah akan meranapkan peluang bisnes di
depan mata!Adakah anda mahu sebegitu?Pasti tidak kan…..
Selamat
Mencuba!Jurus rahsia dalam "business training".
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
30/9/2013
9.27 Pagi
Bangi Bandar Ilmu