Sunday, 5 January 2014

INSAN BERHAK BERBISNES


Kenapa orang berjaya suka kongsi kejayaan mereka?

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat positif.Keluarga saya sangat menyokong apa yang saya lakukan.

Saya melakukan pelbagai bisnes semasa di zaman universiti.

Daripada meniaga kecil-kecilan, meniaga lewat malam sehingga menjadi jurulatih bisnes untuk usahawan muda.

Saya dah merasai zaman jatuh terduduk.Jatuh terbaring.

Kini saya bersyukur,Allah memberi saya nikmat dan rezeki yang bertambah-tambah.

Saya sangat percaya dengan konsep memberi terlebih dahulu sebelum menerima.

Begitulah tercetusnya idea Reach Out yang saya asaskan bersama 10 rakan yang lain.

Saya baru sahaja dilamar oleh sebuah akademi latihan sebagai pakar pemasaran mereka.ALHAMDULILLAH.Siapalah saya ini.Anak muda berusia 24 tahun.

Buktinya,saya telah bantu seramai 73 orang dalam kurang 12 bulan.Baik dalam arena bisnes mahupun motivasi.

Saya percaya semua orang berhak untuk berbisnes.

Semua orang berhak berimpian besar.

Semua orang berhak menjayakan impian mereka.

Semua orang berhak membuat pilihan sendiri.

Semua orang berhak mempunyai keluarga yang bahagia dan ceria.

Saya kongsikan kejayaan bukan untuk membangga diri.Tetapi saya ingin mengajak anda berfikir.

Jika saya yang kerdil ini mampu, anda yang lebih berupaya, bernas ideanya, yakin padaNYA untuk merealisasikan impian pasti lebih mampu mencapai lebih daripada saya.

Allah akan bantu.Tuluskan niat.Kuatkan usaha.Tingkatkan tawakkal.Insyaallah berjaya.

Percayalah....manusia dilantik sebagai khalifah bukan sesaja.Pasti ada sebab.

Salam Perjuangan.


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
6/1/2014
3.08 Petang
Bangi Bandar Ilmu

No comments: