Saturday 28 September 2013

FOKUS PADA WANG,WANG AKAN LARI

 Bisnes,Tulis dan Makbul


**Ini bukan program MLM,Sekadar gambar hiasan sahaja**

Alhamdulillah,syukur kepada Allah saya masih diberikan ruang dan peluang untuk mencoretkan kata-kata untuk anak bangsaku.Sekarang saya merupakan CEO & Founder bagi syarikat Impactz Motion. #1 Event Organizer in Malaysia.Saya berguru dengan pelbagai latarbelakang mentor.Mentor bisnes.Mentor fotografi,Mentor internet marketing.Mentor grafik.Mentor kerohanian dan keagamaan.Saya meluangkan masa yang sangat banyak untuk menulis.Setiap apa yang saya inginkan saya coretkan walaupun sekadar contengan di atas kertas putih.

Buktinya,pada bulan 10/2012 saya tertulis saya mesti memiliki syarikat event management.Saya telah  mempunyai 10 klien nasional dan international untuk bisnes saya.Walhal,pada masa tersebut saya tak tahu langsung atau “0” dalam event-event begini.Kemudian, saya mula melakarkan jalan-jalan yang saya membolehkan saya sampai ke matlamat saya itu iaitu “miliki sebuah syarikat event management”.

Alhamdulillah, Allah maha berkuasa,DIA melorongkan satu persatu jalan ke arah matlamat tersebut.Saya dipertemukan dengan seorang insan yang bergelumang dengan event selama hampir 20 tahun. Beliaulah yang mengajar saya selok belok bisnes ini.Beliau adalah En Azlisham.Tanpa penat lelah beliau mencurahkan segala resepi rahsia untuk saya.Daripada cara membuat paperwork sehingga kepada pelaksanaan.Bermula daripada situ,saya mula mengatur dan menyusun strategi.

Kemudian saya sedar satu hakikat, bahawa “Business is not ONLY about making money, it’s all about how I can help others to achieve more” (Bisnes bukan SEMATA-MATA tentang buat duit,tetapi semuanya berkaitan bagaimana saya dapat membantu lebih ramai orang lain untuk mencapai lebihhhhh lagi).

Daripada situ, saya mula memikirkan cara untuk membantu selesaikan masalah orang ramai dan menambah nilai dalam hidup mereka.Salah satunya adalah dengan cara berkongsi kepakaran saya dalam bidang marketing (pemasaran) dan business-startup (cara nak start bisnes) menggunakan sains pembelajaran berimpak tinggi (saya certified trainer) kepada anak-anak muda melayu beragama Islam.

Hasilnya,……

Insyaallah,pada bulan November 2013 saya dan 2 orang lagi rakan saya akan mengadakan Seminar Jejak Rezeki  Jutawan.Ini merupakan program jelajah IPT yang julung-julung kali saya adakan kolaborasi dengan pihak IPT.Tempat hanya 100 orang sahaja bagi setiap IPT.Setakat ini,ada 2 IPT yang telah mengesahkan program kolaborasi ini.Tetapi,memang khas untuk pelajar IPT tersebut sahaja.

TAWARAN BAIK PUNYAAAAA

Saya akan cuba selitkan nama anda jika ada kekosongan daripada IPT tersebut.TERHAD kepada 20 orang terAWAL sahaja.

Tarikh Tamat: Sebelum 15 Oktober 2013 (10.00 pagi)

Berapa daripada anda yang berminat?Sila LIKE & komen “saya berminat sertai seminar jejak rezeki jutawan”.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
29/9/2013
12.57 Pagi
Bangi Bandar Ilmu

No comments: