Sunday, 29 September 2013

APA YANG BOLEH SAYA BANTU DALAM "BUSINESS TRAINING"?



Apa Yang Boleh Saya Bantu?

Itulah ayat keramat yang biasa saya gunakan tatkala berjumpa dengan klien ataupun bakal klien.Khas untuk program "business training".


Fitrah manusia suka dibantu.Tidak dapat dinafikan.Terkadang terdapat manusia yang kurang suka/kurang pandai meminta bantuan orang lain.Samalah seperti sang penulis.Ooops.


Meminta bantuan bukanlah bererti lemah.Tetapi insan memerlukan seseorang untuk berkongsi.Walaupun sekadar pinjaman masa untuk mendengar,itu sudah memadai.

Di sini saya nukilkan untuk kegunaan dalam "business training", 7 Senjata Ampuh Dalam Perbualan yang sentiasa saya gunakan.


7 Senjata Ampuh Dalam Perbualan





1)Senyum


Senyum dengan ikhlas.Lahirkan dari hati.Latihan yang jitu diperlukan untuk melahirkan senyuman yang ikhlas.


2)Ucapkan Selamat


Mulakan dengan ucapan assalamualaikum.Atau bagi yang belum islam ucapan hai,hello ataupun yang sewaktu dengannya.


3)Hulurkan tangan untuk bersalam


Berjabat tangan dengan yang mahram.Agak susah bila berkaitan ‘mahram’.Tidak mengapa.Yang penting perlahan-lahan mencuba.


4)Sebut nama anda


Nama saya ialah ahmad syazli.Boleh panggil SK.Sebut nama anda dengan jelas.Jika terlalu panjang singkatkan ia.Bagi nama ringkas yang anda selesa untuk dipanggil sebegitu.


5)Tanya nama klien


Nama tuan?


6)Mulakan perbualan tentang diri klien


Tuan Abu buat bisnes apa ya?Macam mana perkembangan bisnes tuan sekarang?Gunakan konsep 80:20.80% bercerita mengenai klien.Hanya 20% cerita berkisar tentang diri anda.Tunjukkan minat sepenuhnya terhadap cerita klien.


7)Ayat Keramat: Apa yang saya boleh bantu


Apa yang saya boleh bantu untuk bisnes tuan Ahmad yer?Selepas ayat itu dilontarkan,diam sebentar.Berikan ruang untuk klien bercerita.Jangan tergopoh-gapah dengan soalan-soalan yang macam bagus.Gopoh-gapah akan meranapkan peluang bisnes di depan mata!Adakah anda mahu sebegitu?Pasti tidak kan…..



Selamat Mencuba!Jurus rahsia dalam "business training".


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
30/9/2013
9.27 Pagi
Bangi Bandar Ilmu


No comments: