Friday, 20 March 2015

HURUF KAF ATAU HURUF QOF?

Terdapat 2 perkara pokok yang mesti diambil perhatian serius semasa mengeja perkataan dalam bentuk tulisan jawi. Anda dinasihatkan tidak menyalin dan menterjemah bulat-bulat menggunakan sebarang perisian atas talian. Hal ini kerana terdapat banyak kesilapan yang berlaku semasa penterjemahan tersebut dilakukan.

Saya akan menggunakan 2 contoh bagi menerangkan cara penentuan ejaan yang tepat.Contoh tersebut ialah perkataan kakak dan klinik.

==================================
KONSEP ASAS PENENTUAN EJAAN JAWI
==================================

+TENTUKAN BAHASA SUMBER

Bahasa sumber merupakan asal usul perkataan tersebut.Sama ada kata jati melayu, kata serapan inggeris atau serapan asing.

KAKAK-Kata Jati Melayu
KLINIK-Serapan Inggeris


+ASINGKAN SUKU KATA

Cara yang terbaik bagi melakukan pengasingan suku kata ialah melalui kaedah PENGGAL (/)

Contoh:KAKAK
KA/KAK



KA-Suku Kata Pertama
KAK-Suku Kata Kedua

Contoh:KLINIK

KLI/NIK


KLI-Suku Kata Pertama
NIK-Suku Kata Kedua


+LABEL KONSONAN-VOKAL

Konsonan diwakili dengan huruf K manakala vokal diwakili dengan huruf V.

Contoh;KAKAK



KA-KV
KAK-KVK

Contoh:KLINIK



KLI-KKV
NIK-KVK

HURUF K DI AWAL SUKU KATA

Setiap suku kata yang mempunyai huruf K di hadapan,keBIASAannya akan diwakili oleh huruf KAF.

Pengecualian bagi perkataan arab,sekiranya asal usul perkataan tersebut menggunakan huruf QOF maka secara automatik tulisan jawi akan menggunakan huruf QOF juga.


HURUF K (QOF) DI AKHIR SUKU KATA

Bagi perkataan jati MELAYU yang suku katanya berakhir dengan huruf K,maka ia akan diwakili oleh huruf QOF.

Maka,perkataan kakak akan dieja sebagai




HURUF K (KAF) DI AKHIR SUKU KATA

Bagi perkataan serapan INGGERIS yang suku katanya berakhir dengan huruf K,maka ia akan diwakili oleh huruf KAF.

Maka,perkataan klinik akan dieja sebagai




Semoga ada manfaat kepada anda semua!

Syazli Khamis
CEO & FOUNDER
Impactz Motion Sdn. Bhd.
Start Up Business Coach
20032015
2130
Shah Alam

Post a Comment