Saturday, 21 March 2015

SUAPAN SAMPAH KE DALAM MINDA




Saya berkesempatan bertemu seorang usahawan muda berusia 26 tahun yang sangat berjaya.

Awalnya:

Tinggal di rumah sewa berharga RM 350/bulan.

Kini:

Tinggal di rumah sewa berharga RM XXXX/bulan.

Ya.Peningkatan sebanyak 6 kali ganda.

Orang bertanya,

"Baik kau beli je rumah tu,daripada sewa sampai RM xxxx!!"

Jawapan beliau,

"Aku dah rasa rumah kecik,nak rasa rumah besar.Yang penting,aku suka!!"

Haha...Saya suka jawapan beliau.

Apa yang anda sogokkan kepada kepala hotak anda akan menjadi KAYU UKUR kepada tahap pemikiran diri anda.

Contoh

1)Bangun tidur,buka Fb.Baca berita yang "kayap" dengan sampah sarap gosip artis,status emosional orang lain,orang caci maki pendek kata semua yang buruk lah.

Hasilnya,tahap itu sahajalah HAD minda anda.Asyik sibuk keburukan orang!

Saya pernah berjumpa orang yang negatif,suka merendahkan orang lain,mengata di belakang,orang tersebut tidak kemana-mana.Masih di tahap yang sama,statik!

Walaupun,anda banyak wang,kerja dengan bulan balik dengan bulan,beli kereta baru dan etc,sebenarnya bagi saya anda adalah orang yang sama.Dari dulu anda begitu,kini juga anda begitu.Itu ialah STATIK!

Berbeza pula dengan insan yang dulu cacar marba,tiada tujuan,hidup berseronok,tiada hidup berjadual tetapi kini lebih teratur,hidup berjadual (bertulis dan terancang),ada matlamat yang ingin dicapai mereka itu golongan FANTASTIK!

FANTASTIK / STATIK

Anda yang pilih.Dengan siapa anda berkawan.Dengan siapa anda berkomunikasi.Apa yang anda baca setiap hari.Apa yang anda inginkan.Apa yang anda berusaha lakukan setiap hari.

Semua ini akan berhasil sama ada lambat atau cepat.

Tutup telinga.Delete contact yang 'sampah' dalam telefon.Amalkan S.U.M.O (Shut Up Move On).

Insyaallah,ada hasilnya kelak.

14/1/15-RABU-12 TENGAHARI-HOSPITAL SELAYANG-TUNGGU APP CHECK UP BABY-
Post a Comment