Monday, 15 April 2013

KISAH IRON LADY?

KEPAYAHAN ITU INDAH BILA DIKENANG KETIKA KITA BERJAYA

Saya di lahirkan dan di besarkan di tengah2 sawah padi. Anak bendang orang Kedah kata.

Saya masih ingat, sewaktu kecil mainan kami lebih menyeronokkan dari budak2 sekarang. Kalau sekarang anak2 saya menunggang kuda dan bermotor besar. Bermain komputer berjam2 dalam bilik. Saya dan rakan2 dulu, naik Kerbau, naik upeh yang di tarik keliling kampung.

Acara di bendang amat menarik dan mendatangkan rezeki. Tahan taut. Serkap ikan. Sauk anak2. Menangguk udang di sungai. Timba telaga. Saya anak desa yang aktif di bendang. Mencari duit lebih dengan pukul padi. Jual padi. Tak berapa faham erti kedaifan. Kesusahan. Mungkin sebab tak pernah kelaparan. Beras . Nasi dan ikan tak pernah tiada. Taraf semua orang lebih kurang sama saja. Hingga sekarang ni. Saya tak pandai nak makan 'Buffet' banyak2 lauk. Cukup dengan ikan bakar. Sambal belacan. Ulam rebus. Laksa pun dah cukup! 'Pure Kedahan' saya ni hu hu. Senang bela!

Ketika berusia 5 tahun. Ibubapa saya berpisah. Saya dipelihara oleh nenek dan Tok Wan yang Alim dan konservatif. ' Simple n Easy life'. Hidup biasa-biasa tanpa perlu ada cabaran. Dinamik , apatah lagi matlamat dan azam yang perlu dicapai. Tak perlu fikir semua. Terima saja apa yang mendatang.

Terngiang2 di telinga saya, pesanan Tok . ' Belajar Rajin2. Pandai2. Jadi Ustazah. Ajar Orang. Cari Jodoh Ustaz2. Kahwin. Beli rumah. Kereta sebiji. Jadi isteri baik2. Beranak ramai2' itulah Pesanan Azimat Tok saya. (Ya Tuhan! Inikah saja perjalanan hidup ku?)

Bila saya fikir2 dan teringat tentang persekolahan zaman saya dulu. Iaitu pagi 7am 1pm. Sekolah Kebangsaan. Petang ke sekolah Agama . Sekolah Pondok, yang mana telah banyak membentuk kerohanian saya (Sedih... Bimbang dan Keliru tengok Cucu2 dihantar ke International School oleh anak menantu) tapi tiap petang wajib ada ustaz ajar mengaji kat rumah.

Walaupun hidup saya terasa Kekosongan. Kesunyian . Boring . Saya bertuah juga kerana rumah Tok terletak di belakang Sekolah.

Benar sekali kata pepatah. ' Kalau nak pandai. Berkawanlah dengan yang bijak pandai. Kalau nak berjaya . Maka berkawanlah dengan Orang Berpotensi or telah berjaya'.

Saya bersyukur kerana ada guru Orang puteh ‘Peace Corps’ di hantar utk mengajar bahasa Inggeris. Saya amat berminat dengan B I dan guru nya sangatlah handsome, baik macam Suami saya.

Suatu hari Guru B. I Mr. Peter memberi buku Orang2 yang Berjaya Di dunia dan Kerjaya Mereka , siap dengan peta Dunia. Maznah. Tolong baca malam ni dan Pasang Impian Katanya!

Saya tak dapat tidur sepanjang malam. Memikir dan memasang angan2. Impian! Gambar2. Cerita2 Kejayaan. Peta Dunia benar2 telah membuka mata dan Minda saya. Ya Allah! Berilah Petunjuk Mu.

Kata2 Cikgu Peter telah memberi keyakinan dan jalan pada saya. ' Kalau nak Berjaya. Pandai! Kena Keluar Dari Sini. Merantau. Belajar ke Seluruh Dunia. Cari ILMU. Kepakaran. Bila Berjaya Baru Pulang! Tolong Orang Kampong U !

Begitulah kisah di zaman remaja saya. Mentor pertama saya. Impian dan Angan2 saya. Buku yang di baca. Keinginan Membara Untuk Menjadi Berbeza. Dorongan dan keputusan yang di ambil! Niat! Nekad!

Wahai anak anak muda... U must want badly enough. utk berjaya, kita sendiri yg. mahukan 'badly'.

Kita mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan hidup kita! Take Charge!

Siapakah beliau?Beliau adalah.....Datuk Maznah Hamid.Iron Lady Malaysia.

Kisah di atas saya ambil daripada----->Datuk Dr Maznah Hamid (Facebook Rasmi)


No comments: