Wednesday, 29 January 2014

CARBOOT SALE 1.0 DI MASJID?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Diberi kekuatan untuk menulis.Mengemaskini blog.Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya untuk meninggalkan coretan hidup saya.

Pada 25/1/14 (sabtu) yang lepas Masjid Kariah Bangi telah bersetuju untuk mengadakan Carboot Sale pertama mereka.

Acara bermula seawal jam 6.00 pagi-11.00 pagi.Di Dataran Taqwa,Masjid Kariah Bangi.

Saya merupakan orang kuat disebalik acara ini.

24/1/14 jam 9.00 malam selepas solat isyak,saya dan rakan saya memacak 7 papan tanda penunjuk arah di sekitar kawasan tumpuan.



Kira-kira jam 6.00 pagi  pada hari kejadian,saya telah terpacak seorang diri untuk menguruskan keadaan parking kereta bagi booters yang datang.

Yang menariknya,jam 6.00 pagi tepat sudah ada booters yang datang.Memang awal!

Lampu jalan pun masih menyala.Haha


Alhamdulillah,carboot mega yang pertama ini berjalan amat lancar.

Nazir dan AJK masjid yang lain bersetuju untuk meneruskan acara ini.

Dana yang diperolehi daripada aktiviti ini akan digunakan untuk mengerakkan aktiviti Sahabat Masjid.

Gambar dari kiri: Tuan Shuhaimi,Tuan Abu Khair dan Saya.

Mereka sangat gigih membantu saya menjayakan aktiviti ini.Terima kasih tidak terhingga,


Saya sangat percaya dengan bertindak sesuatu yang dirancang akan terjadi.

Jadi bagi anda yang suka merancang (macam saya dulu-dulu), bertindaklah.

Redah je.Tiada cedera parah.Kerana bila anda bertindak ,anda telah merobohkan tembok ketidakyakinan diri anda.

Hidup anda selepas itu,pasti akan lebih bermakna.

Oksigen yang anda bernafas,pasti lebih segar rasanya.

Langkah yang anda ambil pasti lebih ampuh.

Keyakinan anda terhadap kekuasaannNYA pasti lebih bertambah.

p/s:Hasil daripada carboot ini,saya bercadang mengadakan seminar bisnes percuma untuk ahli kariah.Setiap sabtu minggu ke 2 & 4.9.00 pagi-1.00 petang.Bertempat di Masjid Kariah Bangi.

Daftar sebagai booters di www.goodscycle.org SEKARANG!

Jumpa anda di sana.

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT



CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
29/1/2014
5.57 Petang
Bangi Bandar Ilmu


Wednesday, 22 January 2014

MASJID DAN FACEBOOK?

             EXPLODE FACEBOOK FOR ADMIN MKB 1.0



Selasa (21.1.14).830 malam-1030 malam.Bandar baru Bangi.

Saya berkongsi tips bagaimana untuk bermain fb page dengan efektif dan teratur.

Bersama Abu Khair, Muhammad Fezry Muhamad Fairus Nurulhuda Mat Adnan dan Amin Rasyidi



Atas permintaan ramai mungkin akan diadakan bengkel fb untuk bisnes.Nantikan.


Secara ringkas,video semasa bengkel fb berlangsung.

Selamat menonton

Video Preview semasa bengkel berlangsung.Kredit video kepada Tuan Fikri.



Bersama peserta yang sedang khusyuk belajar.


Gabungan gambar semasa program.Kredit gambar kepada Tuan Fikri.


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT



CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
22/1/2014
3.53 Petang
Bangi Bandar Ilmu

Monday, 13 January 2014

IDEA MENJADI KENYATAAN

[OFFICIALLY LAUNCHING]





CARBOOT SALE Masjid Kariah Bangi-MKB

Siapa kata idea itu mustahil?

Tiada yang mustahil beb.Nah,inilah hasilnya..

2014 saya akan lebih banyak membawa pendekatan sebegini dalam dunia saya.

Tak pernah buat kita buat.

Tak pernah buat bukan bermakna ia mustahil.

Setiap insan adalah pejuang.

Setiap insan berjuang melalui jalan yang dia pilih.

Yang penting adakah dasar perjuangan kita akan membawa hamba itu bertemu penciptaNYA dalam keadaan bahagia ataupun sebaliknya.

Selamat memilih jalan perjuangan.

Saya memilih jalan perjuangan melalui jihad bisnes.

Saya didokong oleh Heroes dan anda semua!



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT



CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
12/1/2014
5.53 Petang
Bangi Bandar Ilmu

Sunday, 12 January 2014

CARBOOT SALE DI MASJID?





≧◔◡◔≦≧◔◡◔≦≧◔
#MKB CARBOOT SALE
≧◔◡◔≦≧◔◡◔≦≧◔

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH MASJID!!!!

OO═══∩═══OO
..........╭╬╮ ◢
..-_╭▅▇□□█▇▆▅▄▃▂▁(╳)█╮
.....╰═▃_▁∠════▔▔▔
...........╙O ╙O

★★★★
TUJUAN
★★★★

1. Merapatkan ukhwah antara masjid dan ahli kariah
2. Membolehkan ahli kariah menjana pendapatan dengan menjual barang-barang terpakai.
3. Menggalakan masyarakat kariah bangi membeli sambil menderma

TARIKH
▶25.1.2014 (sabtu)

MASA
▶7.15 pagi-11.00 pagi

LOKASI
Dataran Bertar berhadapan Masjid Kariah Bangi

PENGANJUR
▶Sahabat Masjid Kariah Bangi

BAYARAN BOOTERS (Peniaga)
▶RM 7/kereta

Masuk adalah PERCUMA!

★★★★★★★★★★★★★★
PANDUAN UNTUK PENJUAL
★★★★★★★★★★★★★★

1. Acara bermula jam 7 pagi.Sila datang awal.
2. Aturkan kereta anda di tempat yang disediakan.
3. Anda boleh mengatur barang jualan di dalam bonet kereta ataupun meja
4. Tidak dibenarkan menjual barangan baru ataupun makanan
5. Kerusi dan meja tidak disediakan.Bawa sendiri.
6. Jika anda hendak beredar awal,maklumkan kepada Sahabat Masjid yang bertugas.

★★★★★★★★★
PANDUAN HARGA
★★★★★★★★★

Ini hanya panduan.Matlamatnya adalah untuk manfaat semua orang.Penjual boleh menghabiskan barang jualan.Pembeli boleh mendapatkan manfaat dan menggunakannya semula.

i. Pakaian Bayi-RM 2
ii. Barang mainan-RM 2 ke RM 10
iii. Telefon Bimbit-Harga Pasaran
iv. Kabel Tenaga-RM 0.50
v. Kipas-RM 20\Teko-RM 10-RM 30
vi. Kasut –RM 1-RM 50 Monitor LCD-RM 50-RM 200
vii. Buku-RM 0.50 ke atas
viii. Peralatan DIY-RM 1 ke atas

★★★★★★★★★★
APA YANG DIJUAL?
★★★★★★★★★★

☑Barang Elektrik (adaptor,barang elektronik,kamera,telefon dan sebagainya)
☑Barang Sukan (meja tenis,raket)
☑Barang computer (kabel,speaker dan sebagainya)
☑Majalah Lama Perabot pakaian Barangan Bayi
☑Barang mainan
☑ Alat hiasan Perkakas dapur
☑ Barang kemas
☑ Alat ganti kenderaan
☑ Kasut,Selipar,
☑ Basikal
☑ Barangan antik

★★★★★★★★★★★
DILARANG MENJUAL:-
★★★★★★★★★★★

☒ Rokok
☒ Alkohol
☒ Barang makanan (tegas)
☒ Curut
☒ Sayur-sayuran
☒ DVD cetak
☒ Barang-barang yang salah di sisi undang-undang
☒ Barang Baru (tegas)


★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★
PENDAFTARAN SEBAGAI BOOTERS (PENIAGA)
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Klik link dibawah SEKARANG!

TERHAD KEPADA 50 orang TERAWAL!

39 tempat kosong sahaja lagi!

Ramai gila dah daftar.Anda bila lagi?

♬♩ ♬♭♮ Lai...Lai...Lai...

