Monday 23 March 2015

50,200 KALI GANDA?




SITUASI 1

Seorang hamba Allah telah menderma RM 20.Pada waktu itu, wang tersebut merupakan jumlah TERBESAR yang beliau punyai.

Allah maha pemurah...

Setelah beliau menderma,selepas solat Isyak beliau keluar berjumpa dengan seorang klien.

Subhanaallah,dengan mudah beliau "close-deal" yang bernilai RM 1000.

500 kali ganda daripada jumlah sedekah beliau sebelum isyak!!

Sifir Matematik yang mudah

Beri:RM 20

Dapat:RM 1000

Gandaan: 500 kali ganda


SITUASI 2

Seorang remaja lelaki datang berjumpa seorang hamba Allah ini di masjid selepas solat maghrib sementara menunggu solat isyak.

"Abang tolong saya,beg galas sayabkena curi waktu solat jumaat di masjid ini."

"Saya letak sebentar,nak pergi berwuduk.Balik wudhuk terus hilang"

"Saya datang sini cari kerja,lepas itu terus buat laporan polis.Duit nak makan,duit minyak motor pun tiada"

Betapa susahnya hamba allah ini yang sedang diuji.

Kemudian,hamba Allah yang didatang ini,

Membuka beg duitnya....hanya ada....

Empat ringgit sahaja di dalam beg duitnya.Ya,empat ringgit.

Dengan keberatan untuk memberi,ITU SAHAJA wang dia ada

Pejam mata.Dia terus memberi wang tersebut

"Bang,saya ada empat ringgit sahaja (sambil membuka dan menunjukkan dompetnya)

"Takpela Abang simpanlah duit ini"

"Takpelah,abang ambil.Abang susah nak cari kerja.Ambillah"

Bayangkan,hanya 4 ringgit sahaja yang ada.

"Terima kasih.Sambil mengambil duit tersebut dan mengenggam erat tangan si pemberi"

Kemudian,azan solat isyak berkumandang


Setelah selesai solat isyak di masjid.

Keajaiban berlaku...

Sewaktu,rancak bermain internet.Seorang rakan menghantar mesej melalui whatsapp kepada si penderma.

"Berapa ya harga barang yang kau jual tu?(penderma merupakan peniaga barang kanak-kanak).

"Aku nak beli untuk anak saudara"

"Oh,RM 80 sahaja."

"Ok.Nak nombor akaun.Aku nak bank-in duit."

"Ni nombor akaun _________"

"Alamak,online bank in problem pula. Hujung bulan kan."

"Ok takper.Nanti dah bank in.Beritahu perinciannya ya"

30 minit kemudian.......

Nah,resit bank in.Ni details pembayaran dan alamat untuk pos barang tu"

Subhanaallah.

Tergamam sang penderma.

Tidak sampai 2 jam selepas bersedekah.Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik.

Sifir Matematik yang mudah

Beri:RM 4

Dapat:RM 80

Gandaan:20 kali ganda

Apakah yang anda dapati daripada kisah BENAR di atas?

Pengajaran yang saya perolehi

  1. Beri apa yang kita PALING sayang
  2. Allah balas berkali kali kali kali kali ganda daripada jumlah pemberian.
Kannnn...

29/12/2014
2235
Astana Idaman,Kepong

No comments: