Friday, 20 March 2015

SUMBER INSPIRASI ATAU ______?



Syukur (sabtu,17/1,1230 tengahari) sempat berjumpa dengan sahabat & juga klien.

Seorang anak muda Tuan Amir Faris yang menerajui "the rainbow project".

Anak muda berJIWA BESAR yang ghairah berimpian besar hendak membantu rakan karib beliau menCIPTA perniagaan sendiri.

Saya memberi satu ayat yang beliau catatkan dan 'highlight,...

"BENDA YANG ANDA TAK SUKA,BELUM TENTU ORANG LAIN TAK SUKA"

Contohnya,kalau anda MENYAMPAH baca status pesbuk orang panjang-panjang,belum tentu orang lain pun tak suka!

Mana saya tahu?EKSPERIMENlah kawan.Bak kata orang sekarang,cuba try test.Hahaha.

Saya berkongsi ilmu:

  1. Bagaimana untuk menulis skrip jualan yang baik
  2. Bagaimana untuk menjadikan status facebook beliau dibaca orang ramai
  3. Bagaimana untuk mencipta gambar perniagaan yang menarik menggunakan aplikasi telefon pintar
  4. Bagaimana untuk memanjangkan status 2 baris kepada minimum 10 baris




Saya sangat PERCAYA dengan ILMU.Dengan ilmu manusia dapat memahami kepentingan dan peranannya sebagai HAMBA ALLAH.

Melalui perkongsian ilmu, menjadikan saya hamba allah yang sentiasa memberi MANFAAT kepada orang lain.

Saya suka cogan kata ustaz hasrizal jamil,

"erti hidup pada memberi".

Sekalipun,perkongsian kita kecil,ia sangat bermanfaat bagi pencinta ilmu.

Selesai berkongsi dengan klien,saya melanjutkan pengajian khat dengan sifu di Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Apa benda bengkel khat?Nanti saya cerita...

PEKAKKAN TELINGA daripada suara sumbang,ia menggoncangkan kerja yang saya lakukan,cukuplah Allah sebagai SANDARAN utama.


18/1/2015
Ahad
800 malam.
Surau annur,Seksyen 20,Shah Alam
Iktikaf dan Tunggu ustaz bagi ceramah
Post a Comment