Sunday 22 March 2015

REALITI,FANTASI ATAU SYOK SENDIRI DALAM BERBISNES?



Alhamdulillah.Bersyukur.Saya baru balik daripada ber'dating' dengan isteri tercinta.Kesempatan ini saya luangkan untuk mencoretkan suatu ilmu yang sangat penting.Ilmu ini saya banyak gunakan di dalam program bimbingan (coaching) dengan pelbagai klien saya.

Ilmu ini saya perolehi semasa perkenalan dan pembelajaran saya di Akademi Sinergi.Ilmu ini sangat penting untuk memastikan sesuatu projek,idea,bisnes,perniagaan,perancangan hidup anda lebih teratur dan terbukti boleh berjaya.

Saya akan menerangkan 9 KOMPONEN PENTING dalam pembinaan BMC (business model canvas).

  1. VALUE PROPOSITION (VP)
  2. CLIENT SEGMENT (CS)
  3. CLIENT RELATIONSHIP (CR)
  4. CHANNEL (CH)
  5. KEY PARTNER (KP)
  6. KEY RESOURCES (KR)
  7. COST STRUCTURE (C$)
  8. REVENUE STREAM (R$)
  9. KEY ACTIVITY (KA)
VP

Merupakan NILAI yang mesti di sampaikan kepada klien.Apakah jenis PENYELESAIAN yang anda tawarkan kepada klien (CS).Apakah keUNIKan yang bisnes anda punyai berbanding pesaing anda.Apakah yang ingin diTONJOLkan dalam bisnes anda.

CS

Siapakah KLIEN yang anda inginkan mereka mendapat manfaat daripada produk/servis anda.

Ciri-ciri klien tersebut terdiri daripada:

-Jantina
-Gaji
-Taraf Pendidikan
-Lokasi Kediaman
-Umur

CR

Ini merupakan kategori yang paling saya suka.Secara ringkas,CR merupakan kunci bagaimana anda sebagai peniaga MENJAGA HUBUNGAN dengan klien anda sekaligus memastikan klien anda SENTIASA TERINGAT-INGAT,TERKENANG-KENANG dan TERINDU-RINDU anda.

Anda perlu sangat kreatif.Paling mudah saya cadangkan beri sesuatu secara PERCUMA.Mungkin sampel produk,artikel,penulisan di blog,SMS harijadi dan paling mudah THANK YOU NOTE.Setiap kali selesai sesuatu urusan,anda tulis sesuatu dan beri kepada mereka.


CH

CH merujuk kepada bagaimana anda memastikan kesemua komponen SAMPAI kepada CS. Saya beri contoh,CS anda usahawan berusia 20-30 tahun.VP anda ilmu praktikal secara berkesan 100%.

CH saya merupakan ARTIKEL BISNES berterusan di blog peribadi.CH saya yang kedua berKONGSI artikel di facebook peribadi saya.CH saya yang ketiga ialah VIDEO secara PERCUMA setiap kali saya berjumpa rakan yang baru.

Anda pula bagaimana?Paling mudah hubungi saya untuk dapatkan nasihat percuma :)

KR

Apakah SUMBER DALAMAN yang anda miliki sekarang?SUMBER DALAMAN tersebut boleh terdiri daripada ILMU,MODAL,ORANG,ASET dan sebagainya.Paling penting ia adalah PERCUMA!Anda boleh dapatkan TANPA BAYARAN.

KP

Apakah SUMBER LUARAN yang anda perlukan sekarang?SUMBER LUARAN tersebut boleh terdiri daripada ILMU,MODAL,ORANG,ASET dan sebagainya.Paling penting ia BERBAYAR!

Jenis BERBAYAR ataupun PERCUMA,itu yang membezakan antara KR dan KP!

C$


Ruangan ini merupakan WANG KELUAR.Segala PERBELANJAAN dimasukkan di ruangan ini.Seperti bil air,elektrik,telefon,gaji,elaun,kos pengangkutan,tiket dan sebagainya.Semua perkara yang MENARIK DUIT keluar dari poket anda tergolong dalam ruangan ini!

R$

Ruangan ini merupakan WANG MASUK.Segala PENDAPATAN dimasukkan di ruangan ini.Seperti aset,upah anda,bonus tahunan,gaji dan sebagainya.Semua perkara yang MENJEMPUT DUIT masuk ke dalam poket anda tergolong dalam ruangan ini!

KA

Antara semua 9 komponen penting yang saya terangkan,KA merupakan kemuncak kepada segala macam perkara di atas.Ia merupakan KERAMAT terpenting dalam pembinaan BMC yang baik.

Kebanyakkan klien saya,apabila berjumpa saya untuk sesi bimbingan peribadi mereka akan tergelak besar!Paling best,riak wajah mereka paling serius.Kenapa serius?



Kerana,KA akan menentukan keBERHASILan bisnes anda.Sama ada BMC anda merupakan REALITI,FANTASI ataupun SYOK SENDIRI.

KA merupakan ROADMAP bagi melaksanakan semua 8 perkara yang sudah dibincangkan.Anda perlu menentukan TARIKH MATI,PERSON IN CHARGE (PIC) dan GOL bagi setiap tugasan.

+CONTOH+ 

Saya bagi contoh:

Saya merupakan jurulatih pembangunan bisnes usahawan baru.

CH-menulis 2 artikel seminggu sebelum 25/3/2015

Jika anda perasan,CH saya memenuhi

Tarikh Mati:22/3/2015
Person In Charge:Saya
Gol: 2 artikel

KA

menaip artikel kedua-23/3/2015
menerbitkan 1 artikel di blog-23/3/2015-11 pagi
berkongsi artikel di FB peribadi-23/3/2015-1115 pagi

menaip artikel pertama-20/3/2015-1230-1.30 petang (sebelum solat jumaat)
melakukan teaser artikel di Fb peribadi-20/3/2015-1130 tengahari
menerbitkan aritkel kedua di blog-9 malam

Sekarang jam 1022 am (23/3) saya sedang menaip artikel saya yang kedua.Secara ringkas saya ON-TRACK!!

Itulah pentingnya KA.

Tugasan anda supaya membina KA bagi setiap VP,CS,KP,KR,C$,R$,CH dan CR.

Mudah kan?


Syazli Khamis
23/3/2015 (Isnin)
1030 am
shah alam









No comments: