Saturday, 8 June 2013

KEMANDULAN KREATIVITI


                                Mutiara Ilmu Di Tangan Kuffar


Diggers:The King And The Ring.Astro Channel 553 (National Geographic).

Sangat emosional apabila sang penggali berjaya mencari sebentuk cincin perkahwinan pasangan 'hippie' yang hilang lama dahulu.Sanggup menggunakan alat pengesan besi dan menjelajah ke serata ladang kuda yang agak luas untuk mencarinya.

Ibarat mencari jarum peniti di dalam timbunan semak ratusan ekar.Tetapi,ajaib....apabila mereka berjaya menemuinya.Menangis sang suami apabila cincinnya yang hilang bertahun-tahun telah berjaya ditemui oleh sang penggali.Berpelukan pasangan suami isteri tersebut dalam kesyahduan.

MORAL daripada cerita di atas,sekalipun sang kuffar pembuat cerita (selain cerita agama),pelbagai manfaat masih boleh diambil.Tapisan perlu dibuat.

Persoalannya:Di manakah kreativiti pembuat siri-siri rancangan ilmiah di dalam dunia muslim?Masih enak tidur dibuai mimpi,selesa di dalam dunia sendiri?Bangkit.Ayuh berubah.Setiap orang mesti menyumbang mengikut bidang kepakaran masing.

Saya suka memerhatikan sebarang kejadian dan rancangan televisyen yang bermanfaat.Tiada ‘bias’.Bagi saya selama mana program tersebut bermanfaat adalah satu kemestian bagi saya untuk melihatnya walaupun seketika.Kebanyakkan rancangan orang putih yang saya saksikan, saya ambil iktibar dan saya cuba kongsikan dalam ‘posting’ di dalam blog ini.

Dengan sedikit kemampuan yang saya ada saya ingin sebarkan sebanyak mungkin kebaikan ilmu dan kepentingannya dalam dunia manusia.Saya berulang kali mengulangi,Dengan ilmu manusia dimuliakan(apabila disebarkan) dan kerana ilmu juga manusia boleh dihinakan (apabila tidak digunakan).

Jujurnya,saya memerhatikan kebanyakan rancangan ilmiah di Astro adalah hasil karya kaum bukan islam.Bukanlah saya rasis dalam isu ini,sebaliknya pada masa yang sama saya memikirkan di manakah bakat-bakat muda dari dunia muslim sendiri?Adakah daya kreativiti dalam berkarya Allah HANYA campakkan ke dalam minda orang bukan islam?Tepuk dada,ketuk kepala,fikir-fikirkan. 

Dunia terlalu luas untuk dijelajahi,ringan-ringankan tangan menekan remote control ke channel yang bermanfaat.Sekalipun kaki masih berat melangkah ke luar zon selesa kita.Segalanya bermula melalui impian yang sangat jelas dan spesifik!


Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
9/6/2013
11.55Pagi
Bangi Bandar Ilmu.


Post a Comment