10 Ringgit Sahaja?
Alhamdulillah,saya
diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri bengkel penulisan kreatif travelog
anjuran Fakulti Pengajian Islam UKM.Insan hebat yang mengendalikan bengkel di
atas adalah Ustaz Hasrizal Jamil.Nama yang tidak asing lagi dalam dunia
penulisan kreatif dan blog.Pemik blogger saifulislam.com ini menjadi popular
sejak karya hebat beliau hasil coreatan dalam blog dan sebagai kolumnis Anis
telah dibukukan dan diberi judul AKU TERIMA NIKAHNYA.
Sekalipun saya sekadar
peserta walk-in sahaja,bengkel ini sangat sangat sangat mantap dari segi
pengisian dan maatlamat program tercapai. Kisahnya bermula ketika saya mula
melangkah dan mendaftar,soalan pertama yang saya bertanya:
Ini
bengkel apa ya?
Si gadis berkata Bengkel penulisan travelog sambil
menunjukkan ke arah poster dibelakangnya.
Bolehkah
saya menyertainya?
Beliau menjawab boleh.
Saya ajukan lagi soalan,kenapa letak 10 ringgit sahaja?
Dia berkata kenapa?Mahal sangat ke.
Saya berkata sangat murah!Beliau terkejut.
Kenapa saya berkata
sangat murah?Kerana nilai RM10 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan
pengisian yang sangat-sangat tersusun dan lengkap.Pandangan peribadi saya
mengatakan bahawa ilmu adalah sangat mahal,tidak ‘ternilai’ dengan wang
ringgit,tetapi harga yang diletakkan adalah harga komitmen yang perlu dibayar
oleh peserta.Saya telah menghadiri seminar bernilai belasan ribu ringgit
mahupun yang percuma, dengan pelaburan ilmu yang besar itu membuatkan saya sangat
passionate menghadiri majlis ilmu. Hinggakan di suatu ketika saya menghadiri seminar
tetapi atas dasar berjimat cermat untuk penginapan, saya sanggup tidur di dalam
kereta.Nak balik rumah tidak berbaloi.Esok pagi kena keluar jam 630 pagi
juga.Walhal jam telah menunjukkan pukul 1 pagi.Saya juga mandi di surau berhampiran
dan bersiap untuk solat subuh jamaah.Dan terus bersarapan sebelum menuju ke
seminar untuk hari ketiga.Itulah harga sebuah komitmen.
Saya tidaklah
mengatakan salah meletakkan harga yang rendah atau beri percuma
sekalipun.Tetapi,dengan peletakan sesuatu ‘tag harga’ manusia akan lebih
menghargai.Setiap kali dia enggan melakukan tindakan terhadap ‘ilmu’ baru yang
diperolehinya itu,setiap kali itu juga dirinya akan diselubungi rasa ‘bersalah’
yang teramat pada dirinya.Ini secara tidak langsung akan mendorong dirinya
untuk bertindak dan maju lagi jauh ke hadapan.
Ustaz Hasrizal mengupas
topik dengan sangat jayanya,walaupun pada awalnya beliau agak kekok kerana
penulisan beliau dalam karya-karya sebelum tiada modul/skema/teknik
tertentu.Setelah beliau mengutarakan beberapa ‘buah tangan’ beliau,dalam hati
saya berkata ini lah dia butiran ajaib yang meledakkan karya beliau iaitu wajar
disulam dengan tinta emas iaitu AMANAH DENGAN ILMU. Amanah dengan ilmu
bermaksud nilai kejujuran yang dipegang para penulis,fakta sejarah yang sahih
dan sebagainya.Saya melihat dunia sekarang,semakin ramai para penulis yang
menulis tapi kadangkala entah benar entah tidak,fakta ataupun sekadar auta yang
disajikan kepada pembaca.Golongan pembaca pula terlalu ghairah menekan butang
‘share’ tanpa mengesahkan sesuatu berita.Ini kadangkala mengakibatkan
berleluasanya benda-benda karut dalam masyarakat.Yang dirasakan menarik dan ada
factor ‘wow’ itulah sandaran dan bukti yang kononnya sahih bagi yang jahil.
Ada suatu ketika
seorang wanita bertanya soalan kepada Ustaz Hasrizal,soalannya berbunyi begini:
Ustaz
bolehlah menyedut karya-karya yang dikarang di blog ustaz dan dijadikan buku.Saya
yang tiada apa-apa baru nak start menulis ni macam mana? (lebih
kuranglah bunyi soalannya)
Ustaz menjawab:Mulakan menulis di blog.
Saya agak terkejut
kerana yang bertanya adalah pensyarah yang berpangkat Dr. kepada
penceramah.Wow.Sangat mengujakan apabila melihat akhlak antara guru-murid
ketika bengkel dijalankan.Sangat merendah diri.Saya melihat inilah hasil acuan
islam kepada jiwa-jiwa penganutnya.Hormati sesiapa yang mengajar ketika
itu.Tidak kiralah anda adalah Prof,Dr,Ir,YB,Dato’,Datuk Seri,YAB dan
sebagainya,semakin banyak ‘title’ di depan nama anda,bilamana anda hadir
sebagai pelajar,berkelakuanlah seperti pelajar.Rendahkanlah diri anda seperti
lembah rata yang dapat menampung curahan ilmu dari tempat yang tinggi.
Kemudian,lanjutan
daripada bengkel saya berkenalan pula dengan insan hebat bernama Aiza.Pelajar
UPM.Wah,sanggup datang dengan bermotor daripada UPM.Saya sangat kagum dengan
beliau. Apa yang menyebabkan beliau sanggup datang dari jauh walhal ribuan
pelajar UKM yang menetap di kolej dalam Bangi Bandar ilmu pun hanya ‘secoet’
yang datang.Dalam hati saya berkata ini bukan calang-calang orang.
Tekaan saya sangat
tepat (bukan calang-calang orang),beliau adalah pelajar tahun akhir jurusan
biomedik UPM yang sangat berfikiran jauh.Sambil berbisnes sambil belajar.Masih
ada lagi insan yang sama spesies dengan saya.Kami berkongsi banyak persamaan.
Saya lontarkan
persoalan kepada beliau,
Apakah yang dimaksudkan
dengan PASSION dalam bahasa melayu?
Terkial-kial juga
beliau memikir,kemudian beliau berkata ada ke?Minat?Minat gila?Ghairah?
Saya berkata ghairah tak
terlampau 18 SG ker?
Kami sama-sama tergelak.
Diskusi bisnes
berlanjutan sehingga ke maghrib sampai selepas maghrib.Sehinggalah beliau
meminta izin untuk pulang kerana keletihan.Doa saya supaya beliau sentiasa
dirahmati dan selamat sampai ke UPM.
5 Perkara yang saya pelajari hari ini:
1)Teruskan belajar.Belajar
daripada orang yang dah terbukti berjaya,lambat laun anda terpaksa berjaya.
2)Cari apakah PASSION
(minat,keghairan) anda
3)Diskusilah dengan
sesiapa sahaja yang mampu merobah pandangan sempit kita ke arah pandangan yang
lebih luas.
4)Waktu orang lain
memperlekehkan anda, pasti anda mempunyai permata dalam diri yang sinarnya
mampu memberi cahaya kepada orang lain.
5)Dengan ilmu manusia
menjadi ‘priceless’,tanpa ilmu manusia menjadi ‘useless’
Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
23/5/2013
10.33 Malam
Bangi Bandar Ilmu