"Uishh..sensitif lah tajuk ini."
Haha.Memang sensitif.
Saya akan terus menulis.Sekalipun ada yang akan panas
punggung.Kalau taknak baca,boleh pangkah atau unfriend.Apa ada hal.
Saya suka tengok jumlah kutipan jumaat di papan masjid.
Mencecah
ribuan ringgit untuk kali jumaat.Bisnes yang menguntungkan....
Paling menarik bila disertakan sekali dengan jumlah
pembahagian peruntukan masjid.Bagus.Sangat telus.Saya sukaaaaaa..
Saya bukan
orang akaun.Saya orang sains.Tapi,setakat matematik tambah tolak agak hebat
jugakla.Haha.Budak sekolah pun tahu.
Duit masjid sepatutnya diperuntukkan sepenuhnya untuk
pembangungan masyarakat sekeliling.Penuhi dengan program agama.Program
masyrakat.Program belia.Program bisnes.Dan apa-apa pendekatan yang dapat
menarik lebih ramai orang datang ke masjid. (jika tiada idea,komen di bawah saya akan bantu)
Hentikan hujjah,masjid TAKDE DUIT.Ramai orang di luar sana yang
merupakan penderma tegar untuk masjid.Akan ada tangan-tangan halus yang
menyumbang untuk aktiviti.
Saya percaya bukan semua aktiviti memerlukan ribuan
ringgit.Ada juga program santai rapat mesra,borak-borak yang tak memerlukan
duit yang banyak.
Paling sadis apabila masjid mengisi program dengan program yang terlalu sedikit.Kalendar masjid lebih banyak kosong daripada berisi.
Dengan hasrat untuk menarik golongan belia dan remaja
datang.Perhatikanlah,program agama yang diadakan hanya akan ramai orang datang khasnya anak muda BILA ADA MAKAN-MAKAN!
Mesti bersepah makhluk keluar daripada sarang.Keesokan
harinya,makhluk tersebut akan masuk semula ke sarang.Jumpa pula,tahun depan dalam program makan-makan lagi.
Ya,makan-makan adalah program yang menarik.Tetapi,ia adalah
program berkala.
Untuk remaja dan belia,tanya mereka apa yang mereka suka.Usahakan
utnuk melaksanakan apa yang mereka suka itu di masjid.
Libatkan mereka.
SUKAN adalah aktiviti kegemaran mereka.Anjurkan kejohanan
sukan.Futsal.Apalah guna dataran berturap yang cantik (guna parking jumaat)
jika hari lain gersang daripada digunakan masyarakat.
Saya terkesan dengan sebuah surau jumaat.Saya melaksanakan
program ditempat mereka.Lokasi program diubah serta merta atas sebab
tertentu.Selesai program saya bertemu dengan imam mereka.
“Minta maaf tuan guna surau ini tanpa keizinan surau dan organisasi”
Kata beliau yang saya ingin catat dengan tinta emas.
“Tidak mengapa,guna jelah.lagipun surau ni duit
masyarakat.Kalau takde orang guna rugi.Sunyi je kawasan ni”
Saya tergamam dan sangat kagum.Walaupun ‘status’
surau,tetapi sangat layak bagi mereka di tukar namanya kepada masjid.
Hanya surau jumaat boleh berkata begitu.Masjid X hanya berkata
kepada saya.."kita tangguh kan dulu program sebab tidak dimaklumkan kepada
kami."
Renung-renungkan.
Kembalikan masjid kepada fungsi asalnya.!
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog (www.syazlikhamis.com)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
23/4/2014
No comments:
Post a Comment