Wednesday, 29 May 2013

KIBLAT KHAYALAN?


                           Kiblat Pelajar Zaman Milenium


Memandangkan sekarang musim pelajar lepasan SPM memilih aliran untuk menyambung pendidikan mereka,tiba-tiba saya terfikir tajuk di atas.Sebab saya juga pernah dalam situasi yang sama kira-kira 7 tahun yang lalu. Keadaan dulu dan sekarang tidak banyak berbeza.Dahulu saya mengambil jurusan biologi daripada sekolah menengah.Kemudian menyambung jurusan sains hayat di Matrikulasi dalam bidang biologi juga .Menyambung pelajaran ke universiti juga dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan dunia biologi dan kimia.

Baru kini saya terfikir,semasa di matrikulasi seolah-olah telah menjadi satu ‘kiblat khayalan’ bahawa pelajar bidang sains hayat akan menjadi doktor. Manakala pelajar sains fizikal akan memilih kerjaya sebagai jurutera.Seolah-olah itulah ‘kiblat’ mereka.Tidak salah menetapkan sedemikian memandangkan Malaysia masih kekurangan golongan intelektual sebegini ia sangat dialu-alukan untuk memenuhi kuota  yang tersedia. Keadaan ini juga berlanjutan ke peringkat universiti.Seolah-olah wayang yang sama tetapi hanya pelakon yang berbeza dan tidak ada kesudahan. 



Semasa kecil kita sering dimomok-momokkan dengan skrip yang sama iaitu:

Belajar rajin-rajin.Dapat 25 A.Pilih sekolah bagus-bagus.Asrama penuh.Masuk universiti.Cari kerja elok-elok.Kerja kerajaan terjamin.Dapat gaji simpan.Kahwin.Bla….bla…bla……..

Macam pernah dengar kan ayat di atas?

Temanya adalah sebegitu.Mungkin ayatnya sahaja yang pelbagai versi.

Semasa saya di Matrikulasi,saya mempunyai teman sebilik seramai 4 orang (termasuk saya).3 orang pelajar melayu dan 1 orang pelajar cina.Apa yang menghairankan saya adalah pelajar cina tersebut ketika saya sedang berjaga (belajar),dia duduk di meja belajar.Menelaah buku.Ketika saya tidur kadang-kadang terjaga,dia masih lagi duduk di meja dan belajar.Adakah beliau tidak tidur?Adakah kehidupan di matrikulasi sekadar di meja belajar?

Sebaliknya,saya menikmati hidup di matrikulasi dengan mencuba aktiviti baru seperti berlakon pementasan drama di hadapan audiens (ala-ala hero Malaya),menceburi pertandingan roket air (cipta roket yang boleh terbang paling jauh dan mendarat paling lambat),menjadi pengarah kain rentang gergasi berukuran 50 meter sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia yang menggabungkan puluhan kepala dan idea yang diterjemahkan ke dalam SATU kain rentang tersebut.Bukan mudah bagi saya (mungkin biasa sahaja bagi orang lain).Ada saya kisah?.Itulah yang menjadikan saya lain daripada orang lain.

Setiap orang berhak memilih jalan mereka sendiri. Anda berhak memilih hidup gembira dengan jalan yang anda pilih atau hidup menderita dalam jalan yang anda tersalah pilih. Jangan biarkan orang lain mengongkong kehidupan anda.Sekalipun orang lain meremehkan setiap perkara yang anda buat,pedulikan mereka.Sekurang-kurangnya anda telah mencuba perkara yang orang lain remehkan.

Nasihat:Bagi yang masih bergelar pelajar, nikmatilah setiap detik kehidupan pelajar anda sebaik mungkin.Kerana pengalaman anda sangat berharga.Hidup di dewan kuliah dan disuap sampai muak dengan  input akademik sama sekali tidak sama dengan hidup di hutan rimba atas ikhtiar sendiri. 

Dunia adalah tempat anda mengutip pengalaman.Pengalaman sangat indah.Pengalaman boleh menjadi guru dalam hidup.Pengalaman berupaya mendewasakan anda. Cipta peluang.Hargai kehidupan.Itulah nilai diri anda di hadapan orang lain.

Akulah segunung pengalaman. 

P/S:Khas untuk anda!

Private Message (PM) saya melalui page facebook Ahmad Syazli Khamis untuk mendapatkan Ebook Tips Simpan Wang Malatopsss!!! secara PERCUMA.Terhad untuk 5 orang TERAWAL sahaja.Siapa cepat dia dapat.Testimoni pelanggan yang berpuas hati klik link ini--->Testimoni Ebook Tips Simpan Wang Malatopsss!!! 

Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
29/5/2013
11.33 Pagi
Bangi Bandar Ilmu


No comments: