Monday, 6 January 2014

PAHIT MANIS TUNTUT ILMU




Ramai menyangka hidup ini susah
Hidup ini tak bermakna.
Kerja macam mana pun tak kaya-kaya
Dah buat macam-macam tak jadi apa pun

Mana saya tahu?Sebab saya pun dulu fikiran macam itu.

Perlahan-lahan saya tingkatkan tahap pemikiran saya dengan tingkatkan ilmu pengetahuan saya.

Saya pergi mencari ilmu.Saya suka bisnes.Saya belajar teori.Saya praktikkan.

Saya berguru dengan ramai orang.Baik daripada orang melayu sehingga ke orang putih.

Saya turut berkesempatan menimba ilmu daripada Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari.

Saya bukan seorang yang mudah percaya pada teori semata-mata.

Saya mengkaji dan berfikir.Saya suka belajar.

Saya akan melapangkan diri untuk menuntut ilmu sama ada yang percuma atau berbayar.

Sepanjang menuntut ilmu saya pernah tidur di dalam kereta.Singgah mandi dan solat subuh pagi-pagi di surau.Sejuk woo!

Kenapa tidak balik ke rumah?Saya malas balik ke rumah.Agak jauh perjalanannya.

Takut terlajak.Lagi satu,kenapa tak ambil hotel?Tak berbaloi.

Bagi saya cukuplah sekadar kesempatan untuk melelapkan mata walaupun seketika.

Ilmu yang diajar mesti dipraktikkan.Praktikal mengikut teori lebih seronok.Daripada situ,kita perlu ubahsuai sekiranya hasil kurang memuaskan.

Beza antara orang yang berjaya adalalah sejauh mana kesanggupan untuk bertindak.

Berlandaskan teori ilmu yang dipelajari.



Dunia adalah medan ujian.

Ujian hanya dimenangi mereka yang betul-betul semangat untuk menang.

Bukan mereka yang ingin menang tapi..lemah semangat.

Kecundang di akhirnya.

Salam Perjuangan!


Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)




CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
7/1/2014
11.32 Pagi
Bangi Bandar Ilmu


No comments: