[PENAWAR]Mahasiswa Lesu
Assalamualaikum.
Dalam
posting saya sebelum ini saya ada menegur tentang sikap mahasiswa yang kurang
produktiviti di alam pekerjaan.
Setiap
kritikan saya adalah berdasarkan pengalaman saya.Bergaul dengan orang ramai.Dan
saya akan menyediakan penawar mujarab untuk kritikan tersebut.Insyaallah.
Bagi
minda yang terbuka,terimalah mana yang baik.Tinggallah mana yang cela.Kelemahan
itu daripada saya selaku hambaNYA yang lemah.
Disini
saya nukilkan penawar yang bisa menghilangkan kelesuan tersebut.
5
Penawar Rahsia bagi menyembuhkan mahasiswa lesu adalah:
- Belajar daripada dunia sekeliling anda
Dunia adalah pentas hidup.Kumpul pengalaman
daripada pelbagai latarbelakang insan.Adunkannya menjadi pedoman hidup
anda.Tidak akan rugi jika anda sentiasa belajar daripada dunia.
Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.Didatangkan
ujian untuk manusia kembali dekat kepadaNYA.Bukan untuk menyusahkan.
Dijadikan kejayaan,untuk melihat sejauh mana
manusia itu bersyukur terhadap nikmat yang diberi.
Didatangkan ujian menimpa,pasti disertakan
dengan pahala bortingket-tingket (bertingkat-tingkat) untuk hambaNYA yang
betul-betul sabar.
Sejauh mana kita belajar dan ambil iktibar?
- Bergaul dengan mereka yang terpilih sahaja
Ya.yang terpilih.Pilih kawan.Memang
kebudak-budakan ayat di atas.Agak ‘cliche’ kata orang putih.
Tetapi,ia sangat tepat.Kawan yang anda pilih
membantu untuk membawa ke pintu syurga atau neraka.
Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,
Kawan yang membawa anda ke pintu masjid IPT
atau
Kawan yang membawa anda ke mapley terdekat
Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,
Kawan yang berkongsi nilai-nilai positif atau
Kawan yang berkongsi teknik mengayat awek
terbaik
Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,
Kawan yang bercerita masalah ummah yang parah
dan me’layu’ atau
Kawan yang bercerita awek itu,awek ni,mantap
perghhh,montok dan sebagainya
Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,
Kawan yang menghalang anda membeli rokok 12
hengget sekotak atau
Kawan yang ajak ‘mapleying’ dan shishaing
beramai-ramai
Sama ada kawan yang anda sangat ‘sayang’ itu,
Kawan yang bersama-sama memanfaatkan teknologi
sedia ada atau
Kawan yang berkempen suruh ‘upgrade’ gajet
terbaru dan terhangat di pasaran.
Anda bisa memilih sahabatku.
- Hadirkan diri ke seminar berbayar dan percuma
Di
IPT sangat banyak kursus seminar pembangunan diri.Ditaja percuma sepenuhnya pun
sangat berlambak.Saya terkilan melihat kursus sebegini kurang mendapat
perhatian mahasiswa.
Saya
pernah hadiri kursus ICT di sebuah IPTA.Yuran hanyalah RM 100.Dan akan
dipulangkan sekiranya lulus peperiksaan khas yang bertaraf antarabangsa.
Berdebar
ujian nya.Online.Berpeluh-peluh.Study bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah,saya
lulus.RM 100 dikembalikan.
Selepas
saya periksa,kursus ini di luar berharga RM 2500 untuk tempoh masa dan
pengisian yang sama.
Siapa
yang rugi?
Tepuk dada.Tunjal kepala hotak.Fikir-fikirkan.
Saya
faham mahasiswa sangat sibuk di hujung minggu.Sibuk la sangat.Lepak dan tidur
sampai tengah hari dengan berhujjah tak cukup tidur sepanjang weekday adalah alasan
yang longgar.
Weekday
adalah amanah anda untuk belajar ilmu duniawi.Ya,saya faham.
Weekend
pula adalah masa untuk anda mencari sesuatu untuk dijadikan bekalan hidup
akhirat. Ilmu pembangunan diri.Ilmu bisnes.Dunia kerjaya.Sesuatu yang
membolehkan anda menjadi insan yang lain daripada yang lain.
Bila
di temuduga, anda dengan bangga boleh berkata saya ada kemahiran dan skil bla bla
bla.Saya ada syarikat ini itu.Saya berbisnes itu dan ini.Dan sebagainya.
Ditambah
dengan angka 4 rata (flat) yang anda perolehi untuk akademik.
Kan
itu lebih dipandang dan mengujakan bakal majikan anda?
Pilihan
di tangan anda sahabatku.
- Fokus terhadap passion sebenar
Cari
passion anda.Passion adalah keghairahan sebenar anda.Minat mendalam.Sesuatu
yang anda sentiasa terfikir-fikir.Tidak boleh tidur jika tidak
menyiapkannya.Tidak boleh makan jika tidak mengusahakannya sampai berjaya.
Pendek
kata,sesuatu yang anda tidak dapat berhenti berfikir walaupun sejenak
tentangnya. Itulah passion.
‘Jangan
sesekali berhenti untuk mengusahakan passion anda’
Ilham
akan datang dalam pelbagai bentuk.Allah akan turunkan klu ataupun bayang-bayang
idea untuk anda sepanjang kehidupan anda.
Dengan
syarat anda TULIS.TULIS dengan jelas.TULIS dengan spesifik.
Saya
seorang yang suka menulis.Jadi kebanyakan masa saya adalah bersama ‘orange
organizer’ dan pen warna-warni di sisi.
Setiap
idea saya catat.Saya huraikan dan saya adunkan untuk menjadi kenyataan.
- Abaikan rakan tak berguna
Ya.Rakan
tak berguna.Sangat ramai rakan yang kurang berguna.Yang suka bersenang
lenang.Melepak-lepak.
Kata
orang,siswa begini adalah golongan ‘poghabeh boreh jo’ (perhabis beras je).
Tinggalkan
mereka serta merta.Remove dari friendlist facebook.Ada beran?
Saya percaya untuk anda menjadi insan
yang luarbiasa,anda perlu melakukan perkara yang orang biasa-biasa tidak buat.
Semoga ada manfaat penulisan kali ini.
Salam perjuangan.
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
17/10/2013
2.15 Petang
Bangi Bandar Ilmu
No comments:
Post a Comment