Wednesday 29 January 2014

CARBOOT SALE 1.0 DI MASJID?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Diberi kekuatan untuk menulis.Mengemaskini blog.Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya untuk meninggalkan coretan hidup saya.

Pada 25/1/14 (sabtu) yang lepas Masjid Kariah Bangi telah bersetuju untuk mengadakan Carboot Sale pertama mereka.

Acara bermula seawal jam 6.00 pagi-11.00 pagi.Di Dataran Taqwa,Masjid Kariah Bangi.

Saya merupakan orang kuat disebalik acara ini.

24/1/14 jam 9.00 malam selepas solat isyak,saya dan rakan saya memacak 7 papan tanda penunjuk arah di sekitar kawasan tumpuan.



Kira-kira jam 6.00 pagi  pada hari kejadian,saya telah terpacak seorang diri untuk menguruskan keadaan parking kereta bagi booters yang datang.

Yang menariknya,jam 6.00 pagi tepat sudah ada booters yang datang.Memang awal!

Lampu jalan pun masih menyala.Haha


Alhamdulillah,carboot mega yang pertama ini berjalan amat lancar.

Nazir dan AJK masjid yang lain bersetuju untuk meneruskan acara ini.

Dana yang diperolehi daripada aktiviti ini akan digunakan untuk mengerakkan aktiviti Sahabat Masjid.

Gambar dari kiri: Tuan Shuhaimi,Tuan Abu Khair dan Saya.

Mereka sangat gigih membantu saya menjayakan aktiviti ini.Terima kasih tidak terhingga,


Saya sangat percaya dengan bertindak sesuatu yang dirancang akan terjadi.

Jadi bagi anda yang suka merancang (macam saya dulu-dulu), bertindaklah.

Redah je.Tiada cedera parah.Kerana bila anda bertindak ,anda telah merobohkan tembok ketidakyakinan diri anda.

Hidup anda selepas itu,pasti akan lebih bermakna.

Oksigen yang anda bernafas,pasti lebih segar rasanya.

Langkah yang anda ambil pasti lebih ampuh.

Keyakinan anda terhadap kekuasaannNYA pasti lebih bertambah.

p/s:Hasil daripada carboot ini,saya bercadang mengadakan seminar bisnes percuma untuk ahli kariah.Setiap sabtu minggu ke 2 & 4.9.00 pagi-1.00 petang.Bertempat di Masjid Kariah Bangi.

Daftar sebagai booters di www.goodscycle.org SEKARANG!

Jumpa anda di sana.

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT



CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
29/1/2014
5.57 Petang
Bangi Bandar Ilmu


No comments: