Wednesday 1 April 2015

JAWI-BAB 1 (KONSEP ASAS)


Assalamualaikum warga budiman pembaca blog syazli khamis.Wahai pencinta ilmu,ambillah ilmu daripada mereka yang AHLI.Supaya ilmu itu membantu kita mengenal Allah.Mudah-mudahan Allah memberi HIDAYAH dan menganugerahi kita syurga.

Bab ini merupakan bab awal di dalam penulisan karya pertama saya iaitu buku "23+1 Peta Minda Mudahnya Jawi". Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Azman Al-Kurauwi di atas ilmu yang beliau curahkan.

Saya akan terangkan 7 KONSEP ASAS dalam pembelajaran ilmu jawi.

1) BAHASA SUMBER (BS)

BS merupakan asal-usul suatu perkataan. Anda mesti berkebolehan untuk menentukan bahasa sumber sama ada ia merupakan kata jati melayu ataupun bahasa serapan asing (arab,inggeris dan lain-lain).

Contoh:

KLINIK-CLINIC (serapan inggeris)
LAKSAMANA-Kata Jati Melayu


2) KATA DASAR (KD)

Setiap ejaan perlu diasingkan kata dasarnya terlebih dahulu. Kegagalan menentukan KD mengakibatkan ejaan akan salah.

CONTOH:

JABATAN-(JABAT),
HARAPAN-(HARAP)
SEEKOR-(EKOR)

3) SUKU KATA (SK)



Penentuan suku kata menggunakan kaedah PENGGAL. Setiap suku kata diasingkan untuk memudahkan suku kata tersebut dieja.


4) VOKAL KONSONAN (VK)



Mudahnya di sini,vokal ialah AEIOU.Konsonan ialah SELAIN daripada AEIOU.

Gabungan VK membentuk suku kata.Gabungan suku kata menghasilkan perkataan.

Guru saya menekankan VK WAJIB dilabel atas setiap HURUF.Ya,saya ulang mesti dilabel.


5) HUKUM/KAEDAH (HK)

HK di dalam pembelajaran ilmu jawi sedikit,tidak sampai 20.Tetapi,perlu pemahaman yang mantap.Pemahaman terhadap hukum membantu pelajar mendatangkan ejaan sebenar berdasarkan ILMU TULEN bukan daripada TEKAAN semata-mata.

Terdapat beberapa HK seperti KVK,KAF/GA,RAMA,A/A dan sebagainya.

6) PADANAN HURUF

Padanan huruf merupakan kesesuaian abjad rumi dengan huruf jawi. Jawi merupakan perlambangan huruf,BUKAN bunyi.


7) PERBENDAHARAAN KATA (PK)

PK pula memerlukan kerajinan anda membuka kamus dewan.Keperluan ini membolehkan penentuan ejaan sebenar dilakukan.

Apabila pelajar bertemu istilah HOMOGRAF, PK memainkan peranan yang sangat penting.Homograf ialah perkataan yang sama ejaan tetapi berbeza makna.

Contohnya:

RAMBUT-REMBUT
KARYA-KERIA

Syazli Khamis
23032015 (isnin)
1204 pm
Shah Alam









No comments: