Sunday 28 April 2013

SEKITAR PENGAJIAN KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH-IMAM TIRMIZI

Biodata Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari
 
Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir. Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil. Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas.

Pembentangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al- dakwah University Al-Azhar di cawangan Zaqaziq. Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama. Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir. Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai-bagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus  ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar mahupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib.


SIRI-1


Pembukaan Majlis Pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Rabu 17/4/2013 di Masjid Al Falah,USJ 9,Subang Jaya.





 SIRI-2

Sambungan pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Khamis 18/4/2013 diMasjid Al Ittifaqiyah SG 1/26 Taman Sri Gombak.
 


 SIRI-3

Sambungan pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari,Jumaat 19/4/2013 diYayasan Al-wariseen,Setiawangsa.

 



SIRI-4
Sambungan Pengajian Kitab As-Syamail Al Muhammadiyah,Bersama Sh Dr Usama El Sayyid Mahmoud Al Azhari di MASJID WILAYAH, JALAN DUTA (DEWAN SOLAT UTAMA)

SIRI-5
Sh Dr Usama El Sayyid Al Azhari akan menghatamkan kitab dan mengijazahkan sanad kitab -
As Syamail-Al Muhammadiyah di Masjid Wilayah, Jalan Duta pada.ahad 21/4/2013


Keberangkatan pulang Syeikh Usamah.Semoga redha Allah sentiasa bersama beliau.Semoga sentiasa diberikan kekuatan dan berterusan di atas jalan dakwah dan Islam.
 


Sedikit perkongsian video yang menunjukkan akhlak syeikh usamah dengan seekor kucing yang datang ketika beliau sedang menyampaikan ilmu.(saksikan.....SEKARANG)


 

p/s:Tuntutlah ilmu selagi mampu.Kerana ilmu manusia ber'nilai'.Kerana ilmu juga manusia tidak ber'nilai'.Inilah jalanku.

No comments: