“Siapakah Syazli Khamis (penganjur program) ini? Parti A ke
parti B”
Saya membidas,saya tidak berpihak kepada mana-mana parti
(saya mengundi juga ok).Bila dah habis PRU hidup mesti diteruskan.
Bangsa paling hebat berpolitik pada pandangan saya adalah
bangsa melayu.kadangkala tiada keinginan untuk mencari titik persamaan.Sentiasa mencari
titik kehancuran.
Mana mungkin sifat ‘maksum’ ada dalam suatu parti.Tidak
mungkin parti yang lain adalah malaikat.Belum tentu yang berparti itu berkopiah hatinya suci nurani. Belum tentu yang berparti itu bersongkok tinggi melangit sentiasa jahat. Masing-masing tetap ada yang terkhilaf.Paling penting kembali balik kepadaNYA.
Hinggakan ketika saya melaksanakan program, ada pihak
bertanya,Siapakah syazli khamis tu?Parti A atau parti B.
Saya dengan segera membidas saya tak memihak mana-mana
parti.Saya menyokong pihak yang benar sahaja.Fullstop.
Ada juga fahaman politik kemelayuan yang menidakkan peranan
masjid jika masjid dikuasai golongan kopiah ataupun songkok.Jika organisasi itu majoritinya tim kopiah maka tim songkok takkan pergi ke sana.Sebaliknya.jika organisasi
masjid tersebut didominasi tim songkok ,maka
tim kopiah tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke masjid
tersebut.
Lihatlah,betapa rosaknya ummat bila berpaksikan kepada kiblat
kepartian.
Saya seringkali menangis bila membicarakan runtuhnya agama
di kalangan melayu yang ‘islam’nya hanya pada IC.Begitu juga sesetengah masjid
yang mandul daripada pengisian untuk program remaja.Bila diusulkan sebarang
program kepada pihak masjid,automatiknya akan
dibawa ke mesyuarat yang entah bila tarikhnya.Bila diteruskan juga
aktiviti tersebut, pihak masjid dengan bangganya mengatakan program
ditangguhkan.
Adakah dengan menangguhkan program akan membawa sebarang
kebaikan?
Adakah dengan meneruskan program akan membawa keburukan
melarat-larat?
Lihatlah manusia,tiada kesempurnaan pada manusia.Yang boleh
diusahakan adalah memperbaiki kelemahan yang sedia ada.
Bagaimana hendak
diihat perubahan,jika sebarang idea sunyi daripada tindakan.Lantang kepada
penangguhan?
Saya bukan anti-golongan masjid ataupun organisasi masjid.Tetapi,saya
sedih melihat gelagat ketidakmatangan mereka semua.
Ubahlah sedikit demi sedikit kelemahan diri sendiri.Buang
sentimen meeting melarat-larat.
Saya tahu bagaimana untuk mengatur meeting dengan lebih
efektif.
Saya tahu bagaimana untuk menjadikan meeting dapat keputusan
lebih baik
Saya tahu bagaimana untuk melaksanakan program.
Saya hanya perlukan orang masjid yang berani
jumpa,berdiskusi secara berdepan dengan saya.Saya akan kongsikan strategi
tersebut.
Ada beran?Hanya yang berani akan tampil.
Yang bacul dan penakut,bahagialah anda dengan cara hidup
yang lama.
Saya sangat percaya....
Dengan memperbaiki kelemahan diri,perlahan-lahan masyarakat
sekeliling anda turut terkesan.Dengan izin Allah mereka akan turut berubah.
Salam Perjuangan!
Follow Me:
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
16/4/2014
10.30 Pagi
Shah Alam