Tuesday, 8 October 2013

SUPERMAN VERSI ISLAMIK MUNCUL



SECANGKIR UKHWAH

Alhamdulillah,saya masih diberi nafas oleh Allah.Menghirup udara yang dibekalkan.Bersyukur dan sangat bersyukur.Sibuk membantu lebih ramai umat dalam "business training".Ini adalah pengubatnya.

Antara nikmat yang saya syukuri adalah dipertemukan dengan insan-insan hebat sepanjang perjalanan saya.

Semalam (8/10/2013,9.30 malam) Allah telah mengatur pertemuan saya dengan insan-insan hebat,anak muda yang berusia awal 20 an yang giat menjalankan usaha dakwah untuk remaja. Mereka ialah Syeikh Farhan , Syeikh Fai dan Syeikh Zul

Tiada yang terlepas daripada perancangan Allah yang maha hebat.Saya berbesar hati mereka bertiga sudi menerima kehadiran saya untuk berbincang secara bersemuka bukan secara bermuka-buku.

Mereka adalah penggerak utama untuk KRIM Gombak (kelab remaja ISMA).Mengadakan gerak kerja dakwah dalam bentuk santai yang sangat sesuai dengan jiwa remaja.Pendekatan yang digunakan bersahaja tetapi bertujuan.Bukan menghukum tetapi mendidik.

 **Gambar santai ketika sesi ramah mesra bersama pelajar di bumi SAMER (Sekolah Agama Menengah Rawang).

Lebih banyak gambar di sini.

Besarnya jiwa mereka.

Di saat ramai ibu bapa yang ambil endah tak endah dengan anak-anak mereka.Mereka datang membawa solusi kepada masyarakat.

Bukan wang yang ditagih.Bukan duit minyak yang di’claim’.Bukan redha manusia yang dicari.Bukan sanjungan manusia yang diraih.

Tetapi mereka sangat jelas dengan tujuan mereka.Untuk agama ini.Ya untuk agama ini.
Apakah yang lebih hebat di dunia ini,jika keikhlasan bekerja untuk mencari redha Allah?Berkhidmat untukNYA?Menjadi hamba yang betul-betul penuh kehambaan?

Saya sebak.

Saya ada berkongsi satu ayat:

“Ramai manusia yang ingin menjadi SUPERMAN.Hendak mengubah dunia.Melihat dunia lebih baik.Superman terbang selamatkan manusia di Terengganu kemudian ke Gombak. Tetapi,mereka yang kononnya superman ini, masih duduk di tempat yang sama.Tanpa sebarang tindakan.”

Antara ayat yang saya ingat daripada Syeikh Paan

Beliau menuturkan kata-kata yang menusuk hari saya.

“Kami buat kerja ini untuk saham akhirat.Mereka yang kami didik ini yang akan mendidik semula anak-anak kami nanti”

Allahuakbar.SubhanaAllah.

Saya mula terfikir.Adakah saya telah cukup menyumbang untuk masyarakat?Jika Allah menarik nyawa saya ketika ini,adakah cukup bekalan mati saya ini?

Mereka bertiga yang saya temui ini bukan insan biasa.Kenapa saya kata begitu?

Kerana mereka terdiri daripada pakar ekonomi dan pakar kejuruteraan daripada syarikat korporat yang besar.Ya,betul itulah kerjaya mereka.Hebat di dunia.Bekal akhirat mereka kejar sangat-sangat.

Mereka insan professional,pergi dan balik kerja seperti orang biasa.Malamnya pula masa diisi dengan program bersama masyarakat remaja.

Hinggakan mereka berkata,

“Kalau malam tiada program-program macam ini,rasa kosong.”

Berapa ramai daripada anda yang mampu menjadi seperti mereka?

Berapa ramai pula daripada anda yang pernah terfikir untuk menjadi seperti mereka?

Berapa ramai pula daripada anda yang selesa melihat kehancuran ummat melayu Islam ini?

Saya pasti boleh dikira bilangan mereka itu.

Saya?Dunia kejar.Akhirat……………Syukur.Allah pertemukan dengan mereka.

Saya menegaskan, 

“Saya sedia membantu mereka tetapi bukan daripada segi dana.Duit sekelepuk.Tetapi saya akan infaqkan masa,tenaga,kepakaran dan idea untuk kerja dakwah mereka ini.”

Itulah janji saya.Tetapi,saya memerlukan komitmen daripada mereka.

Syeikh Fai berkata:

“Kami bersedia menerima orang yang sedia membantu macam koc. Berkongsi skil dengan kami.Skil kami kurang.Walaupun satu ayat kami sangat hargai”

(automatik saya teringat hadith nabi berkenaan sampaikan walaupun satu ayat).Tersentap!
Saya membalas

“Insyaallah,yang penting komitmen daripada anda semua.Saya sebagai pemantau bebas sahaja.Saya bukan dalam organisasi anda.”

“Jika saya salah tegurlah saya.Kepakaran anda semua dalam dakwah remaja.Saya zero dalam bab itu.Kepakaran saya dalam "business training".Kita saling bantu membantu”

Saya percaya mereka mampu memberikan komitmen jitu atas pandangan saya terhadap 3 perkara:
  1. Keikhlasan berdakwah
  2. Kesungguhan untuk berjumpa saya yang sekadar insan biasa 
  3.  Merancang aktiviti dengan sangat teliti

Semoga saya dan mereka diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan apa yang kami rancang.Meneruskan warisan kenabian. Iaitu menyebarkan dakwah.Mengikut acuan remaja masa kini.

Jumpa anda sahabat-sahabatku dalam program kita yang akan datang Explode………..(akan diumumkan secara rasmi bila komitmen anda saya perolehi)

Assalamualaikum.

Salam perjuangan.

Jika takut pada risiko,jangan bicara tentang perjuangan!

Follow Me:
Facebook Page        (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group      (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter                      (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Blog                          (www.syazlikhamis.blogspot.com)
Google+                    (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT

Yang Menulis,


CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
9/10/2013
10.06 Pagi
Selayangku Sayang

No comments: