Bina Hubungan Yang Baik
Dalam formula bisnes yang saya asaskan iaitu
B.A.K.E.M.Ex, ada satu komponen penting iaitu "E-engagement".Engage
merujuk kepada bagaimana anda menjalinkan perhubungan dengan bakal-pelanggan.
1)Bina
Hubungan yang baik (Build relationship)
Bakal pelanggan adalah manusia.Mereka mesti
dilayan sebagai manusia biasa.Mulakan dengan ayat sapaan seperti
hai,hello,salam dan sebagainya.Bertanya dengan normal,jangan terus menjual.Ayat
menjual seperti kak nak beli?saya ada produk baru,bla..bla..bla..Secara
automatiknya,bakal pelanggan akan lari daripada anda.
Rule 80:20.80%
adalah cerita berkenaan dengan bakal pelanggan.Hanya 20% sahaja bercerita
tentang diri anda.20% itupun sekiranya ditanya.Elakkan cerita secara
berlebih-lebihan tentang diri anda.
Ayat mahal yang disarankan untuk digunakan:
1) Apa yang saya boleh bantu anda?(betul)
2) Apa yang anda boleh bantu saya?(salah)
Jangan percaya bulat-bulat.Cuba anda buat
menggunakan ayat 1 dan 2.Bandingkan kesannya terhadap bisnes anda selepas ini.
Amalkan ayat di atas setiap kali anda
berinteraksi dengan manusia.Ingat.Layan manusia seperti manusia biasa.Manusia
gemar berinteraksi,bersosial,berborak,berkenalan dan sebagainya.Jangan sesekali
nafikan hak mereka!
Follow
Me:
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
10/6/2013
9.30 Pagi
Bangi Bandar Ilmu.