Tuesday, 15 April 2014

DENDAM POLITIK MELAYU





“Siapakah Syazli Khamis (penganjur program) ini? Parti A ke parti B”

Saya membidas,saya tidak berpihak kepada mana-mana parti (saya mengundi juga ok).Bila dah habis PRU hidup mesti diteruskan.

Bangsa paling hebat berpolitik pada pandangan saya adalah bangsa melayu.kadangkala tiada keinginan untuk mencari titik persamaan.Sentiasa mencari titik kehancuran.

Mana mungkin sifat ‘maksum’ ada dalam suatu parti.Tidak mungkin parti yang lain adalah malaikat.Belum tentu yang berparti itu berkopiah hatinya suci nurani. Belum tentu yang berparti itu bersongkok tinggi melangit sentiasa jahat. Masing-masing tetap ada yang terkhilaf.Paling penting kembali balik kepadaNYA.

Hinggakan ketika saya melaksanakan program, ada pihak bertanya,Siapakah syazli khamis tu?Parti A atau parti B.

Saya dengan segera membidas saya tak memihak mana-mana parti.Saya menyokong pihak yang benar sahaja.Fullstop.

Ada juga fahaman politik kemelayuan yang menidakkan peranan masjid jika masjid dikuasai golongan kopiah ataupun songkok.Jika organisasi itu majoritinya tim kopiah maka tim songkok takkan pergi ke sana.Sebaliknya.jika organisasi masjid tersebut  didominasi tim songkok ,maka tim kopiah tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

Lihatlah,betapa rosaknya ummat bila berpaksikan kepada kiblat kepartian.


Saya seringkali menangis bila membicarakan runtuhnya agama di kalangan melayu yang ‘islam’nya hanya pada IC.Begitu juga sesetengah masjid yang mandul daripada pengisian untuk program remaja.Bila diusulkan sebarang program kepada pihak masjid,automatiknya akan  dibawa ke mesyuarat yang entah bila tarikhnya.Bila diteruskan juga aktiviti tersebut, pihak masjid dengan bangganya mengatakan program ditangguhkan.

Adakah dengan menangguhkan program akan membawa sebarang kebaikan?

Adakah dengan meneruskan program akan membawa keburukan melarat-larat?

Lihatlah manusia,tiada kesempurnaan pada manusia.Yang boleh diusahakan adalah memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Bagaimana  hendak diihat perubahan,jika sebarang idea sunyi daripada tindakan.Lantang kepada penangguhan?

Saya bukan anti-golongan masjid ataupun organisasi masjid.Tetapi,saya sedih melihat gelagat ketidakmatangan mereka semua.

Ubahlah sedikit demi sedikit kelemahan diri sendiri.Buang sentimen meeting melarat-larat.

Saya tahu bagaimana untuk mengatur meeting dengan lebih efektif.
Saya tahu bagaimana untuk menjadikan meeting dapat keputusan lebih baik
Saya tahu bagaimana untuk melaksanakan program.

Saya hanya perlukan orang masjid yang berani jumpa,berdiskusi secara berdepan dengan saya.Saya akan kongsikan strategi tersebut.

Ada beran?Hanya yang berani akan tampil.

Yang bacul dan penakut,bahagialah anda dengan cara hidup yang lama.

Saya sangat percaya....


Dengan memperbaiki kelemahan diri,perlahan-lahan masyarakat sekeliling anda turut terkesan.Dengan izin Allah mereka akan turut berubah.

Salam Perjuangan!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
16/4/2014
10.30 Pagi
Shah Alam



No comments: