BUKU & ANDA
**Senarai blog yang mencetuskan sumber inspirasi saya.Boleh lihat sebelah kanan bawah dalam blog saya
Saya sangat suka membaca.Bukan sekadar status facebook.Twitter.Insta.Semua
benda yang saya rasa bermanfaat saya akan baca.Rekod terbaik saya setakat ini
adalah buku sebanyak 200++ mukasurat dalam masa 4 jam.Secara non-stop.Bermula
lepas isyak,lepak kedai mamak bersama Teh Tarik sehingga pukul 2 pagi.
Saya akan pastikan, di sebelah saya ada kertas A4 dan pen
untuk saya mencatat segala ilmu baru ataupun info yang saya perolehi daripada
karya yang sedang saya baca.
Orang pandai dia akan sentiasa mencari dan mencuri masa untuk membaca.Manakala orang kurang pandai dia akan mencari gosip dan fitnah terbaru untuk dilemparkan.Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk tergolong dalam kategori 'orang pandai'.
5 Tips Pembacaan
Efektif
Pilih genre buku yang
anda minat
Contohnya motivasi.Pilih satu buku.Baca secara
konsisten.Walaupn sehari 1 baris.Lama-kelamaan pasti akan habis.
Lawat kedai buku
Pergi ke ruangan yang memaparkan bestselling book.Kebiasannya,di
situ diletakkan ‘high-rating books’ daripada pembaca di seluruh
dunia.Pilih.Ambil dan bayar.
Jangan keluar tanpa membayar buku.Pasti berbunyi mesin
penggera di pintu masuk ;)
Jangan beli buku baru
Habiskan buku yang sudah dibeli pada peringkat awal.Khatamkan
terlebih dahulu.Hadam dan amalkan mana yang bermanfaat.
Pen dan Kertas Di sisi
Catat segala info baru yang anda perolehi.Kaitkan dengan
contoh dalam kehidupan anda.
Menulis
Tulis semula ilmu yang anda perolehi sama ada dalam bentuk ‘status
update’ di laman sosial ataupun blog.Sekarang saya cukup seronok menulis blog.
Dapatkan lebih banyak input terkini di blog saya.
Bercerita
Ceritakan kepada rakan-rakan terdekat ataupun keluarga tentang
perkara baru yang anda pelajari daripada buku yang sedang anda baca. Bercerita
akan menambahkan daya ingatan anda dan menguatkannya.
Jika anda sedang baca sebarang buku yang dirasakan
bermanfaat,sila kongsikan bersama saya di ruangan komen.Saya sangat menghargainya.
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
10/10/2013
7.45 Pagi
Selayangku Sayang
No comments:
Post a Comment