☏016-9492266 (Syaz)

http://goodscycle.org/index.php/component/eventbooking/goodscycle-carboot/359-goodscycle-carboot-bangi-lama?Itemid=576


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
12/1/2014
4.39 Petang
Bangi Bandar Ilmu

Monday, 6 January 2014

PAHIT MANIS TUNTUT ILMU




Ramai menyangka hidup ini susah
Hidup ini tak bermakna.
Kerja macam mana pun tak kaya-kaya
Dah buat macam-macam tak jadi apa pun

Mana saya tahu?Sebab saya pun dulu fikiran macam itu.

Perlahan-lahan saya tingkatkan tahap pemikiran saya dengan tingkatkan ilmu pengetahuan saya.

Saya pergi mencari ilmu.Saya suka bisnes.Saya belajar teori.Saya praktikkan.

Saya berguru dengan ramai orang.Baik daripada orang melayu sehingga ke orang putih.

Saya turut berkesempatan menimba ilmu daripada Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari.

Saya bukan seorang yang mudah percaya pada teori semata-mata.

Saya mengkaji dan berfikir.Saya suka belajar.

Saya akan melapangkan diri untuk menuntut ilmu sama ada yang percuma atau berbayar.

Sepanjang menuntut ilmu saya pernah tidur di dalam kereta.Singgah mandi dan solat subuh pagi-pagi di surau.Sejuk woo!

Kenapa tidak balik ke rumah?Saya malas balik ke rumah.Agak jauh perjalanannya.

Takut terlajak.Lagi satu,kenapa tak ambil hotel?Tak berbaloi.

Bagi saya cukuplah sekadar kesempatan untuk melelapkan mata walaupun seketika.

Ilmu yang diajar mesti dipraktikkan.Praktikal mengikut teori lebih seronok.Daripada situ,kita perlu ubahsuai sekiranya hasil kurang memuaskan.

Beza antara orang yang berjaya adalalah sejauh mana kesanggupan untuk bertindak.

Berlandaskan teori ilmu yang dipelajari.



Dunia adalah medan ujian.

Ujian hanya dimenangi mereka yang betul-betul semangat untuk menang.

Bukan mereka yang ingin menang tapi..lemah semangat.

Kecundang di akhirnya.

Salam Perjuangan!


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)




CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
7/1/2014
11.32 Pagi
Bangi Bandar Ilmu


Sunday, 5 January 2014

INSAN BERHAK BERBISNES


Kenapa orang berjaya suka kongsi kejayaan mereka?

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat positif.Keluarga saya sangat menyokong apa yang saya lakukan.

Saya melakukan pelbagai bisnes semasa di zaman universiti.

Daripada meniaga kecil-kecilan, meniaga lewat malam sehingga menjadi jurulatih bisnes untuk usahawan muda.

Saya dah merasai zaman jatuh terduduk.Jatuh terbaring.

Kini saya bersyukur,Allah memberi saya nikmat dan rezeki yang bertambah-tambah.

Saya sangat percaya dengan konsep memberi terlebih dahulu sebelum menerima.

Begitulah tercetusnya idea Reach Out yang saya asaskan bersama 10 rakan yang lain.

Saya baru sahaja dilamar oleh sebuah akademi latihan sebagai pakar pemasaran mereka.ALHAMDULILLAH.Siapalah saya ini.Anak muda berusia 24 tahun.

Buktinya,saya telah bantu seramai 73 orang dalam kurang 12 bulan.Baik dalam arena bisnes mahupun motivasi.

Saya percaya semua orang berhak untuk berbisnes.

Semua orang berhak berimpian besar.

Semua orang berhak menjayakan impian mereka.

Semua orang berhak membuat pilihan sendiri.

Semua orang berhak mempunyai keluarga yang bahagia dan ceria.

Saya kongsikan kejayaan bukan untuk membangga diri.Tetapi saya ingin mengajak anda berfikir.

Jika saya yang kerdil ini mampu, anda yang lebih berupaya, bernas ideanya, yakin padaNYA untuk merealisasikan impian pasti lebih mampu mencapai lebih daripada saya.

Allah akan bantu.Tuluskan niat.Kuatkan usaha.Tingkatkan tawakkal.Insyaallah berjaya.

Percayalah....manusia dilantik sebagai khalifah bukan sesaja.Pasti ada sebab.

Salam Perjuangan.


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
6/1/2014
3.08 Petang
Bangi Bandar Ilmu