Thursday, 23 May 2013

BENGKEL PENULISAN KREATIF: TRAVELOG


10 Ringgit Sahaja?


Alhamdulillah,saya diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri bengkel penulisan kreatif travelog anjuran Fakulti Pengajian Islam UKM.Insan hebat yang mengendalikan bengkel di atas adalah Ustaz Hasrizal Jamil.Nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan kreatif dan blog.Pemik blogger saifulislam.com ini menjadi popular sejak karya hebat beliau hasil coreatan dalam blog dan sebagai kolumnis Anis telah dibukukan dan diberi judul AKU TERIMA NIKAHNYA.

Sekalipun saya sekadar peserta walk-in sahaja,bengkel ini sangat sangat sangat mantap dari segi pengisian dan maatlamat program tercapai. Kisahnya bermula ketika saya mula melangkah dan mendaftar,soalan pertama yang saya bertanya:

Ini bengkel apa ya?

Si gadis berkata Bengkel penulisan travelog sambil menunjukkan ke arah poster dibelakangnya.

Bolehkah saya menyertainya?

Beliau menjawab boleh.

Saya ajukan lagi soalan,kenapa letak 10 ringgit sahaja?

Dia berkata kenapa?Mahal sangat ke.

Saya berkata sangat murah!Beliau terkejut.

Kenapa saya berkata sangat murah?Kerana nilai RM10 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengisian yang sangat-sangat tersusun dan lengkap.Pandangan peribadi saya mengatakan bahawa ilmu adalah sangat mahal,tidak ‘ternilai’ dengan wang ringgit,tetapi harga yang diletakkan adalah harga komitmen yang perlu dibayar oleh peserta.Saya telah menghadiri seminar bernilai belasan ribu ringgit mahupun yang percuma, dengan pelaburan ilmu yang besar itu membuatkan saya sangat passionate menghadiri majlis ilmu. Hinggakan di suatu ketika saya menghadiri seminar tetapi atas dasar berjimat cermat untuk penginapan, saya sanggup tidur di dalam kereta.Nak balik rumah tidak berbaloi.Esok pagi kena keluar jam 630 pagi juga.Walhal jam telah menunjukkan pukul 1 pagi.Saya juga mandi di surau berhampiran dan bersiap untuk solat subuh jamaah.Dan terus bersarapan sebelum menuju ke seminar untuk hari ketiga.Itulah harga sebuah komitmen.

Saya tidaklah mengatakan salah meletakkan harga yang rendah atau beri percuma sekalipun.Tetapi,dengan peletakan sesuatu ‘tag harga’ manusia akan lebih menghargai.Setiap kali dia enggan melakukan tindakan terhadap ‘ilmu’ baru yang diperolehinya itu,setiap kali itu juga dirinya akan diselubungi rasa ‘bersalah’ yang teramat pada dirinya.Ini secara tidak langsung akan mendorong dirinya untuk bertindak dan maju lagi jauh ke hadapan. 

Ustaz Hasrizal mengupas topik dengan sangat jayanya,walaupun pada awalnya beliau agak kekok kerana penulisan beliau dalam karya-karya sebelum tiada modul/skema/teknik tertentu.Setelah beliau mengutarakan beberapa ‘buah tangan’ beliau,dalam hati saya berkata ini lah dia butiran ajaib yang meledakkan karya beliau iaitu wajar disulam dengan tinta emas iaitu AMANAH DENGAN ILMU. Amanah dengan ilmu bermaksud nilai kejujuran yang dipegang para penulis,fakta sejarah yang sahih dan sebagainya.Saya melihat dunia sekarang,semakin ramai para penulis yang menulis tapi kadangkala entah benar entah tidak,fakta ataupun sekadar auta yang disajikan kepada pembaca.Golongan pembaca pula terlalu ghairah menekan butang ‘share’ tanpa mengesahkan sesuatu berita.Ini kadangkala mengakibatkan berleluasanya benda-benda karut dalam masyarakat.Yang dirasakan menarik dan ada factor ‘wow’ itulah sandaran dan bukti yang kononnya sahih bagi yang jahil.

Ada suatu ketika seorang wanita bertanya soalan kepada Ustaz Hasrizal,soalannya berbunyi begini:

Ustaz bolehlah menyedut karya-karya yang dikarang di blog ustaz dan dijadikan buku.Saya yang tiada apa-apa baru nak start menulis ni macam mana? (lebih kuranglah bunyi soalannya)

Ustaz menjawab:Mulakan menulis di blog.

Saya agak terkejut kerana yang bertanya adalah pensyarah yang berpangkat Dr. kepada penceramah.Wow.Sangat mengujakan apabila melihat akhlak antara guru-murid ketika bengkel dijalankan.Sangat merendah diri.Saya melihat inilah hasil acuan islam kepada jiwa-jiwa penganutnya.Hormati sesiapa yang mengajar ketika itu.Tidak kiralah anda adalah Prof,Dr,Ir,YB,Dato’,Datuk Seri,YAB dan sebagainya,semakin banyak ‘title’ di depan nama anda,bilamana anda hadir sebagai pelajar,berkelakuanlah seperti pelajar.Rendahkanlah diri anda seperti lembah rata yang dapat menampung curahan ilmu dari tempat yang tinggi.

Kemudian,lanjutan daripada bengkel saya berkenalan pula dengan insan hebat bernama Aiza.Pelajar UPM.Wah,sanggup datang dengan bermotor daripada UPM.Saya sangat kagum dengan beliau. Apa yang menyebabkan beliau sanggup datang dari jauh walhal ribuan pelajar UKM yang menetap di kolej dalam Bangi Bandar ilmu pun hanya ‘secoet’ yang datang.Dalam hati saya berkata ini bukan calang-calang orang.

Tekaan saya sangat tepat (bukan calang-calang orang),beliau adalah pelajar tahun akhir jurusan biomedik UPM yang sangat berfikiran jauh.Sambil berbisnes sambil belajar.Masih ada lagi insan yang sama spesies dengan saya.Kami berkongsi banyak persamaan.

Saya lontarkan persoalan kepada beliau,

Apakah yang dimaksudkan dengan PASSION dalam bahasa melayu?

Terkial-kial juga beliau memikir,kemudian beliau berkata ada ke?Minat?Minat gila?Ghairah?

Saya berkata ghairah tak terlampau 18 SG ker? 

Kami sama-sama tergelak.

Diskusi bisnes berlanjutan sehingga ke maghrib sampai selepas maghrib.Sehinggalah beliau meminta izin untuk pulang kerana keletihan.Doa saya supaya beliau sentiasa dirahmati dan selamat sampai ke UPM.

5 Perkara  yang saya pelajari hari ini:

1)Teruskan belajar.Belajar daripada orang yang dah terbukti berjaya,lambat laun anda terpaksa berjaya.
2)Cari apakah PASSION (minat,keghairan) anda
3)Diskusilah dengan sesiapa sahaja yang mampu merobah pandangan sempit kita ke arah pandangan yang lebih luas.
4)Waktu orang lain memperlekehkan anda, pasti anda mempunyai permata dalam diri yang sinarnya mampu memberi cahaya kepada orang lain.
5)Dengan ilmu manusia menjadi ‘priceless’,tanpa ilmu manusia menjadi ‘useless’


Daftar kan butiran anda untuk sentiasa menerima updates dari Syazlikhamis.blogspot.com melalui emel/SMS di sini--> http://goo.gl/w6r07



Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)



Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
23/5/2013
10.33 Malam
Bangi Bandar Ilmu




No comments: