Idea Dan Penulisan
Setelah lama tidak
menulis diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu. Berkenaan IDEA.
Idea merupakan cetusan
inspirasi secara tiba-tiba.Selalunya tidak dirancang.Insan yang bijak akan
mencatatkannya.Kadang-kadang idea yang terlintas adalah tidak logik.Tidak
pernah dibuat orang.Menentang arus.karut dan sebagainya.Apa yang penting anda
ikut langkah di bawah.Saya telah praktikkannya.
3 PERKARA ASAS
MEMBANGUN IDEA JUTAAN RINGGIT:
1)Tulis
2)Tulis dengan jelas
3)Tulis dengan jelas
dan spesifik
Asasnya adalah MENULIS.
Kebanyakkan idea yang
saya miliki saya catatkan dalam buku nota kecil (yang saya bawa ke
mana-mana).Kadang-kadang saya masukkan idea ke dalam tablet atau blackberry di
ruangan memopad.Kemudian balik ke rumah saya akan rujuk semula dan mula menulis
dalam bentuk yang tersusun.
Semua idea yang muncul
secara tiba-tiba itu saya masukkan ke dalam wishlist saya. Apa itu wishlist? Sila
rujuk artikel Mati Tanpa Impian Lebih Baik.
Antara idea pelik saya
yang pernah terlintas:
- Jadi penulis buku motivasi
- Memiliki syarikat pengurusan acara (event management)
- Menjadi CEO & Founder syarikat Sdn. Bhd.
Hasilnya, idea yang
pelik tiba-tiba menjadi kenyataan:
- September 2013,saya akan melancarkan buku saya pertama tentang rundingan (negotiation) dalam bahasa melayu di Seminar Berani Belia 2013,KL.
- Awal tahun 2013, saya mula menjadi co-mastermind untuk event management sahabat saya. (walaupun bukan milik sepenuhnya,tapi saya merupakan pembantu utama yer)
- Sedang didaftarkan dengan SSM.
Adakah ini khurafat
atau tahyul?
Adakah ini penipuan?
Adakah ini sandiwara?
Apakah mungkin ini
terjadi?
Ramai yang tersekat,kerana
cuba memikir apakah,mungkingkah,bagaimanakah,bilakah,di manakah dan bla…bla..bla..Hasilnya,mereka
masih duduk di takuk yang sama.
Saya telah berjaya
membuktikannya.Saya kongsikan kepada anda, dengan syarat anda mula
menulis.Tulis.Tulis.Tulis!
Mentor saya pernah
berkata “setiap apa yang kita buat,apa yang kita cakap,apa yang kita fikir
adalah doa.”Saya tambah,setiap apa yang kita tulis adalah doa.
Allah maha mendengar.Islam
tidak tertegak semata-mata atas tikar sejadah sahaja.Keluarlah dan mulalah melihat
dunia dengan kacamata yang lain.
Selamat mencuba.Jika terseliuh atau tergelincir di tengah-tangah jalan.Sekurang-kurangnya anda sudah mencuba.Jika tidak berjaya itu bukanlah kegagalan,sebaliknya salah satu siri dalam movie kejayaan anda.
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
1/7/2013
16.55 Petang
Bangi Bandar Ilmu
No comments:
Post a Comment