Sedeqah & Recycle
Alhamdulillah,saya panjatkan rasa kesyukuran sangat terhadap
Allah kerana masih memberikan saya kekuatan dan kudrat untuk hidup di atas muka
bumi.Masih memberikan nikmat bernafas.Masih menghidupkan saya dalam nikmat Iman
dan Islam.Masih dikurniakan akal yang sihat dan badan yang cergas untuk kembali
melakukan amahnya sebagai khalifah di muka bumi.Alhamdulillah.
Bersyukurlah.Dahulu saya insan yang jahil wahai pembaca yang
budiman sekalian.Saya jarang sekali bersyukur.Setiap kali saya bersyukur adalah
apabila allah kurniakan kejayaan yang besar sahaja kepada saya.Bila sesuatu
benda itu kecil saya abaikan.Khilafnya aku ya allah.Ampunkan dosaku.
Contohnya,apabila
saya berjaya dalam sesuatu urusan bisnes.Close deal yang berharga lebih
daripada sangkaan saya .Saya bersyukur,ucapkan Alhamdulillah.Lebih menderma.Dan
kebaikan lain saya lakukan untuk menzahirkan kesyukuran tersebut.
Kini,setiap kali sesuatu benda yang disangkakan ramai orang
sebagai ‘kegagalan’.Saya terima.Saya bertenang.Dan cuba mencari hikmah di
sebalik kejadian yang berlaku.Bukan senang tuan puan.Tetapi saya sangat yakin
tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Pasti ada sebab. Ketika mana
saya kekurangan duit,saya melihat orang yang lagi kurang duit daripada
saya,cara mereka bersyukur.Sangat luarbiasa.
Kisah ini saya selalu nukilkan dalam bentuk status ringkas di
Facebook saya.Kekadang jika berkesempatan saya akan bersolat maghrib dan isyak berjamaah di
masjid berhampiran kediaman saya.Apa yang saya perhatikan adalah seorang lelaki
yang kurang upayanya kerap berada di masjid.Saya lihat beliau dengan gigih
mengayuh basikal, dan sentiasa hadir di masjid.Beliau sujud dan rukuk dengan
penuh rasa syukur.Meletakkan dahinya di tempat sujud dan sentiasa tenang tanpa
sedikitpun keluh kesah.
Walaupun beliau disifatkan kurang upaya,tetapi beliau
masih tegar ke masjid setiap waktu solat.Bagaimana dengan saya?Jauh
bezanya.Semoga saya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk sentiasa
istiqamah atas jalannya.
Adakah salah menjadi hamba yang sentiasa bersyukur?
Allah membalas setiap perbuatan hambanya pada jalan yang
tidak disangka-sangka.Saya ada seorang kawan, yang menceritakan kisah ini
kepada saya. Beliau masih pelajar di sebuah IPTA.Yang mengharapkan bantuan
pinjaman daripada kerajaan untuk menampung yuran dan perbelanjaan harian.
Beliau
berkata,
“Hendak menderma ini,benda atau harta yang kita paling sayang
bukan benda yang kita dah tak nak pakai lepas tu jadikan untuk sedekah”
Dalam bahasa kasarnya,RECYCLE!
Saya kurang mengerti apa yang dimaksudkan.Walhal,inilah
fenomena sekarang.Saya ada baju “terpakai”,boleh saya hendak dermakan?(macam
biasa dengarkan)
Kemudian beliau mula bercerita.
Setiap kali beliau hendak menderma ke dalam tabung masjid
ataupun kepada sesiapa yang berhajat,beliau akan mengeluarkan not hijau ataupun
merah dan ke atas sahaja.Nilainya adalah RM 5, RM 10 dan ke atas sahaja.
Saya pelik.Kerana nilai RM 10 sangat besar nilainya bagi
seorang pelajar.Mungkin nilai itu adalah jumlah untuk menampung belanja makannya
untuk 2 hari.Untuk belanja minyak kenderaannya.Kemudian beliau menyambung.Bila
mana Allah nak balas,dia bayar ‘cash’ beb.Saya tergamam.
Kisahnya,beliau berjumpa seorang rakan lama dan bercerita
tentang tips bisnes bla..bla..bla.. (walhal bisnes pelajar itu hidup segan mati
tak mahu).Dipendekkan cerita, kemudian rakannya itu tertarik untuk mendapatkan
khidmat ‘personal coaching’ daripada
pelajar itu pada harga RM 999 untuk tempoh 4 jam!Ya,RM 999 untuk tempoh 4 jam!
Inilah realiti.Bukan fantasi.
Kata-kata beliau yang saya masih ingati adalah “Ada magis
pada sedeqah.Kalau terasa nak bagi,bagi je.Kalau rasa jiwa kacau,tak
tenteram,cuba sedekah kat mana-mana.Insyaallah,akan tenang.”
Moral daripada kisah di atas,bersyukurlah pada setiap benda
yang kecil.
Bersedeqahlah harta yang paling kita sayang.Bukan sedar recycle
barang yang kita dah jijik.
Jangan percaya kisah di atas.Cuba anda lakukan dahulu.Ikhlaskan hati.Dan yakinlah padaNYA.
Sekian.
Follow Me:
Facebook Page (www.facebook.com/SyazliKhamis)
Facebook Group (www.facebook.com/groups/IMPACTZREACHOUT)
Twitter (www.twitter.com/SyazliKhamis)
Google+ (www.gplus.to/SyazliKhamis)
Google+ Community (IMPACTZ REACHOUT)
Yang Menulis,
CEO|FOUNDER Impactz Motion
Syazli
8/10/2013
12.33 Pagi
Selayangku Sayang
No comments:
Post a Comment