Setiap orang adalah leader.Kenapa saya berkata sebegitu?
Kerana jika anda seorang lelaki anda adalah leader kepada keluarga anda,adik beradik anda,komuniti setempat anda dan sebagainya.Jika anda seorang wanita anda adalah leader kepada rumahtangga anda (bab berkaitan pengurusan rumah tangga,masakan,dan sebagainya yang sesuai mengikut kemampuan anda) dan di tempat kerja bersama rakan-rakan dan rakyat bawahan anda.Jika anda seorang anak,anda merupakan leader kepada diri anda sendiri.Sekiranya anda anak sulung atau yang agak matang anda sebagai contoh kepada adik beradik yang lain.
Setiap "leader" mesti SENTIASA berfikir, Bagaimana hendak mengepalai sebuah kapal,bertindak sebagai nakhoda yang betul-betul jelas arah tujunya.Supaya kejadian TITANIC berlanggar ICEBERG tidak berulang lagi.Tidak apa?Tidak berulang........lagi.Bagusss..
3 TIPS BAGAIMANA UNTUK MENJADI LEADER YANG BIJAK DAN BERKUASA:
1)Menuntut Ilmu
Dengan menghadiri pelbagai seminar,kuliah atau kursus dapat membangunkan "gergasi" dalam jiwa anda.Insan tidak dilahirkan untuk dipandang rendah dan layu sepanjang masa.Jiwa yang kontang dengan ilmu menyebabkan terdapat sekatan terhadap sesuatu perkara yang hendak dilakukan.--->akan saya jelaskan dalam posting seterusnya (nantikan......)
2)Praktikal Ilmu yang diperolehi
Dah selesai berguru menuntut ilmu,yang penting mesti BUAT.Mesti apa?Mesti......BUAT.Mana mungkin ada magik terjadi tanpa tindakan yang LUARBIASA.Bermulalah daripada sekecil-kecil perkara tetapi sangat sangat sangat KONSISTEN!
3)Komunikasi
Interaksi antara 2 pihak sangat penting.Untuk "check-and-balance".Perbaiki diri melalui teguran membina.Melalui perubahan manusia akan terus bermotivasi untuk meneruskan hidup di dunia ini.
Selamat Mencuba!Like & Share jika bermanfaat!-syazlikhamis.blogspot.com-
No comments:
Post a Comment